Sekiranya anda terpaksa berhenti kerja …

Filed under Cashflow Club, Personal Finance

Ramai daripada anda sebenarnya sudah tertekan dengan kehidupan kerja makan gaji. Tetapi anda tidak mampu melakukan apa-apa. “Berhenti kerja? Anak-isteri di rumah mahu makan apa? Siapa mahu bayar kan duit rumah, kereta? ” Begitulah luahan hati kecil anda.

Keperluan hidup menekan emosi anda. Anda cuba berubah dengan mencari kerja lain yang lebih baik. Gaji lebih besar. Tetapi akhirnya tetap sama. Anda masih tidak boleh keluar dari Rat Race! Sebabnya mudah. Anda terlalu bergantung dengan satu jenis pendapatan sahaja. Dan anda tidak pernah membina passive income.

Pendapatan kita sebenarnya boleh dibahagikan:

1. Active Income

Ia adalah sumber pendapatan yang memerlukan kehadiran anda untuk mendapatkannya. Sebagai contoh, anda perlu datang kerja di pejabat untuk terus dapatkan gaji bulan-bulan. Atau anda perlu menjual sesuatu produk sama ada di gerai, kedai atau pun buat sales call dengan orang tertentu. Kalau produk tersebut terjual, anda akan memperolehi pendapatan.

Sekiranya anda sedang mencari pekerjaan, anda tidak boleh berhenti kerja kerana ada mulut di rumah yang perlu makan, maka anda sebenarnya sedang mencari active income. Kalau anda dibuang kerja, sakit dan sebagainya, anda akan kehilangannya. Itulah active income.

2. Passive Income

Ia adalah pendapatan yang anda perolehi secara konsisten dengan memerlukan anda bekerja sekali sekala sahaja. Contoh passive income adalah dari hartanah yang disewakan. Contoh lain adalah anda berada di dalam industri MLM / Network Marketing di mana anda sekarang ini sudah berada di peringkat leader. Seterusnya adalah perniagaan di internet (baca betul-betul - perniagaan. Bukan skim cepat kaya seperti program jana wang, skim pelaburan dan sebagainya) di mana website anda yang menjual dan melakukan marketing untuk anda. Atau perniagaan yang sudah anda serahkan kepada pekerja anda untuk beroperasi mengikut sistem yang anda bangunkan.

Anda boleh tidur 24jam, tidak pergi kerja, bercuti panjang dan sekiranya anda jatuh sakit sekalipun anda masih boleh memperolehi pendapatan tersebut. Itulah passive income. Menarik bukan?

3. Portfolio Income

Ia adalah pendapatan yang anda perolehi dari pelaburan tertentu. Khususnya dalam bentuk pemilikan ekuiti saham sesuatu syarikat. Cakap mudahnya kalau anda ada melabur dan membeli saham tertentu di Bursa Malaysia. Tapi tak semestinya itu sahaja, kalau anda melabur dalam syarikat-syarikat kecil juga boleh. Bukan semestinya melalui papan-papan saham.

Kalau adik anda ingin memulakan perniagaan, dan dia memerlukan sedikit modal, anda boleh sahaja berikan modal kepadanya dengan membuat perjanjian bertulis dengan menyatakan status anda sebagai pelabur, dan bukan si pemberi hutang. Sekiranya perniagaannya baik, pendapatan anda juga akan bertambah mengikut nilai ekuiti syarikat itu tadi.

4. Royalti, Collectibles & Licensing

Anda akan bakat menulis? Melukis? Menyanyi? Mencipta lagu? Bermain alat muzik? Buat filem? Suka mengumpul syiling lama? Suka mengumpul setem? Serlah bakat-bakat anda tersebut dan anda boleh mendapatkan pendapatan dalam bentuk royalti. Bayangkan pendapatan yang diperolehi oleh keluarga Seniman Allahyarham P. Ramlee kerana lagu yang dicipta, filem yang diarahkan, masih berkumandang sehingga hari ini.

Kalau anda pernah membaca buku Rich Dad Poor Dad, anda pasti membaca penekanan Robert T Kiyosaki terhadap passive income. Dan sekiranya anda bermain Cashflow 101, anda akan belajar bagaimana untuk mendapatkan passive income dengan lebih terperinci dan jelas. Kerana definisi kekayaan (wealth) yang lain adalah:

“Berapa lama anda boleh bertahan sekiranya anda berhenti kerja sekarang juga?”

Justeru, anda perlu memastikan passive income bulanan melebihi jumlah perbelanjaan bulanan untuk memastikan anda boleh hidup dengan tenang dan seterusnya mencapai misi financial freedoom anda.

Sekiranya anda terpaksa berhenti kerja esok hari, berapa lama agaknya anda boleh terus bertahan dengan gaya hidup yang sedia ada?


More Interesting Posts:
Rat Race
Downsized!
Jom Bina Aset Sendiri
Meeting BJ ke-6: Pursuit of Happyness
Jual Kotak vs Jual Masa
Dunia Perniagaan untuk budak kurang pandai?
Langkah Pertama Jadi Jutawan

6 Comments

  1. Posted March 14, 2007 at 2:23 pm | Permalink

    As’kum Pak Di.. mekasih lawat blog saya. Adoi.. patut la ada pelawat blog saya cakap post saya sama dengan Pak Di.. rupanya2 betul.

    Saya memang x perasan.. lagipun dah lama nak review buku Rich Dad Poor Dad tu jadi dua hari lepas berkesempatan la. Apa2 pun blog Pak Di memang menarik.. tahniah.

    Ok.. sorry ye sebab saya review buku yang sama pulak :) .

    Pakdi: No offense dude! :D

  2. Posted May 22, 2007 at 3:18 pm | Permalink

    Ramai yang buat pasive income tapi tak ramai yang betul-betul buat buat duit dari passive income. Ada yang buat separuh jalan dan ada yang wat sekadar melepaskan batuk di tangga…

    Disiplin dalam passive income kena ada supaya hasil yang diperolehi lebih daripada apa yang kita usahakan.. :-)

    Pakdi: Separuh jalan? Macam mana tu? :)

  3. aryani
    Posted November 16, 2007 at 5:27 pm | Permalink

    mohon info lebih lanjut

  4. Posted December 6, 2007 at 10:04 am | Permalink

    SMS business?

  5. Posted December 6, 2007 at 1:32 pm | Permalink

    silalah lawati laman bicara saya..terimakasih

  6. mama bdk2
    Posted June 3, 2008 at 6:30 pm | Permalink

    assalamualaikum pak di..mcm menarik jer..
    saya ni skang masih keje mkn gj..
    gov punya staf..
    husband minta berenti keje pasal kena ikut dia keje kat oversea..
    mak bpk mcm tak suka anak dia ni berhenti keje..maklum la keje ngan gov..bimbang dgn pendapatan..
    apa pak di boleh bantu???

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It