Self Employed vs Business Owner

Filed under Business, Cashflow Club


Perniagaan mengikut konsep Cashflow Quadrant ciptaan Robert T. Kiyosaki terbahagi kepada dua. Self Employed dan Business Owner.

Self Employed atau Small Enterprise adalah perniagaan yang anda bekerja di dalam perniagaan tersebut. Dalam erti kata lain, anda bekerja di dalam perniagaan anda sendiri. Anda mungkin seorang jurujual, konsultan, doktor, peguam, arkitek, tukang masak, jurutaip, akauntan dan sebagainya dalam syarikat / firma and sendiri.

Tanpa anda, perniagaan anda akan mati. Orang lain tidak boleh menggantikan tempat anda. Perniagaan anda tidak boleh hidup dapat anda.

Business Owner pula adalah perniagaan di mana anda tidak perlu berada di dalamnya. Anda tidak mempunyai jawatan khusus di dalam perniagaan anda sendiri. Anda akan menghabiskan banyak masa untuk membangunkan sistem untuk perniagaan anda. Setelah ia diuji dan berkesan, sistem itu anda serahkan kepada orang lain - pekerja anda - untuk beroperasi.

Tanpa anda, perniagaan tersebut masih boleh berjalan. Perniagaan tersebut tidak mati. Perniagaan anda boleh diwarisi dan dijual beli.

Perniagaan dalam quadrant Self Employed masih boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Ia tidak bermaksud ia adalah perniagaan yang biasa-biasa sahaja. Ramai yang sudah hidup mewah dengan perniagaan jenis ini.

Apapun, ia pilihan anda. Tiada yang salah. Adakah anda memilih untuk working in your business atau working on your business ?


More Interesting Posts:
Investing: Know your leverage
Jual Kotak vs Jual Masa
BJ Business Community
Successful Malaysians netrepreneurs
Why Islamic Banking More Expensive?
Business of Muhammad b Abdullah
7 Ways To Finance Your Business

14 Comments

  1. Posted March 15, 2007 at 3:37 pm | Permalink

    tentulah work on my business.. tapi setelah tahu in and out pasal business yang nak diceburi :)

    Pakdi: Aku nak biz ape aaa? eh.. siapa tanya siapa ni? haha…

  2. Posted March 15, 2007 at 3:39 pm | Permalink

    erk..working in your business atau working on your business ?

    both sound so close..

    Pakdi: In business = kita ada technical job / management job dalam perniagaan kita sendiri. On business = kita dah delegate kerja teknikal / kerja pengurusan tu pada orang lain dengan sistem yang kita dah bangunkan.

  3. Posted March 15, 2007 at 4:08 pm | Permalink

    for long term…

    work on my business..sama mcm AKU..tp setelah well prepared la..

    maklum la..from nothing to something :)

    Pakdi: Pernah baca E-Myth? Dalam forum BJ ada bincang sikit pasal buku tu.

  4. melor
    Posted March 15, 2007 at 4:18 pm | Permalink

    pakdi, jom biz buku finance :)
    jual ebook on smart account for housewife

    Pakdi: Menarik tu. cuba emel idea dia sikit :D

  5. melor
    Posted March 15, 2007 at 4:38 pm | Permalink

    insya allah, esok saya emelkan
    saya dok merangka content,
    sesuatu yg saya discover by experience :)

    Pakdi: Ok, nanti saya tunggu pakcik posmen elektronik dpn laptop :P

  6. al_qamaru
    Posted March 15, 2007 at 10:26 pm | Permalink

    mostly people start as a self employed.. x kisah la kn? ye la.. mana la mampu nk upah org ms mula2.. wat la sdiri.. sep sket :D ble biz dh bkembang.. kte kena la bsedia.. kte kena pastikn system yg kte aplikasikn selama ini mampu diaptasi oleh pkerja2 kte.. sbb 2 penting utk kte develop a good system for our biz.. mostly biz yg x mjadi ni sbb dorang x btul2 bsedia ble biz dorang bkembang.. ni point dlm buku E-Myth 2 la.. ;)

    Pakdi: Ooo.. dah baca rupanya buku tu.. hehe

  7. Posted March 15, 2007 at 11:10 pm | Permalink

    e-myth.salah satu dlm list buku yg dik mal nk ngt baca.sebab ada baca review buku tu kat BJ.akan berusaha utk luangkan masa bc buku tu:) thanks pakdi:) for sharing

    Pakdi: Sama-sama

  8. Posted March 16, 2007 at 2:04 am | Permalink

    Sememangnya, saya lebih prefer untuk menjadi BO, tapi untuk shift dari SE kepada BO bukanlah suatu yang mudah, selain mempunyai sistem yang baik bagi bizz, seni mencari “pekerja” juga perlu diambil kira..

    Bagi saya.. mencari “orang” untuk handle sistem itu sebenarnya, lagi payah daripada hendak membina sistem itu sendiri..

    just my 2 cent based on my experience.. :)

    Pakdi: Leadership. Sebab tu dalam MLM, hanya orang yang ada leadership ability dapat jadi jutawan MLM :D . Find a right people for a right task

  9. Posted March 16, 2007 at 10:31 am | Permalink

    Betul tu shuth. Memang payah nak cari orang. Kena ada seni nya tersendiri :)

    Memula saya setup kedai The Baker’s Place tu saya dah risau dah apa la nak jadi pulak. Bayangkan la saya turn sorang budak mat rempit kampung jadi sorang baker, pastu tinggalkan dia jaga kedai… saya pulak yang risau dibuatnya. Apa-apa pun saya rasa dia pun termotivasi dengan sendirinya kat kedai tu.
    Alhamdulillah mungkin working environment yang kami ujudkan dalam dapur kedai agak berkesan.
    Saya tiru macam dalam buku ‘FISH’ -Stephen C Lundin

    “Catch the energy & release the potential”

    Pakdi: Baru belek2 buku FISH tu. Bahtiar mungkin berminat baca Now, Find Your Strength pulak

  10. melor
    Posted March 16, 2007 at 10:31 am | Permalink

    saya bsetuju dgn shuth, itu memerlukan leadership. leader baik kena bpada2, jht jgn sekali.baik hati sgt2 pun xsesuai jg.

    pakdi, emel ke http://www.pakdi.net ke?
    x tau ke mana nak emel

    Pakdi: Agreed. emel ke admin[at]pakdi.net

  11. al_qamaru
    Posted March 16, 2007 at 11:42 am | Permalink

    yup.. stuju gak.. leadership is very important! cbe tgk co franchise yg bjaya.. cam Mcd.. cane dia leh develop system yg sume pkeja dia leh apply. pkeja2 Mcd ni ade yg study smpai SPM je.. cbe pk ;) sbb 2 in developing our system.. it should be applicable 2 everyone.. btul ke pakdi? ingt2 lupa.. hehe :D cam baktiar.. cayelah leh turn mat rempit jd baker ;)

    Pakdi: Ini contoh law no.1 dalam The 21 Irrefutable Laws of Leadership iaitu Law of the Lid tulisan John C Maxwell

  12. Posted March 16, 2007 at 3:28 pm | Permalink

    Yer.. betul2… tapi pakdi… seni “memilih” orang nie ada termasuk sekali dalam skill leadership ke?.. Kalau tak silap.. leadership nie ebih kepada “memimpin” dan bukanya “memlih”…

    Yang sukar pada saya sekarang ini.. adalah untuk “memilih” , kalau memimpin.. bolehlah skit2 ajar mana yang patut..

    Jutawan MLM pun.. saya rasa.. mereka akan memilih orang2 yang sesuai je untuk dipimpin… kalau dia main sambar je sesiapa yang dia jumpa… saya rasa agak sukar juga dia nak jadi jutawan..

    Pakdi: Bagi saya delegation of work ni sebahagian daripada leadership ability :D

  13. al_qamaru
    Posted March 17, 2007 at 12:38 am | Permalink

    fuyo.. 21 laws of leadership. kt U dl sy blajar 4 rules of leadership je dlm subject organizational behaviour dgn management.. subject ni ingt ar sbb bkn subject engine.. hehe :D

  14. Posted March 18, 2007 at 4:50 pm | Permalink

    saya nak jadi biz owner tapi betul macam al-qamaru kata, we need to start doing things by ourselves. lepas tu baru kita listkan dalam satu operation manual yang sesiapa pun boleh buat dengan step by step.

    pasal mencari pekerja yang boleh dipercayai tu memang payah.. tapi bak kata dalam buku E-Myth tu, tak kira sesiapa pun mamat yang kita ambil bekerja tu, we need to give them the idea of our business, which will make them risk their life only to protect our business.. eh exaggarate lebih2 lak hehe..

    dalam EMyth diberikan satu contoh sebuah manager hotel yang diberikan tugas oleh taukeh hotel tu.. Dia merasakan dirinya sangat dihargai oleh tuan punya hotel dan dia nampak apakah idea yang terselindung disebalik managing hotel tersebut.. :) inilah satu skill yang perlu ada bagi business owner dan dinamakan Leadership Skills seperti kata Pakdi.

    Pakdi: Lepas baca, kena terus buat. hehe

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It