Seperti kebanyakan ibu yang sudah bersalin, isteri saya juga berpantang di rumah ibu masing-masing di kampung. Dalam tempoh berpantang itu, isteri saya pun sempat menyimpan sejumlah simpanan susu ibu yang disejuk beku. Bila sudah habis tempoh berpantang, ingin balik ke rumah, maka persoalan utama adalah, bagaimana untuk memindahkan susu ibu beku dengan selamat?
Maka saya menggunakan cara ini:
1. Cooler secukup botol simpan susu ibu
2. Ais secukup bekas cooler
3. Garam
Mula-mula saya taburkan ais dalam cooler.
Kemudian saya tabur garam serata mungkin.
Lepas itu saya susun botol-botol susu ibu yang sudah dibekukan
Seterusnya, saya tabur kembali ais atas susun botol-botol susu itu tadi.
Akhir sekali, saya tabur lagi garam dan tutup cooler tersebut dengan penutupnya.
Alhamdulillah, 4 1/2 jam perjalanan dari kampung isteri ke rumah kami, ais hanya cair sedikit dan susu ibu masih beku. Selalunya hanya 2 1/2 jam sahaja, tapi saya bawa perlahan, dan beberapa kali berhenti dan singgah makan sekali.
Sampai saja di rumah, saya terus simpan di peti ais.
Susu ibu beku selamat. Dan boleh digunakan bila isteri saya mula bekerja nanti.