Masa di hospital, anak saya diberi pakai jenama Huggies dan Fitty.
Keluar hospital, saya beli Drypers, Tesco dan Pet Pet.
Sekali dia tak tahan rupanya. Drypers out. Tesco nipis sangat (banyak kali berak kena seluar) dan Pet Pet pun out. Cuba balik guna Fitty. Nampak elok setakat ni. Tapi … M.A.H.A.L
Tapi saya dan isteri merancang gunakan cloth diapers sahaja selepas habis tempoh berpantang. Maklumlah, tengah berpantang ni mertua yang jaga. Takkan dia pula nak bersihkan kencing dan berak yang melekat pada cloth diapers tu. Macam tak sesuai pula. Mertua dah nak jaga cucu dia ini selama tempoh berpantang pun dah cukup baik.
Anda ada pengalaman menggunakan cloth diapers?
Tags: cloth diapers, drypers, fitty, huggies, lampin, lampin tesco, pampers, pet pet
petpet ok ape…janji jgn la biar anak tu berak lame sgt xcuci2…dalam range 6 jam tu kira maximum la…1 malam tu tukarlah 2 kali…
kekerapan tukar adalah sama. tapi barangkali kulit tidak sesuai.
lagipun lampin pakai buang ni tak environmental friendly.
pakdi…guna je CD…sgt2 menjimatkan…untuk pelaburan jangak panjang…susu ibu pun begitu…
cubalah cd lunatots. saya pun gunakan untuk 2 orang anak saya….
mm.. cloth diapers ni mmg jimat utk longterm walaupun mahal sikit masa mula2 nak beli tu. baby pun x kena rashes yg teruk sbb material dia xder chemical. saya setuju dgn aainaa.. cuba lah tengok cd brand lunatots..
eh..bukan FITTI (BASIC) diapers yg paling murah ke antara sumer2 diapers tu?
Saya pakai lunatots(rm43)+coolababy(rm28)..belanja hari tu RM 554 untuk beli 15 pieces untuk kegunaan 2 anak(yang sulung 2th 5 bln yang baby 5 bln)dah 3 bulan pakai..Sangat jimat dan kos g kat air ngan sabun(alah x bnyk pun) nak banding buang sampah yang 5 tahun baru lupus kan!Baby ok..mula2 abang merungut juga sebab selalu bocor..rupa-rupanya kita kena agak2 bila anak banyak minum kenala selalu tukar(dlm 3 jam sekali)..