Cis!
Emel dihantar kepada Utusan Malaysia, Utusan Malaysia kata diorang cuma ikut laporan Pusat Keselamatan Siber. Utusan kata:
Laporan kami berpandukan kepada kenyataan yang diberikan oleh CyberSecurity Malaysia, selaku “polis siber” Malaysia. Seperti mana kami memetik pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai jurucakap rasmi keselamatan di Malaysia, CyberSecurity Malaysia menjadi jurucakap rasmi keselamatan siber di Malaysia.
Emel dihantar kepada CyberSecurity. 2 kali. Tak balas. Kemudian call, dan pihak CyberSecurity cakap melalui telefon:
Kami hanya menerima laporan dari orang ramai. Laporan tersebut akan dihantar kepada pihak berkenaan seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, KDNHEP, PDRM dan sekiranya kami perlu bertindak (setelah disahkan oleh pihak berkuasa lain), kami akan bertindak. Kami tiada bidang kuasa untuk sahkan laman web tersebut menawarkan skim cepat kaya atau tidak.
So? Editor / wartawan Utusan Malaysia putar belit kenyataan Pusat Keselamatan Siber untuk buat berita sensasi? Bodoh punya wartawan. Etika takde.

Don’t play play…
Dan satu lagi perkara pelik, kalau perkara tu masih dalam siasatan, kenapa Pusat Keselamatan Siber perlu sebarkan kepada wartawan? Wartawan Utusan Malaysia pulak tu. Ini satu lagi persoalan yang perlu dijawab sebab yang angkat telefon tadi bukannya orang paling atas.
Dulu Utusan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Fitnah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Antara kerja kotor lain terbaru diorang buat, mendahului Istana Perak dalam perkahwinan Raja Nazrin dan Zara Salim Davidson.
Jangan beli Utusan. Jangan baca website Utusan. Utusan hari ini bukan Utusan yang dulu yang membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang pelbagai isu. Utusan Malaysia yang lama sudah lama mati. Noktah.
18 Comments
Teori Konspirasi: Terdapat anasir menjatuhkan Utusan dari dalam.
Pakdi: Gua ada teori jugak… tapi takmau tulis kat sini.. hehe
Pakdi,
Mohon diletakkan entri ini di blog saya.
http://www.nuraninafa.blogspot.com
Pakdi: Ok
Gua baca The Star aje. Utusan makin sengal.
Pakdi: Oh… akhbar Melayu.. oh .. akhbar Melayu.. cerita bisnes dah la ciput
Assalamualaikum,
Tidak mengapa beri mereka peluang untuk perbaiki kesilapan.Sesungguhnya kini mereka tahu bahawa sarang tebuan bukanlah bahan mainan.
Sebagai blogger kita kena tunjukan sikap high level kita kepada mereka dan diharap jangan cepat melatah dalam hal ini.Diharap kita pon jangan membuat andaian seperti mereka, sebelum cukup bahan dan juga bukti yang sah lagi tepat dan sahih.
Selamat maju jaya kepada semua penaung blogger dan laman web semalaysia.
Saya rasa la Cybersecurity tu pun nak elak daripada dituduh tak bertanggungjawab..
Yang pasti orang yang salah pasti menuding jari kepada orang lain pula. Melayu, melayu.
sejak peristiwa refomasi aku dah tak beli utusan….pulak tu promosi pasal artis ngalahkan ulamak…pastu punyalah bangang bole amik astora jabat cete pasal agama…ish???
ermmm … knape akhbar Melayu skarang ni suka berita sensasi atau men’sensasi’kan cerita … itu yg ramai pembaca akhbar dah malas nak baca Utusan atau Berita … sorry lah tapi pendapat saya berita2 dlm Utusan mmg tak boleh dipercayai 100% … ermm, lagi mau kecoh circulation diorang tak leh lawan akhbar2 Inggeris & Cina!!! Sendiri mau ingat laa … Pak Di, I ni jarang tinggalkan komen kat page u ni tapi I do support your writings and your efforts kat BJ … banyak membuka mata I dlm byk hal … tahniah buat Pak Di dan teruskan perjuangan … ramai yang support u dari belakang!
sandwich
Sape nak bace Utusan..saye pon tak bace. kalau mcm nie la cara Utusan nak tarik pembaca, huh!!baik takyah. Mungkin ni gak cara Utusan nak promote website ataupon surat kabar diorg di kalangan member BJ, wangcyber, signal.net (eh ade ke?)hehe..dan lain2. yela, mane tau strategi pemasaran baru kot..
Kalau di rumah, semua paper abah beli.. tak kire english malay pro or kontra.. tu yg baca paper smpai 2,3 jam tak habis2.. huhu
So, kita boleh tengok paper mana yg sebenarnya membangkitkan kesedaran sivik orang kita..
saya tengok berita je
sebab paper ni cam sengal2 sket..ops! banyak… Bagus lagi NST dan The Star.. 
Entah ler PakDi,
heh heh, aku ler antara orang utusan lama yang menjadi korban politik dalaman… sekarang aku jadi usahawan la.
Cuba anda bandingkan antara iklan akhbar Melayu dan iklan akhbar Inggeris. Dalam akhbar2 BI, anda akan menemui banyak iklan2 bengkel percuma / berbayar ttg bisnes dan kemahiran komunikasi / memimpin.
Akhbar Melayu? Banyak iklan down load ring tone, wallpaper!
Ingat lagi ustaz saya cakap dalam suratkhabar zaman sekarang hanya ada dua mende je yang betul.
Satu waktu solat dan satu lagi keputusan nombor ekor kat belakang tu.
Sekarang baru faham.
laa tau dah…dulu, kini dan selama-lama-lamanyerrr
Utusan Malaysia sudah jadi Utusan Meloya.
hoho… begitulah namanya orang surat kabau…
wah garang tu…! mintak gambo budak tu satu? garang sungguh laaa…
ermmm , melayu mmg camtuh. utusan melayu pon MELAYU la mase nie
slame saye bace…… utusan ok lg la,
tp pandai2 tarik pembaca sbb skarang ni makin bnyk persaingan
good luck utusan!!!!