Buku Shariah Minds; 3 Isu Yang Menarik

smindz

Sekiranya tuan merupakan student of the Islamic Finance.

Maka kebanyakan buku lebih menceritakan tentang kontrak-kontrak Shariah.

Murabahah, Bai’ Inah, Tawarruq dan seterusnya yang mana buku-buku tersebut menceritakan tentang aplikasi sesuatu kontrak dalam dunia kewangan Islam. Namun buku yang menceritakan tentang pengalaman seorang penasihat Shariah itu barangkali terlalu sedikit atau mungkin tiada langsung!

Pengalaman sebagai seorang penasihat Shariah ini akhirnya ditulis Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau merupakan Executive Chairman Amanie Groups dan ketika artikel ini ditulis merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM) dan juga Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (MPS SC). Buku yang dimaksudkan adalah Shariah Minds in Islamic Finance; An Inside Story of a Shariah Scholar atau dalam edisi Bahasa Melayu, Minda Syariah Kewangan Islam.

Apabila menyebut kewangan Islam maka sudah tentu ianya berlandaskan al-Quran & as-Sunnah. Namun disebabkan oleh pelbagai tribulasi yang melanda dunia umat Islam, ayat-ayat Quran dan hadis-hadis berkaitan hukum hakam & tatacara berniaga ini seolah-olah hilang dari kamus kehidupan umat Islam. Disebabkan ilmu ini hilang atau mungkin dihilangkan dari orang Islam, maka sehingga hari ini masih ada yang skeptikal tentang kepatuhan Shariah bukan sahaja produk, malah institusi kewangan Islam itu sendiri. Kata mereka, kewangan Islam ini sekadar tukar label dan malah ada yang berani menyebut, “Lebih Yahudi dari Yahudi,”

Justeru, buku Shariah Minds ini dimulakan dengan membicarakan siapakah itu penasihat Shariah. Ini kerana pihak yang paling penting dalam semua institusi kewangan Islam adalah majlis penasihat Shariah yang tugas utamanya menentukan kepatuhan Shariah sesuatu produk kewangan.

Bab ini bermula dengan penulis menceritakan pengalaman berseminar di Tokyo pada 2007. Bagaimana khalayak di Jepun tidak menjangkakan penampilan seorang penasihat Shariah itu adalah sama sahaja seperti mereka (mungkin mereka menjangkakan sesuatu yang lebih keAraban) dan kerja sebagai seorang penasihat Shariah ini sama seperti profesional yang lain seperti doktor, jurutera, akauntan, peguam, arkitek yang mempunyai disiplin tersendiri. Disiplin asas sudah tentu mereka adalah kelulusan Shariah dan hari ini ada pihak seperti AAOIFI secara spesifik menulis keperluan ilmu fiqh mualamat bagi seseorang penasihat Shariah.

Disiplin ilmu ini adalah sangat penting kerana bagaimana seseorang itu boleh memahami sesuatu dalil dalam Quran dan Hadis jika tidak mempunyai ilmu sains mengeluarkan fatwa i.e. hukum agama. Ya, nak mengeluarkan hukum agama ini bukan perkara mudah, bukan sekadar tukar label, proses ini memerlukan disiplin ilmu tersendiri.

Buku ini mempunyai 13 bab. Sudah tentu banyak yang ditulis dan saya hanya mahu menyenaraikan 3 perbincangan yang menarik perhatian saya.

1. Bagaimana Kaedah Qiyas Membolehkan Prinsip Quran & Sunnah Diaplikasi Dalam Dunia Kewangan Moden

Ada pihak memandang sinis kepada Islam itu sendiri (bukan sekadar kewangan Islam).

Dan menyatakan bagaimana prinsip 1,400 tahun lalu yang dibawa oleh Nabi Muhammad (berselawatlah kita) di tengah-tengah padang pasir dapat diaplikasikan pada dunia moden.

Malah dari sisi yang lain, ada pihak yang terlalu rigid dalam memahami ayat-ayat Quran & Hadis. Sehinggakan apa yang Nabi Muhammad (berselawatlah kita) tidak buat pada zamannya tetapi ada pada zaman kita maka perkara itu adalah haram.

Maka itulah peranan seorang penasihat Shariah yang perlu diketahui, iaitu dengan menggunakan disiplin ilmu usul fiqh membolehkan sesuatu hukum itu terpakai dalam perkara-perkara baru yang tidak wujud pada zaman Nabi Muhammad (berselawatlah kita).

Antara isu kewangan yang mempunyai penyelesaian adalah isu sekitar foreign currency exchange, derivatives, hedging (tahawut), build operate and transfer (BOT) sehinggalah isu yang mendasar iaitu tentang money & banking itu sendiri.

2. Isu Kontrak Mana Lebih Islamik

Bagi mereka yang berada dalam dunia kewangan Islam.

Tetapi pintu masuk mereka bukan melalui disiplin Shariah.

Malah graduan Shariah pun ada yang terikut-ikut. Wujud satu persepsi, membincangkan kontrak mana lebih Islamik atau disebut Shariah-based vs Shariah-compliant. Atau dalam perbahasan lain, equity-based financing itu lebih Islamik dari debt-based financing. Mungkin cerita bai’ inah vs murabahah vs tawarruq. Malah untuk kontrak tawarruq itu pun ada pihak yang mahu menyatakan hanya tawarruq fiqhi yang sebenarnya paling Islam.

Itu cerita yang mahu syadid. Ada juga cerita mahu ‘bermudah-mudah’ iaitu dengan membelakangkan sains hukum i.e. usul fiqh dan semuanya mahu menggunakan maqasid Shariah. Sedangkan mengikut disiplin Shariah, maqasid Shariah ini hanya datang selepas selesai usul fiqh. Ini bagi mengelakkan dari hukum Islam dibuat berlandaskan budibicara tetapi berlandaskan prinsip yang lebih thawabit sifatnya.

3. Perbankan Islam Bukan Penyelesaian Masalah Kemiskinan

Umum maklum keadaan majoriti umat Islam adalah miskin.

Maka, apabila ini berlaku ramai yang mencari scapegoat.

Jalan paling pintas diambil adalah dengan menyalahkan perbankan Islam sebagai punca umat Islam semakin miskin. Ini kerana perbankan Islam mengambil untung dari aktiviti bisnes perbankan. Sedangkan apa yang perlu kita faham adalah ada lagi institusi lain yang perlu wujud seiring dengan entiti bisnes iaitu zakat & wakaf. Selain itu, perlu ada juga institusi micro financing, capital market, SME developement yang mana tiap-tiap institusi sebegitu ada peranan tersendiri dalam ekonomi.

Institusi lain juga memainkan peranan penting untuk membangunkan ekonomi ummah dan perbankan Islam sahaja tidak boleh melakukan semua benda.

sminds

Ini adalah sebahagian sahaja dari apa yang ditulis dalam buku Shariah Minds.

Buku ini sebahagian besarnya adalah tentang siapa itu penasihat Shariah selain menyentuh isu regulatory dalam industri kewangan Islam, perbezaan antara fatwa yang dikeluarkan di Malaysia dan timur tengah, membangunkan generasi pelapis penasihat Shariah yang berwibawa, keperluan profesional body untuk penasihat Shariah dan lain-lain lagi. Semuanya ditulis berdasarkan lebih 20 tahun pengalaman Datuk Dr Mohd Daud Bakar dalam industri ini.

Buku ini adalah buku yang perlu ada dalam rak buku tuan khususnya jika tuan merupakan seorang yang sentiasa mahu tahu tentang kewangan Islam. Buku ini berharga RM 120 sebuah. Jika tidak jumpa di kedai-kedai buku utama (MPH & Kinokuniya), maka tuan dapat membuat pesanan melalui:

Laman web Shariah Minds
FB Page Shariah Minds

Comments on this entry are closed.