Masa di hospital, anak saya diberi pakai jenama Huggies dan Fitty.
Keluar hospital, saya beli Drypers, Tesco dan Pet Pet.
Sekali dia tak tahan rupanya. Drypers out. Tesco nipis sangat (banyak kali berak kena seluar) dan Pet Pet pun out. Cuba balik guna Fitty. Nampak elok setakat ni. Tapi … M.A.H.A.L
Tapi saya dan isteri merancang gunakan cloth diapers sahaja selepas habis tempoh berpantang. Maklumlah, tengah berpantang ni mertua yang jaga. Takkan dia pula nak bersihkan kencing dan berak yang melekat pada cloth diapers tu. Macam tak sesuai pula. Mertua dah nak jaga cucu dia ini selama tempoh berpantang pun dah cukup baik.
Anda ada pengalaman menggunakan cloth diapers?
Tags: cloth diapers, drypers, fitty, huggies, lampin, lampin tesco, pampers, pet pet