Dalam artikel sebelum ini, saya ada menulis tentang konsep active savings. Simpan dulu kemudian barulah melabur.
Artikel kali ini saya cuba berkongsi tentang peluang-peluang pelaburan yang ada setelah anda menyimpan.
1. Savings Account
Ini bukan tempat pelaburan. Tapi anda perlu ada sejumlah wang tunai yang mencukupi di dalamnya.
2. Fixed Deposit
Perbankan Islam melabelkannya sebagai pelaburan mudharabah. Pulangannya sekitar 2-4% mengikut tarikh matang. Anda simpan RM 10,000 di dalamnya dengan pulangan sekitar 2-4% dan bank pula memberikan pinjaman kepada anda dengan kadar 8% setahun (faedah / keuntungan). Siapa lagi bijak? Anda atau bank?
3. Amanah Saham
Anda menyimpan RM 10,000 di dalamnya, dan belum sempat duit anda dilaburkan ia sudah susut nilai kira-kira 5-8% akibat upfront fee dan tiap-tiap tahun ia susut nilai lagi antara 0.5-2% untuk management fee. Dan anda pula mengharap pulangan 8-12% setahun, kalau ada untung.
4. Tabung Haji
Anda menyimpan RM 10,000 di dalamnya untuk menunaikan haji! Anggaplah 4-5% pulangan di dalamnya sebagai booster dari Allah swt agar kita cepat-cepat menjadi tetamu Baitullah. Sebaiknya, tak payahlah keluarkan duit dalam Tabung Haji ni selagi anda belum menunaikan haji. Ni asyik kata tak datang seru je.
5. KWSP
Kalau anda bekerja di Malaysia dan tidak ada akaun KWSP, cepat-cepat berhenti dan cari syarikat lain. Bersyukurlah KWSP memberikan anda pulangan walaupun sekitar 4-5% sahaja. Bukan mudah nak uruskan dana yang berbilion di dalamnya. Ia duit hari tua anda dan anda boleh gunakan akaun 2 untuk pembelian rumah.
6. Amanah Saham Bumiputera
Untuk Bumiputera sahaja. ASB tidak ada upfront fee. ASB tidak ada management fee. Duit anda tidak susut nilai walaupun 0.001% pun sebelum ia dilaburkan. ASB bagi pulangan konsisten 8-10% dalam bonus dan dividen. RM 10,000 yang anda simpan, hujung tahun dapat RM 800. Tidak mahu menyimpan di dalamnya sebab ada pendapat yang menyatakan ASB haram? Itu pilihan anda.
7. Exchange Traded Fund
Amanah saham yang didagangkan di dalam bursa. Tetapi malangnya ia belum ada lagi di Bursa Malaysia. Upfront fee & Management fee yang minima. Boleh tanya Singapore Exchange kalau berminat lebih lanjut.
8. Saham Bank Rakyat
Pulangan 15% setahun yang konsisten kebelakangan ini. RM 10,000 yang anda simpan, anda dapat RM 1,500 pada hujung tahun dan ia sudah dizakatkan. Setakat penulisan ini ditulis, anda masih perlu queue untuk menyertainya.
9. Saham
Ada ilmu tertentu untuk melabur? Pilihlah sama ada mahu jadi fundamental investor atau technical investor. Kalau malas nak belajar, pergi cari amanah saham sahaja. Jangan menggatal nak beli saham IPO ke, 2nd Board, MESDAQ ke, 1st board ke ke kalau belum tahu baca financial statement atau mengenali bar chart, candlestick, P&F Chart dan sebagainya.
10. Warrant & Options
Adik beradik tiri. Warrant, bapak dia syarikat awam berhad. Options, bapak dia stock exchange. Lagi volatile dari saham. Hak untuk membeli saham. Stock options belum ada di Malaysia. Hanya warrant sahaja yang boleh dijual beli setakat ini.
11. Futures & Commodity
Pasaran hadapan. Indeks saham ada. Kelapa sawit mentah pun ada. Itu sahaja yang ada di Malaysia. Kalau berminat dengan indeks saham luar negara, emas, perak, minyak mentah, kacang soya, besi, kopi, kapas dan sebagainya sila rujuk ke pasaran luar negara.
12. Forex
Perdagangan matawang asing. Hati-hati, terlalu banyak scam forex. Pilih broker yang betul. Kalau takde ilmu pelaburan tertentu, lupakanlah sekejap, dan pergi belajar dulu.
13. Bon
Kalau baru ada RM 999,999 lupakanlah sahaja nak melabur dalam pasaran bon. Di Malaysia, hanya pelabur institusi yang menguasainya dan individu tertentu yang ada net worth yang sangat tinggi.
14. Hartanah
Semua orang nak rumah. Tapi bukan semua rumah orang nak duduk. Jadi, lokasi amat penting dalam pelaburan hartanah. Selain rumah, mungkin kedai dan pejabat juga boleh anda inta-intai. Melaburlah dalam hartanah untuk dapatkan cashflow terlebih dahulu barulah memikiran tentang capital gain.
15. Real Estate Investment Trust (REIT)
Macam beli amanah saham jugak. Tetapi syarikat REIT ini terlibat dalam sektor hartanah. Ia bukan pool of money untuk beli saham, tetapi hartanah. Ia dijual beli melalui Bursa Malaysia.

Bacalah…
Cadangan
Melainkan pilihan yang pertama, anda seharusnya belajar dulu tentang ilmu pelaburan tertentu. Kalau tidak anda akan disembelih oleh mereka yang mahukan wang anda. Invest in yourself first.
Impian di hati nak jadi jutawan, tapi kalau RM 10 pun anda tak sanggup nak gunakan untuk pendidikan ilmu kewangan, anda sebenarnya berangan-angan mat jenin sahaja. Itu mentaliti nak kaya cepat yang mesti dikikis segera.
Ini adalah sebahagian besar peluang pelaburan yang saya tahu, dan pastikan anda melabur di dalam pelaburan yang sah dan jangan sesekali terlibat dalam skim cepat kaya yang kini semakin canggih dan berleluasa di internet.
Sila rujuk panduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum anda melabur.
10 Comments
Pakdi.. Aku cadangkan penubuhan BJ Investor Club sebagai subset kepada BJ members
Byk buku aku baca soh join kelab2 pelabur terdekat, tapi macam nextview punyer club mahal woo fee dia.
Pakdi: Kalau buat BJ Investor Club pun tak boleh buat murah-murah. Nanti jadi lain
hehe tol tu.. tapi menarik idea tu..
disamping tu boleh jadi sumber kewangan utk menanggung forum BJ perjumpaan2 dll..
Pakdi: tau takpe… dan ada sebab lain jugak.
Makanya Rasul SAW saran kita berniaga…walau sekecil mana pon.
Di zaman ini, seperti Paypal etc, yang untung adalah 3rd party.
dan…nak duit labur lagi pantas? Zakat lah lebih sikit. Allah gandakan 49x…in Cash! Tak caya? Kalau ader RM10 dalam poket dan tuh untuk awak makan sehari…dan ada pula peminta sedekah untuk anak yatim *(yang patut terima zakat)…berikan…dengan niat ZAKAT FISABILLILAH.
Insyallah,dapat balik duit tuh…lebih dari tuh…
Mulakan dengan …TABUNG JUMAAT!
Azrin @ http://www.azrin.net
Pakdi: ye btul…
azrin, zakat tak ada lebih atau kurang.. yang boleh ditambah adalah sedekah
aku sedang melakukan yang 9, setelah beberapa lama dok buat no. 1
target seterusnya adalah 14, tapi dok berangan yang no. 15, cuma yang lainnya, aku ‘berangan’ nak buat pool of money untuk syarikat sdn bhd dan start beli hartanah melalui syarikat tu.. amacam, ok tak? tak tahulah syarat sekarang berapa ramai jadi lembaga pengarah.. yang aku baca dulu, maksimum 50 orang.
Pakdi: Angan2 yang disusuli dengan usaha yang gigih akan berjaya. nanti dah buat REIT jgn lupa ajak geng2 utk pre-IPO. hehe.
Wah.. Macam dah ada plan dah pakdi. Perkara baik jgn ditangguh2..
Pakdi: Ada. tapi ada benda teknikal belum setel.
kalau property, buat di UK best.
Perlu 10% deposit aja, boleh buat BUY-TO-LET, islamic style.
banyak org dah success dalam nie.Kalau nak, tanya ah, this 10% pon is just to cover the legal fees and duty saja.100% loan.
http://melayu.eu/linky-links-project/
azrin
Pakdi: Nice info dude
A’kum..
saya baru nak berjinak2 dgan bidang ni…. bnyak benda yg blom tau lagi… apa perkara pertama utk serius dlm bidang ni? dan siapa yg paling layang utk dijadikan rujukan
tq
Pakdi: Bidang ni luas. Berminat berniaga? Melabur dalam saham? Melabur di hartanah? Saya cadangkan agar datang ke bengkel Cashflow 101 utk mendapat gambaran yang lebih baik
Tips yang bagus Pakdi… thanks for info..
Pakdi: Sama-sama
A’kum
Saya pelajar ipta lg.tp saya sgt2 berminat nak blajar pasal saham dan pelaburan ni.tp buat mase ni saye lebih tertarik dgn saham…
sblm ni saye da try MLM,berniage sendri,bekerja sambilan n even jadi research assistant lecturer saye utk cari duit n pengalaman…
so setelah sume perkara td saya da buat,saya masih gagal nak capai cite2 n impian saye…jd saye nak try pasal saham n pelaburan plak.
saye sanggup mula dari basic,coz saye mmg x tau pape pasal bidang ni
jd pakdi,boleh bantu saye where,what n how to start???
kalo ade buku2 yg perlu saye beli n laman2 web yg penting utk info saye,bole la sertakan skali ek…
saye da bace skit2 pasal saham ni dlm forum pakdi…candlestick,technical investing,value investing,growth investing,dow theory…ade la skit2 ilmu tu.tp x dpt full information lg.
Tlg la tunjuk ajar ye pakdi…saye sgt2 berminat dlm bidang saham n pelaburan ni…nak jgk berjaye cam korg…hehe
saya tengah cari maklumat berkenaan pinjaman utk beli rumah kedai sbgai satu aset perniagaan masa depan. nak tanya pd Pakdi paling minimum byrn bulanan utk rumah kedai berapa agaknya ye? selama ni pun hanya tau byran bulanan utk pinjaman perumahan dan kereta je.