Refinance dengan Perbankan Islam lebih mahal

Filed under Economy & Finance


Soalan: Kalau saya nak refinance balik pembiayaan kereta saya ikut perbankan Islam, tapi permasalahannya saya perlu tambah banyak duit lagi. Macam mana? Saya tidak mahu terlibat dalam urusan riba’ lagi tapi pada masa yang sama, saya tiada duit yang banyak. Adakah perlu saya buat personal loan semata-mata untuk refinance?

Jawab: Saya tidak mahu menjawab dari sudut hukum. Persoalan terperinci dari sudut hukum itu perlu diajukan kepada mereka yang ahli. Apa yang mahu saya ingatkan adalah:

1. Perbankan Islam adalah entiti perniagaan. Apabila ia adalah entiti perniagaan, maka keuntungan adalah antara matlamat utama. Tetapi entiti perniagaan yang baik, tidak akan melupakan orang susah dan mereka yang memerlukan bantuan (social contribution)

2. Hutang hukumnya wajib dibayar. Tetapi falsafah zakat dalam Islam adalah orang kaya wajib membantu orang miskin mengikut kadar yang ditetapkan dan salah satu golongan manusia yang layak menerima zakat dalam Islam adalah golongan al-gharimin. Golongan mereka yang berhutang dan menghadapi masalah untuk membayarnya.

Malah ada hadis menyebut :

Abu Qatadah r.a. berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang hendak diselamatkan oleh Allah dari kesusahan hari kiamat, hendaklah dia melapangkan orang susah, atau membebaskannya dari hutang.” (riwayat Muslim)

3. Inilah ruang perbankan Islam yang boleh dipertingkatkan agar ia boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Halal nya perbankan Islam bukan hanya pada produk kewangan. Tetapi juga pada perkhidmatannya sekali. Perkhidmatan perbankan Islam perlu bebas dari kezaliman dan mempunya perbezaan yang ketara dengan perbankan konvensional. Kalau perbankan konvensional itu menindas, perbankan Islam jangan sesekali menindas.

Barangkali perbankan Islam dan penasihat Syariah yang sedia ada boleh memikirkan satu skim pelupusan hutang pembiayaan konvensional melalui konsep zakat dan sedekah kepada mereka yang layak.

Bukan mudah nak cari RM 5,000 - RM 15,000 bagi kebanyakan orang untuk tujuan refinance, walaupun anda boleh menganggapnya sebagai kaffarah dosa yang lalu. Apatah lagi untuk memohon personal loan, kerana itu tidak bijak dari sudut ilmu pengurusan kewangan.

Perbankan Islam boleh mendapat klien yang baru pada masa yang sama boleh membantu masyarakat membebaskan diri daripada riba dan segala debu-debu riba’ yang ada pada masa kini. Ini adalah gerak kerja yang lebih baik dan terpuji (social responsibility). Sekiranya ini dapat dilakukan, masalah yang anda hadapi dan ramai lagi umat Islam di Malaysia dalam isu riba’ ini boleh segera diselesaikan.

4. Secara peribadi saya berpendapat, sekiranya anda tidak tahu menguruskan hutang dengan baik, maka kekalkan pembiayaan tersebut dan pada masa hadapan kelak, untuk sebarang pembiayaan, anda perlu terus mencari pembiayaan perbankan Islam. Kerana hutang yang tidak diuruskan dengan baik, ia juga membawa kesusahan di dunia dan akhirat.


More Interesting Posts:
Membentuk Kapitalis Muslim
Islam suruh umatnya jadi kaya
Had Keuntungan Perniagaan dalam Islam
Business of Muhammad b Abdullah
Peniaga Ikhlas, Pembeli Ikhlas ?
Why Islamic Banking More Expensive?
Demam… Hukum MLM

3 Comments

  1. al_qamaru
    Posted May 9, 2007 at 9:00 pm | Permalink

    stuju dgn jwpn pakdi.. jgn sbb nk elak 1 mslh.. dpt lak mslh br.. mgkn skrg br sedar tapi kalu dh x mampu.. teruskn je pbiayaan yg sedia ada 2.. utk pbiayaan yg akan dtg.. support la islamic banking :D

    Pakdi: Stuju lagi.. jgn… kena pk 99x dulu sebelum nak setuju pape dgn tulisan blog ni ;)

  2. al_qamaru
    Posted May 10, 2007 at 1:08 am | Permalink

    eh.. stuju lg ek.. hmm..

    Pakdi: Hihihi

  3. zamri
    Posted April 9, 2008 at 1:13 pm | Permalink

    dalam harian metro ada yang satu ruangan nie dituliskan yang ada perbezaan pinjaman bank islam dengan bukan islam.sebab ustaz nie kata yang tidak islam nampak tak beban dari mulanya,tapi akan menjerat pada akhirnya,yang islam nampak parah caranya tapi beri cara yang senang akhirnya.apa yang perlu kita kaji dan selidik betul betul.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It