Comments on: Tanyalah soalan yang betul

By: niszz
salam pak D .sy nk tnya adkah sah jikalau kite membeli beras dengan menggunakan kad kredit??

By: Hukum MLM | [My] Esprit De Corps
[...] mana yang saya telah sebut sebelum ini, kita perlu tahu bertanyakan soalan yang betul untuk keluar jadi manusia yang [...]

By: ashukrighazali
SOAL JAWAB AGAMA  BERHUBUNG INTERNET .

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani , Salam dan Salawat ke atas Nabi S.A.W.

Apakah hukum pelaburan menerusi internet  adakah ia halal atau haram ?

Jawapanya : Hukum perlaburan menerusi internet adalah sah di sisi Islam dan ianya sama juga dengan alat-alat komunikasi yang lain seperti telefon dan sebagainya. Sebenarnya internet merupakan alat atau saluran atau rangkaian untuk menghubungkan sesuatu yang jauh menjadi dekat .Ia tiada kaitan dengan soal hukum sama ada halal atau haram . Sesuatu yang halal mahupun haram bukan pada alat tetapi pada penggunaannya. Sebagai satu contoh hukum menggunakan pisau sekiranya ia di gunakan untuk memotong buah, daging dan sayuran hukumnya adalah harus dan  apabila ia di gunakan untuk membunuh hukumnya adalah haram. Jadi pengunaan internet sebagai salah satu cara bermuamalah atau penghubung maklmuat adalah di haruskan. Ini kerana rata-rata umat di dunia menggunakan internet sebagai satu keperluan yang tidak dapat di elakkan. Oleh itu menghukum secara qatei’ atau secara mutlak ( pasti ) hukum tersebut adalah salah dan ia juga bercanggah dengan hadis yang menyatakan bahawa pada satu saat nanti akan  datang satu perubahan iaitu “sesuatu yang  jauh akan menjadi dekat ” yang di maksudkan oleh hadis nabi ini adalah alat komunikasi yang ada pada zaman sekarang.

Hal ini  menunjukkan bahawa Rasulullah sudah mengetahui perubahan zaman . Perubahan ini sekaligus menunjukan bahawa Islam akan berkembang dengan pesat beserta teknologi yang semakin canggih.  Rasulullah sendiri dalam mencapai kejayaan sebagai seorang peniaga  berjaya menembusi pasaran dunia sehingga ke Syria dengan membawa barang dagangan Siti Khadijah. Mengikut hukum aqal adalah suatu yang mustahil mereka yang tidak mempunyai ekonomi yang kukuh dapat sampai ke sana. Apabila zaman berlalu orang menggunakan surat menyurat untuk berurus niaga sehingga ke abad ke 17 terciptanya kertas, alat tulis, mesin taip  dan sebagainya. Seterusnya zaman berubah sehingga abad ke 18 terciptanya mesin telefon untuk berhubung dengan jarak yang terhad dan mereka menggunakan alat tersebut untuk berurus niaga. Setelah itu muncul pula faxs pada masa itu ia merupakan sumber maklumat yang sangat canggih yang boleh sampai ke penerima dengan beberapa saat dan di gunakan sehingga ke hari ini. Kemudian muncul pula telefon bimbit tanpa wayar serba guna yang boleh menghubungkan manusia melalui sistem pesanan ringkas ( SMS ) dengan cepat dan pantas  dan akhirnya muncul pula satu teknologi yang canggih menggunakan satelit iaitu internet untuk menghubungkan dunia luar sama ada urusan peribadi, perniagaan dan sebagainya. Pada hari ini penggunaan internet dalam dunia perniagaan adalah lebih cepat dan lebih selamat daripada surat menyurat .

Saya di fahamkan bahawa perniagaan di internet ini  tidak  jelas, boleh ustaz terangkan  ?

Jawapan : Tidak semua perniagaan di internet tidak jelas, bagi saya yang melihat sebahagian daripada lama web ia serba sedikit ada menyatakan jenis perniagaan. Kadang-kadang terdapat juga sebahagian laman web menyebut secara jelas semua bentuk perniagaan dan sebahagian tidak kerana sebab tertentu seperti soal keselamatan yang sangat sulit dan sebagainya. Walaubagaimana pun sikap berhati dan waspada  perlu ada agar perniagaan seperti judi , arak tidak wujud Penjelasan  dan bentuk perniagaan  pada dasarnya tidak perlu secara tadqiq atau terperinci , cukup sekadar apakah jenis perniagaan yang di usahakan sebagai contoh, minyak, gas, projek, pertukaran mata wang, pembinaan bangunan, bahan-bahan mentah dan sebagainya.

Ini kerana Rasulullah sendiri tidak berbuat demikian , pernah satu ketika Rasulullah di hadiahkan kasut kulit daripada seorang yang tidak di kenali, baginda tidak bertanya , kasut kulit dari  mana , buatan mana, dan sebagainya. Begitu juga pakaian kulit yang hadiah dari kerajaan Rom , Rasulullah tidak bertanya secara terperinci.  . Seandainya  ada yang mempertikaikan persoalan ini terlalu terperinci maka bagaimana pula halnya bank-bank di Malaysia  yang tidak menyatakan bentuk perniagaan. Bahkan ada yang menyimpan sehingga berpuluh-puluh tahun apabila di tanya apakah jenis perniagaan bank , sudah pasti jawapanya , tak tahu ?

Apakah hukum perniagaan yang tidak dapat di lihat seperti di telefon dan apakah pelaburan di internet tergolong dari pelaburan yang ghaib ?

Jawapanya : Hukum jual barang atau perniagaan yang ghaib  dari majlis jual beli atau jual barang yang tidak dapat di lihat menurut pendapat ulama’ Mazhab Hanafi adalah sah , walaupun tidak dapat di lihat dan tidak dinyatakan sifat-sifat barang itu. Dalam kes ini pembeli  mempunyai  hak khiyar  ( hak pilihan )   apabila melihat barang jual yang di jual ( atau di  laman web yang tertera ) . Di sisi ulama’ mazhab Maliki kontrak jualan ini sah kerana ia merupakan gharar yang kecil , Ini berdasarkan hadis nabi ertinya “ Sesiapa membeli suatu tanpa melihatnya, maka dia mempunyai hak khiyar apabila melihatnya ”  . Manakala Mazhab Syafei menurut pendapat yang lebih zahir di sisi mereka dan juga pendapat al-Ibadhiah tidak sah secara mutlak jualan barang yang ghaib atau yang tidak dapat di lihat oleh pembeli atau penjual kontrak jualan ini tidak sah .

Dalam hal ini pelaburan di internet termasuk salah satu pelaburan atau jualan yang dapat di lihat melalui skrin komputer dan bukan pelaburan yang ghaib , yang tidak dapat di lihat , oleh itu pembeli atau pelabur  mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan atau pun tidak.

Apakah pelaburan internet mempunyai aqad dan ijab qabul ?

Jawapannya : Pelaburan menerusi internet sama juga dengan yang lain, ia juga mempunyai aqad  iaitu persetujuan antara kedua-dua belah pihak, akan tetapi ijab dan qabul boleh juga di pakai apabila kita menyerahkan wang pelaburan seperti katanya : “Saya Muhamad bin Ali  menerima wang daripada Hassan bin Senin sebagai pelabur di dalam AL-ARABIC  sebanyak RM 3,800 tunai “  Menurut pandangan seperti berikut :

“ Para ulamak mengatakan persoalan aqad  atau kontrak di anggap sah sekalipun dengan  ijab qabul yang tidak soreh ( yang tidak secara nyata )  , kontrak yang tidak di lakukan dengan tiada lafaz di sebut al-aqad al-mu’atah iaitu kontrak yang tidak di lakukan dengan perkataan atau lafaz , tetapi dengan perbuatan dua pihak , iaitu dengan tukar menukar , persetujuan dan kerelaan . Dalam kes ini seperti kita membeli air minum kemudian memasukan siling ke dalam mesin padahal tiada lafaz ijab dan qabul adalah sah, perkara ini juga sama dalam kes sewaan , apabila kita parking kereta selama 2 jam kita akan membayar RM4 di mesin tanpa lafaz ijab qabul. Para ulama menyatakan kontrak  atau perjanjian dengan telefon , surat menyurat [ dan pada zaman sekarang internet ] adalah sah walaupun mereka tidak ada pada “ satu majlis “ . Para ulama menyatakan yang di maksudkan “ bersatu majlis “ bukan bermakna kedua-dua pihak mesti ada di tempat yang sama  , tetapi bersatu masa yang mana kedua-dua pihak berurusan. “

Dalam hal ini samalah kita berurusan dengan pelaburan internet , apabila kita key in atau mendaftar lalu kita print out menunjukan kita sudah beraqad atau bersetuju , yang mana dinyatakan di situ jumlah RM (USD), masa , nama , tarikh lahir,  dan sebagainya. Perkara ini sama apabila kita bercakap melalui telefon tanpa melihat si penjual dan si pembeli atau pelabur . Oleh itu para ulama menyatakan boleh di sebut aqad dengan 3 perkara iaitu percakapan , penulisan, persetujuan . Oleh yang demikian , pelaburan internet terdapat 2 perkara iaitu aqad persetujuan dan penulisan sebagai mana yang tertera di skrin komputer. Ini kerana ia mengikut keadaan semasa pada zaman ini yang tidak lari dari teknologi internet.   Oleh yang demkian mereka yang menyatakan pelaburan di dalam internet tiada aqad adalah batil dan salah.

Apakah imbuhan yang di berikan di dalam pelaburan itu riba dan munasabah?

Jawapan : Ada juga yang mempersoalkan tentang imbuhan  dan pulangan yang di berikan tidak munasabah dan ada juga yang mengatakan riba . Ini sebenarnya satu tuduhan yang keterlaluan tanpa usul periksa. Saya melihat pulangan yang di berikan adalah munasabah . Contohnya apabila kita melabur USD1,000 ( RM 3,800 ) , kita akan mendapat modal sahaja selepas sebulan. Bukannya kita melabur USD 1,000 ( RM 3,800) pada keesokanya harinya kita mendapat untung itu barulah namanya judi atau riba , keuntungan tidak di perolehi pada satu masa. Padahal untuk mendapat keuntungan selepas sebulan , kecuali apabila ia bekerja keras mencari downline , mencari ahli dan sebagainya. Sebagaimana yang telah di jelaskan keuntungan di berikan setelah wujud persetujuan, bukan keuntungan di sebabkan penangguhan .

Bagaimana pandangan ustaz berkenaan pelaburan yang di katakan riba ?

Jawapannya  : Sebenarnya pelaburan tiada unsur riba kerana Riba hanya terdapat pada qirad atau pinjaman ,  Menurut pandangan ulama Riba ada 3 jenis :

Pertama : Riba Al-Fadhal iaitu jual beli yang berlaku tambahan atau lebihan pada salah satu daripada barang tukaran, ertinya tambahan berlaku semata-mata kerana kelewatan. Riba ini tidak berlaku kecuali pada dua barang tukaran yang sama jenis , contoh pertukaran satu gantang gandum dengan satu setengah gandum lain.

Kedua : Riba Al-Yadd : iaitu jual beli yang di lewatkan serahanya semasa menukar barang dan tidak menyebut tempoh seperti penyerahan lain jenis, gandum dengan barli.

Ketiga :  Riba al-Nasi’ah : Jual beli tangguh iaitu jual beli tangguh kepada satu tempoh dan di tambah apabila tempoh itu sudah cukup di samping harga tidak di bayar bagi tempoh yang telah selesai itu , maksudnya : tambahan yang di buat kepada barang tukaran , tanpa di sebabkan apa-apa tukaran tetapi kerana kelewatan membayar.  Oleh yang demikian di manakah letaknya unsur  riba di dalam pelaburan ? Sedangkan ia bukan pinjaman, bukan penangguhan kerana hadis nabi menyebut Ertinya : “Tidak ada riba kecuali pada al-Nasiah “  , maksudnya yang dikatakan riba itu adalah kelewatan membayar hutang kerana ada tambahan, umpama meminjam RM50.00 sekarang , tetapi jika di tangguh kepada bulan depan menjadi RM60.00.

Apakah hukum menetapkan masa keuntungan sebagai contoh 100 hari ?

Jawapanya : Penetapan masa keuntungan adalah sah dan memberi banyak memberi faedah , sebagaimana nas yang di ambil dari Mazhab Hambali dan Hanafi katanya :

” Menetapkan masa mudhrabah ( keuntungan ) , jika di bataskan mudhrabah  (keuntungan ) dengan suatu waktu yang tertentu di mana di tetapkan bahawa jika satu waktu yang tertentu telah habis , maka kontrak mudharabah ( keuntungan ) akan menjadi batal maka kedudukan kontrak seperti ini adalah sah di sisi mazhab Hambali dan hanafi. Sebab kontrak ini adalah satu kontrak perwakilan  .Oleh itu ia boleh di bataskan dengan waktu ia sama dengan dengan pembataskan jenis, tempat dan orang yang kita hendak membuat pelaburan . Kontrak seperti ini tida ada di sisi mazhab Syafei dan Maliki, sebab pembatasan waktu itu merosakan maksud keuntungan, sebab ada kemungkinan keuntuntungan tidak di perolehi dalam tempoh itu dan ada kemungkinan keuntungan di perolehi selepas daripada tempoh yang di tetapkan ”

Ulasan : Apa yang dapat di fahami Mazhab Hanafi dan Hambali menetapkan semua jenis perniagaan termasuk nilai ( RM atau USD yang di sebut sebagai jenis, jikalau dulu emas dengan emas, perak dengan perak ) .Begitu juga menetapkan kepada siapa kita hendak berurus niaga, begitu juga menetapkan tempoh perniagaan seperti 100 hari , akan tetapi dalam mazhab Syafei dan Maliki perkara tersebut tidak ada atau tidak di sebut ,  oleh itu Imam Syafei mengambil keputusan ia merosakkan keuntungan ” bukan riba” . Perkara  ini sama seperti zakat , menurut mazhab Syafe’i kadar zakat hendaklah di keluarkan mengikut makanan asasi, jika mereka makan beras mahal maka zakatnya tinggi , jikalau mereka makan beras murah zakatnya rendah sebagai contoh  di Kelantan dan Terggganu , zakat tidak serupa dan mengikut  peringkat  contohnya RM4.50 , RM4.70 dan RM 5.00 . Ini berbeza di Selangor dengan kadar zakat yang telah DI TETAPKAN iaitu RM4.70 , sedangkan jikalau di lihat dari sudut lain,  ia adalah penindasan kepada golongan yang tidak berkemampuan atau yang makan beras yang murah.

Pernah satu ketika PM Dr Mahadir Muhammad menetapkan kadar mata wang Malaysia RM3.80 bersamaan USD 1.00 sehingga tahun 2006 .Pada hal kita semua tahu kadar mata wang jikalau untung akan meningkat , jikalau jatuh akan menurun. Sedangkan di negara-negara lain tidak serupa boleh di katakan setiap hari turun naik . Apa yang dapat di lihat daripada fenomena ini adalah darurat semata-mata untuk menstabilkan ekonomi rakyat Malaysia. Hal ini samalah dengan pelabur-pelabur yang mendapat keuntungan daripada syarikat walaupun nampaknya tetap. Jadi kita tidak boleh mengatakan keuntungan tetap itu riba , tetapi ia sebenarnya bergantung kepada keadaan, sebagaimana yang saya sebutkan tadi , di negara-negara lain perubahan mata wang turun naik sangat ketara , tetapi di Malaysia TETAP  USD1.00 bersamaan RM 3.80 sehingga 7 tahun dan sejak akhir -akhir ini ada sedikit perubahan RM 3.50. Jadi maksud TETAP itu luas, mungkin tetap sehingga 100 hari sahaja, mungkin tetap 3 bulan sahaja, mungkin tetap 6 bulan sahaja.

Apakah yang dimaksudkan menetapkan kadar keuntungan ?

Jawapanya : Yang di maksudkan menetapkan keuntungan ialah keuntungan dari pihak bank . Menurut Dr Wahbah Az-Zuhaily :

“ maka tidak sah mudharabah dengan penetapan keuntungan yang di buat di bank-bank perniagaan kepada penyimpan - penyimpan . Sebab mengikut hukum mudharabah perkongsian mesti berlaku pada keuntungan tanpa had nisbah yang tetap seperti 7% umpamanya “   .

Inilah yang dimaksudkan menetapkan kadar keuntungan tanpa had seperti yang berlaku di bank-bank . Walaubagaimana pun tidak semua bank menetapkan kadar keuntungan .

Boleh ustaz terangkan bagaimanakah penentuan kadar   keuntungan , adakah ia perlu di tentukan atau mengikut kadar modal yang di laburkan  ?

Jawapanya : Menurut pendapat Jumhur keuntungan di bahagikan menurut syarat yang di persetujui oleh kedua-dua belah pihak . Begitu juga hendaklah keuntungan itu di ketahui kadarnya , kerana sebab perkara yang di kontrakan atau yang menjadi maksud kontrak ialah keuntungan, kejahilan tentang keuntungan akan menjadi rosak    [ oleh yang demikian pelaburan yang tertera di skrin internet adalah merupakan salah satu syarat yang dipersetujui oleh pelabur. Apabila pelabur bersetuju dengan jumlah tersebut maka ia telah menjadi satu syarat perjanjian ] , manakala  Imam Syafei mengatakan keuntungan hendaklah di bahagikan mengikut kadar modal.   [ Hal ini juga sama kepada pelabur yang melabur dengan jumlah yang besar akan memperolehi keuntungan yang besar , begitulah sebaliknya ]  . Imam Syafei menyatakan salah seorang ahli syarikat boleh mendapat kadar untung melebihi rakan kongsinya hasil daripada kebijaksanan perniagaanya  , biarpun modal yang sama banyak atau tidak sama banyak dan kerugian adalah mengikut modal .Ini di persetujui oleh seluruh mazhab berdasarkan hadis ertinya ; “ Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka , manakala kerugian berdasarkan kepada kadar modal “  . Oleh yang demikian dapat di fahami bahawa keuntungan adalah mengikut kadar modal sama sedikit atau pun banyak . Hadis nabi menyebut : “ Pembahagian keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua pihak . Manakala kerugian adalah mengikut kadar dua harta “

Oleh yang demikian pihak Al-Arabic Fund telah memberikan keuntungan USD31 ( 31% ) kepada pelabur USD 1,000 dan ia di persetujui oleh pelabur sendiri, sebagaimana yang di sebut dalam hadis nabi “Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka “. Yakni hendaklah keuntungan itu dalam nisbah peratus atau dalam saham seperti satu pertiga  ( 30 : 70 ) satu perempat ( 25 : 75 ) atau satu perdua. ( 50 : 50 ).

Dalam pelaburan di internet seorang itu akan berurus niaga mengikut mata wang USD kepada RM , keadaan ini di benarkan kerana para sahabat pernah membeli dan menjual dengan menggunakan mata wang Dinar dan Dirham

Imam Maliki mengatakan harus bagi kedua-dua pihak yang berkontrak saling merelai selepas daripada melakukan mudhrab ( keuntungan ) terhadap bahagian yang di terima sama ada sedikit atau pun banyak .

Saya di fahamkan Mudharabah itu terbahagi kepada dua iaitu Mudhrabah  Muqayyad dan Mutlaq. Boleh ustaz terangkan apakah yang di maksudkan Mudharabah  Mutlaq dan Muqayyad ?

Jawapanya : Mudharabah Mutlaq adalah menetapkan kadar keuntungan oleh pemilik asset , sebagaimana di dalam pelaburan internet ia juga di sebut Mudharabah Mutlaq. Mudharabah Mutlaq juga di kenali sebagai Keuntungan yang pasti atau Jaminan keuntungan . Dr Wahbah menyatakan dalam menetapkan keuntungan katanya  :

: “ Pembatasan yang baru mendatang yang berlaku ke atas mudharabah mutlaq, kata  ulama Mazhab Hanafi jika mudharabah itu ialah mudharabah mutlaq kemudian di khususkan oleh pemilik harta , selepas daripada berlakunya kontrak, maka di lihat jika modal itu berbentuk tunai mahupun mudharib ( pelabur ) menggunakan modal itu untuk membeli sesuatu barang kemudian dijualkan barang itu dan di terima harganya dalam bentuk wang, maka pengkhususan yang di buat oleh pemilik harta itu adalah harus. Kedudukannya samalah seperti jika ia mengkhususkan atau membataskan mudhrabah itu sejak awal. Sebab pemilik harta adalah mempunyai kuasa untuk membuat pembatasan jika pembatasan itu berfaedah.

Jelaslah di sini membataskan mudhrabah atau keuntungan oleh pemilik fund atau pemilik asset di haruskan ia di sebut sebagai Mudharabah Mutlaq . Hal ini di sebabkan banyak memberi faedah, selain dari pemilik harta juga berhak menentukan dan mempunyai kuasa dalam hal tersebut. Sebagai contoh pemilik asset atau fund menetapkan keuntungan mutlaq sebanyak 31% kepada pelabur.. Oleh yang demikian jawapan ini sebagai sanggahan kepada mereka yang mendakwa bahawa keuntungan tetap adalah haram atau riba.

Manakala Mudharabah Muqayyad ialah  menentukan urus niaga kepada orang tertentu, tempat tertentu dan waktu tertentu ia di haruskan oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad , tetapi tidak di haruskan oleh di sisi Imam Syafei   .

Pada pandangan Ustaz mengapa Al-Arabic Fund memberikan keuntungan yang tinggi kepada pelabur sehingga 31% ?

Jawapan : Sebagaimana yang di maklumi Al-Arabic merupakan satu syarikat pengeluar minyak yang terbesar di dunia dan menggunakan mata wang dinar. Hanya 4 buah negara yang menggunakan matawang Dinar iaitu Jordan, Dubai, Kuwait dan Iraq,  kesemua tersebut adalah Negara Islam yang kaya, kecuali Iraq yang menghadapi krisis ekonomi akibat peperangan. Oleh yang demikian,  bukan suatu yang mustahil syarikat gergasi seperti itu  dapat memberikan pulangan yang tinggi kepada pelabur. Pulangan tersebut berdasarkan pendapatan yang konsisten antara 30%-60% setiap bulan. Ada kalanya segala maklumat tidak boleh di dedahkan kerana sulit , semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kemaslahatan pelabur kerana ramai yang mendakwa memiliki asset. Seorang sahabat saya yang berkahwin dengan wanita Dubai dan tinggal di sana menyatakan bahawa pemiliki asset tersebut memang seorang yang kaya dan di ibaratkan sebagai seorang menteri .

Apakah nasihat dan pesanan ustaz terhadap pelabur ?

Jawapanya : Nasihat saya kepada pelabur ialah niat yang ikhlas , sesungguhnya sesuatu yang buruk itu tidak hanya semata - mata  memakan daging babi , anjing atau pun riba, tetapi yang buruk itu sebenarnya adalah sifat mazmumah   yang datangnya dari hati dan lidah. Sesuatu yang buruk itu akan dapat di lihat daripada perkataan dan tindakan . Seseorang yang banyak melakukan dosa kemudian ia bertaubat kepada Allah , nescaya ia akan di ampunkan oleh Allah. Ada satu kisah seorang hamba Allah yang banyak melakukan  dosa, minum arak, memakan harta riba, lalu bertaubat kepada Allah setelah pulang dari Makkah , kemudian ia menjadi seorang yang pemurah . Pesanan saya lagi ialah banyakkan sedeqah dan mengeluarkan hibah , kerana harta yang halal tidak semestinya bersih, harta yang bersih apabila kita mengeluarkan hibah setiap kali memperolehi pendapatan. Kita kadang kala memperolehi sumber pendapatan tetapi belum tentu bersih, hukum pembersihan harta ini ada yang wajib dan ada yang sunat,  yang wajib di sebut zakat setahun sekali, tetapi konsep pembersihan harta yang  ingin saya tekankan ialah setiap kali kita memperolehi pendapatan , sebagai contoh jikalau kita memperolehi RM 1,000, jangan kita berbelanja sebelum kita mengeluarkan hibah RM 2.50 atau lebih.

Benarkah dharurat di bolehkan dalam amalan riba sebagaimana yang berlaku sekarang ini ?

Jawapanya : Setiap sesuatu ada dharurat samada dalam soal  ibadah, muamalat , munakahat dan sebagainya. Sebagai contoh di dalam ibadah kita di bolehkan bersolat di dalam keadaan berbaring apabila dharurat, begitu juga kita di bolehkan bertayamum apabila Dharurat. Apatah lagi dalam soal muamalat kerana muamalat yang ada pada zaman sekarang sudah tentu berbeza dengan zaman Rasulullah , pada zaman Rasulullah tidak ada tv, radio, internet dan sebagainya. Apabila sesuatu yang tidak ada di zaman Rasulullah kita di bolehkan mengambil qias atau berijtihad. Keadaan dharurat ini hanya individu itu sendiri yang mengetahui . Sebagai contoh orang yang di ancam untuk di bunuh akan di bebaskan dengan wang tebusan RM100 ribu dan  tiada jalan lain kecuali meminjam wang kepada Ah Long yang terkenal dengan unsur Riba. Begitu juga dengan pinjaman yang di tawarkan oleh bank seperti kereta, rumah, kad kredit  yang mana kesemua itu adalah  riba , akan tetapi apabila ia adalah keperluan maka di haruskan. Sebagai jawapan persoalan ini saya memetik sebuah karya seorang ulamak bernama Ustaz Bahjat al-Baitar dan Dr Wahbah katanya :

“ Sesuatu yang di haramkan kerana zatnya tidak haruskan kecuali darurat seperti bangkai, darah dan daging babi. Sesuatu yang di haramkan atas dasar prinsip sadd ad-dhara’i adalah DI HARUSKAN jika terdapat hajat dan maslahat yang nyata.  .Hanya seorang Islam secara sendirinya sahaja yang dapat menentukan darurat atau hajatnya.”

Oleh yang demikian dapatlah di fahami bahawa riba diharuskan apabila berlaku kesesakan keperluan yang di sebut sadd ad-dhara’i, dan  dharurat hanya akan di alami oleh individu sahaja , manakala pihak lain tidak dapat menentukan. Hal ini serupa keadaan orang yang sakit, kelaparan dan sebagainya. Wallahu ‘alam

Di sediakan oleh :

Ahmad Shukri Ghazali

7hb April 2007 / 19 Rabiulawal 1428H

Soalan : ( 15 Feb 05 )

Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya ada menghadiri kursus Forex  di sebuah syarikat swasta, Stable Alliance Sdn. Bhd. Yang menguruskan urusniaga Forex (Foreign Exchange Currency) beroperasi di Megan Avenue, Off Jalan ampang, KL. Saya berminat untuk menambah pendapatan saya melalui forex selain mencari sumber lain untuk melangsaikan hutang saya setelah permohonan baitulmal saya  tidak mendapat galakan. Pegawai syarikat itu ada menunjukkan sijil syariah atau pengesahan boleh urusniaga mengikut syariah dari mufti Perak iaitu dari pihak Dato’. Disini saya inginkan kepastian adakah benar pihak Dato, ada mengeluar sijil mengatakan Forex itu dibolehkan oleh syariah kepada syarikat berkenaan? Sekalipun tidak saya ingin penjelasan Dato, berhubung Forex, adakah boleh saya masuk kedalam urusniaga Forex, memandangkan hutang saya yang amat besar tidak dapat saya langsaikan kalau hanya bergantung kepada gaji bulanan saya yang Cuma RM 1,000. Untuk perhatian tuan, hutang tersebut adalah hutangyang terpaksa saya bayar kerana kegagalan saya dalam akedemik kepada pihak penaja, dan juga hutang saya kepada kawan-kawan ketika biasiswa saya dihentikan dan saya memerlukan kewangan untuk sedikit sara diri dan mencari tiket pulang ke Negara ketika itu.

Segala perhatian Dato’ amat saya hargai.

-insan malang,

Fakhrunnazim Muhajir

Jawapan :

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak membuat pengesahan, boleh berurusniaga dengan Forex.  soalan dan jawapan di atas adalah dari laman web berikut http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/Musykil_utama.htm

kadar tukaran semasa USD dan IQD http://www.menafn.com/currency_chart .D&CC=IQD&CT=1M

Wallahhua’lam

Pakdi: Saya telah tukar nick anda dari HUKUM PELABURAN INTERNET kepada ashukrighazali.

By: ashukrighazali
Assalamualikum…

Pakdi: Waalaikumussalam. Saya telah tukar nick anda dari Kasim Selamat kepada ashukrighazali

By: Esprit De Corps » Blog Archive » Demam… Hukum MLM
[...] mana yang saya telah sebut sebelum ini, kita perlu tahu bertanyakan soalan yang betul untuk keluar jadi manusia yang [...]