Zaman globalisasi membolehkan ramai orang jadi kaya sekelip mata. Muda-muda sudah boleh jadi jutawan. Masih bersekolah menengah lagi sudah boleh dapat pendapatan yang lumayan. Di sebalik peluang di hadapan mata ini sebenarnya juga ada persaingan yang anda perlu ketahui.
Zaman internet ini juga menyebabkan perniagaan anda sama seperti pelabur kecil dalam pasaran saham. Penglibatan anda sebagai pelabur kecil di dalam pasaran sebenarnya adalah penglibatan anda dalam pertempuran para pengurus dana professional yang mempunyai berbilion ringgit dalam akaun mereka. Pengurus dana seperti ini adalah pengurus dana unit amanah, pengurus dana pencen KWSP, pengurus dana ASB, bank-bank dan pelabur professional lainnya yang menguruskan hedge fund.
Justeru, sekiranya anda tidak mempersiapkan diri anda sama seperti mereka ada, adalah amat sukar untuk anda membuat untung dalam pasaran. Saya tahu cabaran pelabur kecil seperti kita semua, sebab itu lah saya menyediakan untuk anda seminar cara melabur seperti pelabur professional pada 28 Julai 2007 nanti.
Kerana isu tertentu seperti support & resistance amat berkait rapat dengan cara para big investor berjual beli. Pengetahuan sebegini amat penting untuk mengelakkan anda kerugian dengan lebih banyak di dalam pasaran.
Zaman Informasi: Persaingan secara Global
Perubahan zaman menyebabkan peluang dan cabaran perniagaan semakin hebat. Anda juga sebenarnya bersaing dengan syarikat global sama seperti keterlibatan anda dalam dunia saham. Apa yang dilakukan oleh syarikat-syarikat yang besar sebenarnya mempunyai banyak pengaruh dalam perniagaan anda. Isu harga, customer service, marketing, pengiklanan dan lain-lain akan menentukan bagaimana pelanggan berurusan dengan anda kelak.
Namun, ramai daripada anda tidak menyedari hakikat ini apabila anda melangkah ke dunia perniagaan. Anda fikir mereka tiada kaitan dengan anda. Sedangkan anda sebenarnya bersaing secara langsung dan tidak langsung dengan syarikat-syarikat tersebut.
Sebagai contoh, katakan anda menjual ebook bertajuk “Cara-cara menjual sayur kangkung di pasar malam”. Adakah pesaing anda hanyalah seorang lagi penjual ebook bertajuk, “Cara-cara menjual sayur kangkung di hypermarket?”
Oh. Tidak. Anda tersilap sekiranya anda merasa itu sahaja pesaing anda. Pesaing bagi seorang penjual ebook juga adalah Amazon.com, McDonald’s, Nickelodeon dan lain-lain. Mereka mempengaruhi bagaimana anda seharusnya menjual produk anda kepada sasaran pelanggan anda.

Unta pun minum coke
“Oh.. takpelah, itu ebook, memanglah kat internet.”
Jangan tersilap. Walaupun anda menjual air di pasar malam, sebenarnya anda juga bersaing dengan Coca Cola dan Pepsi. Jangan ingat apabila anda berjual kecil-kecilan, pesaing anda hanya lah peniaga air di sekitar anda sahaja.
Kenapa saya mengatakan demikian?
1. Pernahkah anda terfikir untuk membuat repeating sales? Walaupun Coke hanya menjual air berkarbonat, tetapi dia sentiasa melakukan pelbagai cara promosi dan marketing agar repeating sales berlaku untuk membolehkan Coke terus relevan mendahului penjual air yang lain.
Vending machine. “Makan bola, tidur bola, minum coca-cola”. Rekabentuk botol dan tin yang berubah-ubah. Dan sebagainya. Anda?
2. Pernahkah anda terfikir mengenai customer service? Andaikan anda mempunyai masalah dengan kad kredit anda seperti dompet anda dicuri. Adakah anda menyedari institusi perbankan menyediakan talian hotline 24 jam? Adakah perniagaan anda menyediakan sebarang ruang untuk membolehkan pelanggan anda membuat komplen, aduan dan sebagainya?
Pesaing anda dalam hal sebegini barangkali Citibank, Standard Chartered, HSBC, Maybank, Cimpeng er.. CIMB Bank dan lain-lain. Secara tidak sedar, pelanggan akan mula membandingkan perniagaan anda dengan mereka.
3. Pernah anda menjual produk / servis yang berbentuk pendidikan? Adakah anda menyedari saingan anda sebenarnya adalah Steven Spielberg, Nickelodeon, Erra Fazira, Hans Isaac, Transformers, Harry Potter, Akademi Fantasia, American Idol dan segala bentuk produk hiburan yang ditayangkan 24/7 di dalam televisyen, radio dan kini telefon mudah alih?
Petang ini ada kelas tuisyen di pusat tuisyen anda, tetapi petang ini juga televisyen menayangkan rancangan Akasia Manjalara. Ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke pusat tuisyen anda pun berbelah bagi kerana tidak mahu miss rancangan tersebut. Apatah lagi anak-anak tersebut.
Cukuplah 3 perkara ini. Selebihnya anda fikir sendiri. Information age juga telah membuka ruang persaingan yang cukup hebat untuk perniagaan anda.
Start Small but Work Like McDonald’s Franchise
Itu yang selalu saya sebut apabila saya memberikan seminar motivasi usahawan kepada para mahasiswa. Tiada masalah anda nak berniaga kecil-kecilan sekalipun, tetapi anda perlu bekerja keras. Ingat, McDonald’s mempromosi burger mereka ke dalam setiap yang mempunyai peti televisyen. Mereka masuk ke rumah-rumah melalui iklan-iklan. Sekiranya diberi pilihan, sudah tentu anak-anak akan memilih burger McDonald’s semata-mata untuk mendapakan hadiah Happy Meal!
Pernahkah anda terfikir kenapa Akademi Fantasia terpaksa memberi laluan kepada World Cup 2006 yang lalu, sedangkan AF adalah industri hiburan dan bola sepak adalah industri sukan?
Jangan ingat pelabur saham kecil sahaja yang bersaing dengan pelabur saham besar sahaja tau …
7 Comments
byk sgt iklan dlm article ni.. jd kurang mnarik n konfius sket..
cuba fahami betul-betul artikel ni.
iklan tu 3 perenggan je
dan apa yang ditulis walaupun ianya berunsurkan iklan memang berkait pun.
small investor vs big investor = small business vs big business.
apa yang big investor buat akan effect small investor.
apa yang big business buat akan effect small business.
information age telah merubah cara berniaga.
qamaru…
nampak tak sinonimya artikel pakdi tulis tu…
tv = pc & internet (korang punya la)
manjalara = artikel yg ditulis pakdi
iklan = advertlets & nuffnang dll (yg pakdi letak dlm blog nih)
ada nampak tak persamaannya?
hehehe…
qamaru tak jawab lagi laa alyani..
mula2 bc komen alyani sy lg pening. manjalara? ape kaitan ntah? hehe.. pastu br la fhm. OooOOooo..
x minat sgt cte melayu.. bg cnth manjalara.. lampi sket ;p
as a small investor or small businessman.. we must always be prepared to compete with big investor n big businessman. dlm dunia globalisasi ni.. dorang sgt pantas myesuaikn their investment n business with all d changes. so.. kte pn mestilah jgn ktinggalan. rite?
Ok pe byk ads..nampak lg menarik kot..atau..al_qamaru terklik ads kat blog pakdi ni..hehe.:D
*terer pakdi placing ads:)
Saya suka baca tulisan dalam blog ni pasal bisnes.
Tapi saya fenin bila baca tulisan pakdi fasal saham…..