Setiap sesuatu mesti ada asasnya. Seperti Islam, asasnya 5. Syahadah, solat, zakat, puasa dan haji. Sesuatu yang didirikan tanpa asas yang kukuh akan mudah runtuh malah mungkin tak dapat didirikan langsung.
Bangunan setinggi KLCC perlu ada asas binaan yang kukuh. Bayangkan kalau KLCC didirikan atas asas binaan apartment setinggi 5 tingkat. Tidak perlu jadi jurutera pun kita sudah boleh agak kesannya.
Sama juga kalau kita mahu menjadi seorang kaya. Jutawan. Kekayaaan (wealth) menurut salah satu definisinya adalah nilai aset melebihi nilai liabiliti. Aset, seperti dalam artikel sebelum ini, adalah sesuatu yang membuatkan duit kita bertambah. (Hoho.. anda rasa kereta tu aset ke?)

Sape ambik duit aku!? Hujung bulan aje habis..!
Tetapi asas yang utama adalah kita perlu ada tabiat menabung. Mungkin ramai daripada kita semasa kecilnya ada tabung. Dari tabung burung nuri, tabung gajah, tabung buluh, tabung bangunan Tabung Haji dan sebagainya. Namun, kebanyakan kita selama ini menerima pendidikan mengenai konsep menabung yang salah. (Er.. jangan risau, saya dulu pun berpegang dengan konsep menabung yang salah ni)
Konsep menabung yang salah itu adalah seperti berikut.
Mak kita kata, “Mat, ambik seringgit ni buat belanja, lebih tu masuk tabung.” Justeru, rata-rata, kita hanya menyimpan setelah ada baki. Gambarannya begini:
Pendapatan - Belanja = Simpanan (P - B = S)
Maksudnya, bil dapat gaji je, kita terus belanjakan duit tersebut ke tempat lain terlebih dahulu, sama ada bayar sewa rumah, installment kereta, bil api air, bil handphone, hutang kad kredit (hoho… siapa ada 3 keping kad kredit?!) dan segala perbelanjaan, dan kalau ada lebih baru lah kita simpan.
Bila gunakan konsep ini, memang jaaarang-jaaaarang (ikut nada P. Ramlee dalam Nujum Pak Belalang) kita akan ada duit lebih di hujung bulan. Banyak daripada kita memang tak pernah cukup wang. Walaupun bergaji besar, belanjanya selalunya besar juga! Justeru, kita memang akan gagal mengecapi kebebasan kewangan sampai bila-bila. (Aduh, sedihnya…
)
Jadi, anda perlu berubah. Mudah sahaja (tetapi susah nak apply ye tuan-tuan). Kita tukar sahaja formula lapuk itu tadi dengan mengambil formula active savings!:
Pendapatan - Simpanan = Belanja (P - S = B )
Mudah tak? Dan kita akan terangkan lebih lanjut mengenai formula ajaib ini dalam post seterusnya.
3 Comments
post ni memang best.
keyword dia: priority.
1. (pendapatan - simpanan) - belanja = 0
2. (pendapatan - belanja) - simpanan = 0
Ya, saya selalu mengamalkan. apabila menerima gaji/pendapatan saya akan asingkan sejumlah wang untuk disimpan. Simpanan saya adalah dalam jumlah yang tetap setiap bulan.
Bakinya barulah saya asingkan untuk lain-lain dan bila ada baki, baki tersebut sama ada saya simpan atau saya bawa ke bulan berikutnya.
Pakdi:
Walau ramai yang tahu 1/10 daripada pendapatan mesti di simpan,(kenalan saya lah tu!) Masih ramai yang kantoi!. Lepas ni kena ajarlah pulak cara-cara untuk mengasingkan pendapatan tu.
“En Pakdi,tak kan nak ajar cara-cara keluarkan duit daripada bank ni ke bank tu.” Macam-macam…
4 Trackbacks
[...] artikel sebelum ini, saya ada menulis tentang konsep active savings. Simpan dulu kemudian barulah [...]
[...] banyak anda nak belanjakan untuk “kemewahan” selama sebulan. Dan jangan lupa buat active income [...]
[...] artikel sebelum ini, saya ada menulis tentang konsep active savings. Simpan dulu kemudian barulah [...]
[...] banyak anda nak belanjakan untuk “kemewahan” selama sebulan. Dan jangan lupa buat active income [...]