Pendapatan - Simpanan = Belanja (P - S = B ) memang satu formula yang mudah. Tapi… sangat susah nak dibuat. Kalau tidak ada d.i.s.i.p.l.i.n, apa yang anda baca sekarang ni hanya akan jadi sia-sia.
Takpelah, sekurang-kurangnya saya berkongsi dengan anda. Selepas ini jangan komplen saya tidak pernah bagi tahu apa rahsia nya. Sebab terlalu ramai orang komplen tak cukup duit. Mereka kata (mereka yang tak baca blog ni, bukan anda
) orang kaya ni berahsia sangat. Bukan nak bantu orang susah.
Active savings atau pay yourself first bermula dengan menyimpan paling sikit, 10% dari pendapatan bulan-bulan anda. Sama ada anda baru bergaji RM 1000 sebulan, atau pun sudah RM 30 000 sebulan. 10% itu adalah simpanan paling minima. Ia bukan angka keramat. Kalau anda rasa nak simpan sampai 70% pun tidak mengapa.
Ha? Saya dengar orang kata banyaknya…! Yelah, kalau gaji RM 1500, maksudnya dia kena menyimpan RM 150 sebulan. Hm… eh, kan dia ada lagi RM 1350 untuk dibelanjakan selama 30 hari?

Saya ni kalau diajar menyimpan pun saya pandai buat tau
Orang kata, Empayar Kesultanan Melaka tidak dibina dalam masa satu hari. Nak kahwin dengan anak dara orang pun kena pergi ngurat dulu. Ambik hati mak bapak dia dulu. Baru boleh masuk meminang. Apa ingat nak jadi jutawan pun tiada langkah pertama?
Ok, katakan sekarang anda sudah bersetuju untuk menyimpan 25% daripada pendapatan bulan-bulan. Dapat je, terus simpan. Di mana anda nak letak duit tu? Duit tersebut anda perlu diletak di tempat yang paling selamat, dan paling murah, kalau boleh, percuma.
Maksudnya, ia perlu disimpan di dalam savings account. Bukan beli investment-link insurance. Bukan beli amanah saham. Sebab ini konsep savings. Belum investing lagi. Savings dan investing tu lain maksudnya. Satu menyimpan, satu melabur.
Kalau savings pun anda tak reti buat, jangan mimpi lah anda boleh berjaya jadi investor. Nak jadi pelabur, anda kena ada tahap disiplin yang jauh lebih tinggi dari menyimpan. Dan savings adalah pengetahuan pelaburan tahap paling asas.
Di Malaysia, ada satu tempat yang anda perlu manfaatkan sebaiknya untuk jadikan tempat active savings, iaitu Amanah Saham Bumiputera - ASB.
RM 150 x 12 = RM 1800. 5 tahun sudah kembang jadi RM 9000. Takkan gaji tak naik langsung kot selama 5 tahun tu?
Apa lagi, berhenti membaca sekarang. Pergi ke bank, dan buat potongan gaji tetap. Ilmu kalau tak dimanfaatkan, tak berguna jugak. Sebab lepas ni kita akan belajar pulak, apa nak buat dengan simpanan yang sudah dikumpul itu nanti.
Selamat menyimpan!
3 Comments
is ASB - meets syariah complaince?
Pakdi: Saifz boleh pilih utk ikut fatwa S.S Harussani, pendapat Prof Dr Mahmud Zuhdi yang mengharuskannya atau memilih pendapat lain yang mengharamkannya. itu pilihan masing-masing.
Pendapatan-Simpanan=Belanja. That’s right. Memang betul kata Pakdi, formulanya mudah tapi susah untuk pengamalnya berdisiplin dalam melaksanakannya.
Tetapi, percayalah. Formula tersebut sangat berkesan. Langkahnya mudah:
1. Buka satu saving account khas untuk tujuan tersebut. Ingat, asingkan di antara akaun simpanan dan akaun gaji anda. Kalau tidak, tak jadi.
2. Anda boleh memiliki lebih daripada satu akaun simpanan daripada Bank yang sama. Pindahkan saja sebahagian wang yang ingin disimpan ke dalam akaun khas tersebut. Jika malas, buat Standing Instruction (Periodical Payment Instruction) untuk pemindahan automatik setiap bulan.
3. Dalam masa sebulan sahaja, anda boleh melihat hasil daripada tahap disiplin anda yg tinggi.
-Zikri Shairy-
Pakdi: terima kasih bagi panduan lebih lanjut zik
Nak lagi mudah menyimpan, buatlah auto debit… tersangatlah mudah. Tak payah ke bank, pihak bank akan uruskan..
Mula-mula nak menyimpan memang susah, sebab tak biasa. Tetapi bila dah lama-lama menyimpan, duit pun dah bertambah banyak, kita akan jadi seronok. Bila dah seronok, makin suka lah kita nak menyimpan dan tak sabar2 nak menyimpan tiap2 bulan. Macam saya… heheheh…
Pakdi: Byk duit dah tu gayanya