Pernah atau tidak anda terfikir untuk keluar dari “Rat Race” ?
Kehidupan yang memerlukan anda bekerja keras, keluar pagi dan pulang semula di tengah malam, dan adakalanya anda tidak sempat pun untuk berkomunikasi dengan anak-anak.
Anda merasakan anda perlu kerja 25 jam sehari, atau 8 hari seminggu, tetapi hasilnya sedikit, anda masih dibebani dengan pelbagai hutang dan perbelanjaan lainnnya.
Pekerjaan yang dahulunya anda rasakan ia adalah pekerjaan impian anda tetapi bila anda sudah bekerja, anda terasa bosan dan kalau boleh, ingin berhenti sekarang juga. Hujung bulan, gaji yang anda dapat semuanya sudah habis digunakan, malah terpaksa menambah hutang demi hutang.
Anda terfikir untuk berhenti bekerja, malangnya anda tidak boleh! Anda masih memerlukan wang setiap bulan untuk mengisi perut anda dan keluarga. Kalau anda berhenti kerja, siapa lagi yang akan menyediakan sesuap nasi kepada keluarga? Siapa yang mahu tolong membayarkan hutang kad kredit, hutang kereta, hutang rumah, hutang berkahwin, pinjaman pelajaran, hutang peribadi, hutang pinggan mangkuk, hutang perabot rumah dan lebih malang, anda baru sahaja ditipu oleh rakan anda yang menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan 100% dalam masa 3 bulan.
Adakalanya kita tersedar yang impian sebenar hidup kita tidak mungkin akan tercapai kalau kita berterusan sebegini. Bekerja bagai nak rak, tetapi hasilnya terlalu kecil. Mungkin anda menyatakan, yang paling penting berusaha. Rezeki Tuhan akan bagi juga. Lagi kuat kita berusaha, lagi hampir kepada rezeki-Nya. Adakah ianya tepat?
Sebenarnya, kita perlu melakukan sesuatu yang betul, pada masa yang betul - Do a right thing, at a right time.
Dan sekiranya kita sudah menjumpai aplikasi formula ini dalam kehidupan yang sebenar, maka kita perlu ulang sahaja perbuatan tersebut sebanyak mana yang kita mahukan. Sekiranya anda tahu kehidupan anda yang sedia ada ini tidak mampu memenuhi impian dan cita-cita anda, kenapa anda perlu teruskan gaya kehidupan yang sama? Bak kata Einstein, itu kerja orang gila!
Muhammad b Abdullah, matlamat akhirnya satu, Islam memerintah manusia. Usahanya gagal di Mekah, hanya diberikan perlindungan diplomatik di Habsyah, malah gagal juga di Taif, dan akhirnya baru berjaya di Madinah.
Bukankah ia satu sunnah untuk kita berubah sekiranya perubahan itu boleh menjadikan kehidupan kita lebih baik?
4 Comments
Rat race… Saya sekarang ni tengah ralat main game cashflow Robert Kiyosaki. Berusaha nak keluar dari rat race…
Pakdi: Aidil, main e-game atau game board yang sebenar?
Boleh kah saya meminjam wang dengan segera untul membayar hutang yang lama,tetapi tiap-tiap bulan mesti dibayar oleh pihak peminjam.mesej penting
Pakdi: Saya kurang faham. Debt consolidation?
kan lebih baik tulis Muhammad b Abdullah(SAW) ……Berkerjalah seperti hendak hidup 1000 tahun Beramal lah seolah akan mati esok hari
tak sangka pulak,kita nie sedang berlumba tikus rupanya.kita nie penuh perumpaan tikus,spt tikus baiki labu,dan lain2 lagi.
6 Trackbacks
[...] daripada kita gagal membebaskan diri dari perlumbaan Rat Race kerana gagal membezakan antara aset dan [...]
[...] anda bercita-cita untuk keluar dari Rat Race , siri permainan Cashflow ini baik untuk [...]
[...] susah untuk keluar dari Rat Race. Kalau sudah mula buat active income, kini kawal pula perbelanjaan doodads anda. Pilihan di tangan [...]
[...] anda bercita-cita untuk keluar dari Rat Race , siri permainan Cashflow ini baik untuk anda. Print This Post | Email This Post | [...]
[...] daripada kita gagal membebaskan diri dari perlumbaan Rat Race kerana gagal membezakan antara aset dan [...]
[...] anda bercita-cita untuk keluar dari Rat Race , siri permainan Cashflow ini baik untuk [...]