Wajah Globalisasi

Filed under Economy & Finance


Datuk A Kadir Jasin telah menulis perkara yang perlu direnung dalam artikel terbarunya, Tindak Tanduk Kuok dan Ananda Menjadi Tanda Tanya.

Anda mempunyai saham Maxis? Ananda Krishnan menawarkan harga premium, RM15.60 bagi setiap saham anda.

Saya mengambil sikap tidak mahu membuat sebarang assumption tentang tindakan mereka, tetapi sejak kebelakangan ini juga apabila ada bank-bank luar (foreign banks) mula membeli saham bank-bank tempatan anda seharusnya mengambil berat.

Ini adalah wajah globalisasi yang anda perlu terima. Malaysia, sebagai sebuah negara di bumi ini juga tidak boleh mengelak daripada hal ini. Perlu diingat, kenaikan saham di Bursa Malaysia dalam setahun ini juga majoritinya disumbang oleh pelabur luar (foreign investor) melaui hedge fund mereka. Justeru, ia mempunyai impak baik dan buruk yang perlu ditimbang bersama.

Persoalan yang perlu kita sama renung adalah, adakah anda sudah bersedia atau tidak? Globalisasi adalah irresistible force. China yang sekian lama mengamalkan dasar tertutup juga sudah mula membuka pintu kepada pelabur luar, apatah lagi Malaysia yang tidak mempunyai kekuatan seperti China?

Jangan fikir anda tidak menyumbang kepada globalisasi. Program Google Adsense, forex trading, saham, beli daging import, beli susu import, perniagaan internet, membuka akaun dengan bank-bank luar (termasuklah foreign Islamic Bank), ejen insurans syarikat luar (foreign company), kerja dengan syarikat luar, lunch di McDonald, beli komputer dari Dell dan sebagainya juga adalah sumbangan anda terhadap globalisasi. Justeru, globalisasi sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk kebaikan negara sekiranya anda bersedia untuk menghadapinya.

Kerisauan Datuk A. Kadir Jasin memang bertempat, dari sudut kepentingan negara. Tetapi dalam free market yang diamalkan dunia sekarang, kejayaan kita juga sebenarnya secara tidak sedar telah mengambil kepentingan awam di negara lain juga.

Sebab itulah saya sentiasa menekankan sesungguhnya kekayaan adalah alat. Alat yang berada di tangan orang yang baik-baik, akan banyak membantu masyarakat. Anda yang perlu memilihnya sama ada untuk menguasai alat tersebut atau membiarkan orang lain mendapatkannya.

———————————————————-

Bersediakah anda menghadapi arus globalisasi? Mulakannya dengan mengawal pembelian aset dan liabiliti dengan menghadiri Bengkel Cashflow 101. Sila daftar di http://www.BicaraJutawan.com secepat mungkin.

———————————————————-


More Interesting Posts:
Cikgu Suraya
Siapa Pesaing Perniagaan Anda?

7 Comments

  1. Posted May 4, 2007 at 5:25 pm | Permalink

    erkk takut la plak lepas baca artikel kadir jasin tuh . inilah yg melayu dpt selepas 50 tahun merdeka

    Pakdi: Kalau nak ikut rasa takut, mmg takut. Tapi adalah lebih baik kalau kita gunakan ketakutan itu secara positif. Caranya, lebih menanam business-sense dalam diri, be prepare to become professional investor dsb.

  2. Posted May 4, 2007 at 8:09 pm | Permalink

    Mari kita bersama2 menjadi jutawan.. Capai kekayaan itu.. Kekayaan alat yang perlu situasi begini. Macam kata pakdi jadikan takut itu positif sebagai pembakar semangat.

    Pakdi: :)

  3. Posted May 4, 2007 at 11:03 pm | Permalink

    positif2 jugak.. ini hal berat ni..

    memang dah rasa ada yang tak kena..

    ada persoalan kecil di blog aku :D

    Pakdi: Nanti gua komen sikit.

  4. Posted May 5, 2007 at 6:45 pm | Permalink

    asmkm Pakdi.. how r u? shueqry here..

    bagi saya, globalisasi membuka peluang pada rakyat Malaysia untuk membina kekayaan melalui internet.. lihat saja Irfan Khairi, jadi jutawan pada umur 25 tahun 100% melalui internet..

    dengan peranan bloggers seperti Pakdi , dapat membuka mata mereka pada hal-hal kewangan untuk mencapai FQ yang lebih baik..

    Good info :-)

    Thanks Pakdi..

    Pakdi: Itu salah satu faedah :)

    shueqry

  5. kumb@ng
    Posted May 6, 2007 at 7:39 pm | Permalink

    bagusnya globalisasi boleh melonjakkan ekonomi sesebuah negara.rakyat yg makan gaji mcm saya pun beruntung.bonus meningkat.increment bertambah… huhu..:D ini yg seronok.dpt apa yg diinginkan.

    tapi,disebaliknya?mungkin…slah satu tanda PRU semakin hampir..huhu:D agaknyalah..PM pun skang jarang ada kat m’sia. cari pelabur baru…?

    dgn situasi skang ni kita harus bersedia dgn segala kemungkinan.biasanya keseronokan ini tak lama. saham boleh merudum dgn tiba2 bila terdpt spekulasi pada kuasa besar ekonomi spt yg terjadi bru2 ini selepas CNY.nasib baik tak lama.

    skang ni saham tgh naik.apalagi tunggu?cubalah rebut peluang2 yg ada…. :D

    Pakdi: Setiap sesuatu mmg ada baik dan buruk. Kena timbang selalu :)

  6. j
    Posted May 8, 2007 at 1:07 am | Permalink

    sedia.

    jangan tunggu lagi.

    mulakan apa yang patut kita mulakan!!

    Pakdi: :)

  7. Gunady Santoso
    Posted February 18, 2008 at 4:11 pm | Permalink

    Betul, globalisasi memang mengerikan. Cina udah sedemikian melaju kencang seperti itu. Belum lagi India yg IT nya sudah amat maju. Apa yg bisa dilakukan utk mengejar keduanya?

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It