Pipit, CTOS & 3 Jenis Pendapatan

Filed under Personal Finance

1.

Saya cuma nak beritahu, Pipit sudah ada blog nya sendiri

>> Kisah Pipit

2.

Credit Tip Off Services Sdn Bhd (CTOS) akan disaman. (Laporan Buletin Utama TV3)

3.

Anda patut tahu, anda perlu ada 3 jenis income untuk hidup dengan lebih baik. Masalah anda selama ini adalah anda hanya bergantung kepada 1 jenis income sahaja yang dikenali sebagai active income.

Adakah anda merasakan akaun KWSP anda mencukupi? Sila baca perbincangan di BJ bertajuk

>> Berapa lama duit KWSP anda boleh bertahan?

i. Pendapatan Aktif (Active Income)

Ini lah yang anda dapat hasil daripada gaji anda dan kamsen er.. komisyen. Kebanyakan daripada anda hanya mengetahui untuk mendapat pendapatan aktif kerana anda diajar untuk bekerja keras dan kuat untuk orang lain.

Ramai orang mempunyai pendapatan bulan-bulan yang tinggi. Sales RM 1 juta, 3% kamsen sahaja sudah dapat RM 30,000. Wow. Siapa tak syiok.

Permasalahan utama pendapatan aktif adalah, anda perlu sentiasa aktif untuk terus mendapat gaji. Sekiranya anda tidak aktif, maka anda tiada pendapatan. Kalau anda memang enjoy dengan pekerjaan anda tidak mengapa, tetapi sekira ia sebaliknya?

ii. Pendapatan Portfolio (Portfolio Income)

Pendapatan yang anda perolehi dari EPF, ASB, Koperasi Felda, Koperasi Bank Rakyat, Tabung Haji, saham amanah, saham syarikat dan lain-lain. Ia juga disebut paper assets. Bahasa yang lebih berbunyi financial savvy, ekuiti.

iii. Pendapatan pasif (Passive Income)

Pendapatan yang anda jana melalui asset yang anda bina sendiri. Sama ada hartanah atau perniagaan. Anda tidak perlu aktif selama-lamanya untuk meraih pendapatan pasif. Anda perlu bekerja untuk satu tempoh masa, dan kemudian aset yang anda bina akan menjana pendapatannya sendiri.

Masalah 90% daripada anda

Majoriti daripada anda hanya tahu untuk mempunya pendapatan aktif, tetapi tidak tahu bagaimana menukar pendapatan aktif kepada pendapatan portfolio dan pendapatan pasif. Sedangkan kerusi pun tidak boleh berdiri dengan 1 kaki, bagaimana anda boleh mengubah kedudukan kewangan anda sendiri sekiranya anda hanya tahu 1 cara menjana pendapatan?

Asas untuk mengubah situasi kewangan anda ini hanya satu. Active savings. Dengan mula menyimpan paling sedikit 30% daripada pendapatan aktif anda, anda akan mendapati kedudukan kewangan anda bakal berubah menjadi lebih baik.

Hei, sekiranya anda berpendapatan bersih RM 2000 sebulan, anda masih mempunyai RM 1400 untuk dibelanjakan bukan? :)


More Interesting Posts:
Urus duit anda: 3 Plan Kewangan
Halangan Berniaga: Fear of Humiliation
Self Employed vs Business Owner
Sekiranya anda terpaksa berhenti kerja …
Adoih… Bandwidth Limit Exceeded lagi
Bengkel Cashflow 101: Sesi Jemputan
Graduan Muda: Mula Uruskan Wang Anda Sekarang!

13 Comments

  1. Posted July 5, 2007 at 10:18 pm | Permalink

    ada berita baik dan berita buruk ctos ditutup

    baiknya, tiada masalah bagi bekas muflis
    buruknya, makin ramai layak buat pinjaman, susah lah aku! :)

    wah, pipit pon dah berblog.. tahniah.

    paper asset aku kalau naik banyak macam dalam cashflow kan bagus kikiki

    Pakdi: Mula-mula naik 1 sen, pastu 10 sen, pastu singgit… patience penting dude ;)

  2. mohsein
    Posted July 5, 2007 at 11:23 pm | Permalink

    tibe ada el-nino plak.. ala scoucers blum tentu bleh menang epl lg tahun nih…

    Pakdi: Aik, dah takut nampak.. heee heee heee :D

  3. Posted July 6, 2007 at 12:35 am | Permalink

    susah la pulak nak komen kat blog pipit tu….nak kena ada google ac bru boleh….ingat nak wish sepatah dua kata…. :D

    Pakdi: Dia baru je start. Nanti nanti dia pandai la tuu

  4. Posted July 6, 2007 at 12:10 pm | Permalink

    Macam mana nak buat simpana aktif kalau budget selalu lari jee? Kena buat keja part time ke? Bagi yang belum kahwin tu mungkin 1400 tu cukup tapi bagi yang dah kahwin tu banyak “DooDad” la pulak , tak gitu bro…

    Pakdi: Simpan dulu 30% dari gaji baru belanja :) Memang susah, lebih-lebih lagi kalau dah ada installment tinggi utk kereta.

  5. Posted July 6, 2007 at 9:21 pm | Permalink

    Baru tau ada 3 pecahan lagi. Baru tau tentang ni Pendapatan Portfolio. tq pakdi

    Pakdi: Yup, ramai orang kurang pasti pecahan ni, menyebabkan dia tak tau kenapa dia beli real estate, saham, terlibat dalam perniagaan dan sebagainya :)

  6. Posted July 9, 2007 at 9:52 am | Permalink

    active income….sekarang tgh kerja utk dapatkan active income..

    portfolio income….dlm perjalanan utk penuhkan kuota portfolio income

    passive income…..belum start lagi..insya allah menyusul selepas portfolio income berjaya…

    p/s: Pakdi…dah lama guna ASB..la nie baru clear ttg Portfolio income tu dan tips & trick En. Aziz tu.. apesal ler lampi sgt…:O)


    Pakdi: kalau depend 100% En Aziz bagi tu tak cukup, byk lagi kena belajar :)

  7. myasfa aka serunding
    Posted July 9, 2007 at 11:27 pm | Permalink

    Tahniah pipit…berblogging lah kiter….

    my blog…myasfa.blogspot.com…jemput lah datang!

  8. Posted July 10, 2007 at 1:05 am | Permalink

    rupanya pergi interview tu tgh kurang sihat ke?

  9. Posted July 10, 2007 at 8:34 am | Permalink

    betul Pakdi..ilmu tu kena cari..tak boleh tunggu org “suap”kan..kena ada usaha….kena tau segala..makin banyak tau dan cari ilmu..rasanya makin banyak lagi pekara yg tak tau…

  10. Posted July 10, 2007 at 11:01 am | Permalink

    yup, ramai orang tunggu diberitahu A-Z.

  11. Diver
    Posted July 19, 2007 at 5:22 pm | Permalink

    Tip & trick En Aziz hanyalah sebahagian dr tool yang ujud di alam maya ini…Nak kena belajar dan belajar hingga akhir nyawa,…boleh terpakai kepada anak cucu…Ilmu tu nak kena compile n perturunkan (Belum buat sepenuhnya niih!…)

  12. zenocorp
    Posted August 20, 2007 at 5:28 pm | Permalink

    “Pendapatan yang anda perolehi dari EPF, ASB, Koperasi Felda, Koperasi Bank Rakyat, Tabung Haji, saham amanah, saham syarikat dan lain-lain. Ia juga disebut paper assets. Bahasa yang lebih berbunyi financial savvy, ekuiti.”

    erm nak tanya la, koperasi felda and bank rakyat tu apa bezanya? adakah ia mcm unit trust jg?

  13. Posted August 20, 2007 at 7:00 pm | Permalink

    pelaburan dalam koperasi ada perbezaan dengan unit trust.

    koperasi Felda diuruskan oleh Felda.
    koperasi Bank Rakyat diuruskan oleh Bank Rakyat.

    jadi ia 2 entiti yg berbeza.

2 Trackbacks

  1. [...] daripada mengetahui 3 jenis pendapatan, anda juga perlu tahu dan mempunyai 3 plan kewangan. Ini semua amat penting untuk menguruskan duit [...]

  2. [...] daripada mengetahui 3 jenis pendapatan, anda juga perlu tahu dan mempunyai 3 plan kewangan. Ini semua amat penting untuk menguruskan duit [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It