Selain daripada mengetahui 3 jenis pendapatan, anda juga perlu tahu dan mempunyai 3 plan kewangan. Ini semua amat penting untuk menguruskan duit anda. Sekiranya anda mengetahui 3 jenis plan ini dengan betul, maka anda akan dapat membentuk perancangan kewangan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda.

Jangan biarkan diri anda ‘dirompak’
3 jenis perancangan kewangan tersebut adalah:
1. A plan to be secure
Ini adalah perancangan yang paling asas, tetapi 89% daripada anda tidak melakukannya. Asasnya adalah active savings. Sama ada anda menyimpan dalam akaun simpanan biasa atau tabung buluh atau di bawah bantal atau dimana-mana sahaja, asalkan anda sudah mula menyimpan secara tetap. Invest for very long term. 30 tahun. Simpanan hari tua
5% return per year. Boleh lah.
2. A plan to be comfortable
Ini adalah perancangan untuk hidup senang, tetapi bukan untuk menjadi kaya. Anda mula melabur dalam ASB, dalam saham amanah. Anda sudah tahu menggunakan produk-produk kewangan lainnya. Anda disuruh buat regular savings, anda buat. Anda disuruh beli skim XYZ, anda beli. Bila portfolio anda berkembang baik, anda gembira. Bila portfolio anda mengalami masalah, anda mula nak salahkan orang lain
10-15% per year. Itu objektifnya.
3. A plan to be rich
Ini adalah perancangan untuk menjadi kaya. Anda melabur dalam produk kewangan yang lebih sophisticated. Yang orang biasa-biasa tidak faham. Anda merancang perniagaan yang bersistem. Yang orang biasa-biasa tidak buat Anda tahu menggunakan leverage. Anda tahu menggunakan other’s people money. Anda tahu menggunakan other’s people time. Anda menguruskannya dengan professional. Anda bersedia dan tahu untuk buat apa sekiranya ekonomi merudum sekalipun.
100% return as soon as possible.
Aku bukan nak jadi kaya pun, cukup lah sampai plan to be comfortable je
Saya kurang pasti sekiranya anda akan bercakap sebegitu lagi setelah anda mentadabbur ayat 46-48 dari Surah Yusuf ini.
[46] (Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”.
[47] Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
[48] Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
Adakah anda memahaminya?
4 Comments
80% kekayaan dunia berada di tangan 20% penduduk dunia…
coz most of people are not belong to any of d above categories
2 % je kot
saving memang teramat penting…tapi protection must be no. 1…sebab kat situ lah boleh protect our health, income & assets..coz risiko ada kt mane2…