Susah Payah & Cashflow 202

Filed under BicaraJutawan

Takde benda yang mudah. Makan pun susah. Kita rasa makan tu senang sebab kita dah makan sejak kecik. Dari kita makan disuap sampailah jadi pandai sampai mengutuk orang yang makan macam itik. Ia jadi senang sebab ia menjadi habit.

Banyak sungguh masalah saya hadapi sepanjang minggu ini. Antaranya id Yahoo! saya mengalami masalah untuk login. Saya tidak tahu kenapa. Apa puncanya. Sedangkan hampir 70% urusan di internet menggunakan id Yahoo! tersebut yang telah saya guna sejak sekolah menengah lagi. Saya menguruskan (sebagai owner dan moderator) untuk hampir 8 YahooGroups untuk keluarga, alumni sekolah, alumni batch dan urusan sosial lainnya. Siapa yang tahu cara untuk atasi atau puncanya sila beritahu saya.

Seterusnya kejadian bandwidth limit BJ. Anda semua tahu. Nampaknya kos maintenance semakin bertambah.

Adakah ini tandanya saya perlu membuat bengkel Cashflow 202 pula? Hohoho… Siapa yang goyang kaki main Cashflow 101 tu nanti dah main Cashflow 202 baru tau susah payahnya. Tau-tau dah bankrap.

Cepat-cepat datang ke bengkel Cashflow 101 dengan kawan-kawan anda semua, sebab tak lama lagi kita dah boleh buat bengkel Cashflow 202 pula. Lebih menarik dan mencabar. Ingat ada masa nak senyum-senyum gelak-gelak lagi ke? ;)

Takpe, sementara tu boleh tengok dulu video introduction Cashflow 202 oleh Robert T Kiyosaki >> Klik sini untuk tonton video tersebut

Dan siapa yang masih teragak-agak nak join bengkel Cashflow 101, boleh baca cerita-cerita dari Dr Azwan, seorang doktor perubatan yang telah bermain tempoh hari dan juga cerita-cerita dari En. Aku, pengasas BuySignal.net. Layan….!

Cerita Dr Azwan:

1. Cashflow 101: The Rat Race
2. Cashflow 101: Menjana Pendapatan Pasif
3. Cashflow 101: The Cashflow Game

Cerita En. Aku:

1. Kisah Seorang Guru
2. Bengkel Cashflow 101


More Interesting Posts:
Downsized!
Saham vs Amanah Saham
Cashflow Club
Cashflow 101: Bergaji kecil pun boleh kaya
Big Deal, Small Deal
Rezeki Anak
Bengkel Cashflow 101 di JB

6 Comments

  1. Posted June 29, 2007 at 8:45 pm | Permalink

    Teringin rasanya nak menjadi salah seorang peserta Cashflow 101 dan seterusnya 202. Tapi sayangnya, nun jauh di sana. :D

    Pakdi: Ada masa boleh bertemu :) insyaAllah

  2. Posted June 29, 2007 at 8:48 pm | Permalink

    Mengenai yahoo cannot access. Happen to me one time …memang disaster giler..especially terfikir kot-kot password kita dah di ketahui org …pastu saya klik ke forgot password …. nak di jadikan cerita…add email utk backup (email add yg dihantar utk bagi tahu password baru ) saya lupa plak login name bagai ..haru.

    Pandangan saya jgn cepat panic …kalau pakdi confirm ingat yr email backup then it should be ok …but kalau tak stay with that situation first …kena bertanya2x org lain plak. Harap everything when well…

    Pakdi:
    1. Saya pun dah tak ingat apa emel backup, bayangkan 10 tahun dulu punya registration :( secrect question pun dah lupa…
    2. saya pun tak tau nak buat apa dah…

  3. Posted June 29, 2007 at 9:27 pm | Permalink

    aku rasa bukan ko sorang yg ade prob ngan yahoo. aku pon , maybe ade internal server error kot

    Pakdi: Harapnya gituuu…. Siapa lagi yang terkena?

  4. Posted June 30, 2007 at 1:07 am | Permalink

    wosh…sudah ada cashflow 202 pulak skrang ni..huhu… bila la nak join ni :D

    Pakdi: Cepat-cepat :D

  5. Posted June 30, 2007 at 2:15 am | Permalink

    lex lu pakdi..

    bagi aa aku main seround dua cashflow 101 sblom ko buat bengkel cashflow 202..

    tak puas main lagi.. nak kasik masuk betul2 dalam kapla.. no more testing macam hari tu huhuhu..

    Pakdi: Sesi utk bekas peserta sentiasa on…. :D

  6. Posted July 1, 2007 at 11:47 am | Permalink

    Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kendian…

    Pakdi: Bermewah-mewah dulu la best broo ;)

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It