Subscribe RSS

Posts Tagged ‘belah mulut’

Apa Yang Perlu Dibuat oleh Bapa Selepas Kelahiran Anak ? (2)

December 11th, 2009 by pakdi | No Comments | Filed in Amalan, susu ibu

Menyambut kelahiran anak memang seronok. Pelbagai persiapan dibuat. Tetapi perkara-perkara yang disunatkan kita buat terhadap bayi yang baru lahir jangan dilupakan.

Antara perkara sunat tersebut adalah tahnik, atau dalam budaya masyakat Melayu dipanggil ‘belah mulut’.

Tahnik adalah mengunyah sedikit kurma dan memamahkan kunyahan kurma tersebut ke dalam mulut bayi dengan hujung jari. Apabila hujung jari kita sudah berada dalam mulut bayi, maka digerakkan ke kiri dan ke kanan denga lembut sehinggalah bayi tersebut tadi dapat merasa kurma yang sudah dilumatkan itu tadi.

Kalau tidak ada kurma, maka carilah madu. Sekiranya tidak ada madu, boleh gunakan sebarang benda manis yang sesuai. (Jangan tenyeh gula-gula sugus pula)

Antara hikmah tahnik ini adalah ia menguatkan otot-otot mulut, lidah, rahang untuk memudahkan penyusuan susu ibu.

Tahnik ini juga adalah lebih utama dibuat oleh orang yang alim. Mudah-mudahan anak tersebut akan mengikut jejak langkah orang alim yang mentahnikannya.

Imam al-Bukhari dan Muslim menyebut tentang hadis Abu Bardah yang dinukilkan daripada Abu Musa r.a katanya:

“Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu membawanya kepada Nabi s.a.w dan baginda menamaknnya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma. Manakala al-Bukhari r.h pula menambah: Nabi s.a.w mendoakannya agar mendapat keberkatan lalu menyerahkannya kepadaku. Anak itu merupakan anak sulung Abu Musa.”

Tahnik ini adalah satu perkara yang sunat dan janganlah kita menganggapnya sebagai adat orang Melayu semata-mata kerana perbuatan ini dibuat oleh Rasulullah saw sendiri kepada anak-anak para Sahabatnya.

Jadi untuk sekalian ibu bapa, jangan lupa amalan tahnik ini ya.

Tags: , , , , ,