Perniagaan Bukan Sekadar Keuntungan Duit

Filed under Business, Motivation


Perniagaan bukan sekadar untuk mendapatkan keuntungan duit. Ia lebih dari itu. Antaranya adalah untuk menyelesaikan masalah orang lain. Konsep ini - WHY - adalah sangat penting, tetapi tak ramai orang menyedari dan menghayatinya.

Dalam Islam ada disebut:

“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwininya maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.

(Hadis 1, dalam koleksi Hadis 40 Imam Nawawi, ia hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Kenapa - WHY - anda mahu terlibat dalam perniagaan mesti kuat. Dan ia bukan sekadar duit. Memang tiada masalah kalau tujuannya hanya duit, tetapi seperti mana yang disebut dalam hadis diatas, anda akan dapat duit sahaja.

Kebahagiaan (Happyness ;) ), ketenangan, kepuasan, kewajipan agama, keberkatan, anda mungkin tidak mencapainya sekiranya matlamat utama anda adalah duit.

Saya tahu kenapa saya mesti terlibat dalam perniagaan. Saya juga tahu kenapa blog saya perlu berubah dari penulisan isu semasa & politik kepada isu kewangan, pelaburan dan perniagaan. Saya tidak melakukannya untuk tujuan yang sia-sia, dan juga bukan isu duit & wang semata-mata.

Begitu juga anda, anda mesti tahu KENAPA - WHY - dalam diri anda.

Apabila anda tahu tujuan dan matlamat anda, anda akan terus berada di landasan yang sebenar. Anda akan melakukan yang terbaik dalam perniagaan anda. Anda akan terus gigih berusaha walaupun 1001 cabaran yang melanda.

Selain kuasa (politik), harta kekayaan adalah senjata yang utama. Mereka yang tahu perniagaan mereka pada asalnya adalah untuk kebaikan, akan menyalurkannya untuk kebaikan masyarakat kembali dan sekiranya sikap tamak yang menguasai diri, harta kekayaan akan membawa kemusnahan ke dalam masyarakat.

“I believe that with great wealth comes great responsibility, a responsibility to give back to society, a responsibility to see that those resources are put to work in the best possible way to help those most in need,” (Bill Gates)

Bukankah ini juga yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Muhammad b Abdullah yang hartawan lagi dermawan?


More Interesting Posts:
Buat Duit di Pasaran Hadapan
Dunia Perniagaan untuk budak kurang pandai?
Had Keuntungan Perniagaan dalam Islam
Kesilapan BESAR anda dalam pasaran
Refinance dengan Perbankan Islam lebih mahal
Apa itu Pengurusan Kewangan?
Jangan melabur tanpa ilmu

8 Comments

  1. Posted April 5, 2007 at 11:46 am | Permalink

    kalau Bill Gates jadik salah seorang sahabat Rasullullah, nescaya dia macam Saidina Abu Bakar -> tak lokek berkongsi kekayaan.

    Kita??

    Pakdi: Itulah semangat yang perlu ada dalam diri umat Islam hari ini.

  2. Posted April 5, 2007 at 7:34 pm | Permalink

    Ada sorang yang aku kenal ni, guna duit ntuk bantu pengajian Qiraati kat Songkhla, Thailand. Niat nombor satu mestilah nak bangunkan umat Islam.

    Pakdi: Alhamdulillah

  3. kak umamah
    Posted April 15, 2007 at 1:01 pm | Permalink

    salam adik

    your post here remind me for someone..

    berniaga adalah kepuasan hatinya, mencontohi nabi s.a.w adalah panduannya, menaungi beberapa madrasah dan menginfaqkan hartanya pada pelajar adalah keutamaannya ..

    moga adik berjaya ..

    wassalam

    Pakdi: Kak Umamah, ada orang lihat saya sudah “berubah” apabila saya menulis mengenai kewangan. Sedangkan saya sudah lama terlibat dalam kerja volunteerism dan sudah terasa peritnya berkhidmat tanpa bantuan kewangan yang mencukupi. Isu kewangan adalah keperluan fardhu kifayah, dan fardhu kifayah bukan sekadar ilmu mengenai pengurusan jenazah. terima kasih atas sokongan :)

  4. Posted April 16, 2007 at 2:17 am | Permalink

    Moga kita mencontohi kebaikan2 mereka terutama sahabat2 Rasulullah dulu, bab harta mmg tak kedekut. :)

    Pakdi: Insya-Allah :)

  5. roslan
    Posted April 17, 2007 at 3:42 am | Permalink

    Alhamdulillah…sudah banyak kesedaran dalam diri bangsa kita. Kita sudah terlalu lama dijajah, kita sudah terlalu lama leka, kita sudah terlalu lama di tindas, kita sudah terlalu lama di bawah…SAMPAI BILA….

    Mari kita sama-sama berjuang demi bangsa dan negara. Bersama-samalah kita menjadi usahawan yang bertaqwa, setiap hasil kita sedekahkanlah 2.5% kejalan pembangunan UMMAH melaui zakat dan sedekah. Insyaallah kita akan menjadi usahawan yang diberkati. Setiap pemberian ikhlas kita akan diganti oleh ALLAH berkali-kali ganda.

  6. ain
    Posted May 3, 2008 at 10:31 pm | Permalink

    saya dah ada bisnes sendiri alhamdulillah walaupun kecil tapi boleh hidup tapi saya tercari2 sebab lain dari tujuan asal saya bukak bisnes adalah kerana wang tapi kadang2 saya jadi tawar hati danputus asa sajamungkin kerana niat tak betul alg kot, boleh tak bagi saya garis panduan bagaimana dan berapa dari keuntungan harus dizakatkan dan kepada siapa harus disalurkan?

  7. oomay
    Posted May 11, 2008 at 2:33 am | Permalink

    sdri ain boleh email saya utk mengetahui lanjut pasal zakat.

  8. Ace
    Posted May 21, 2008 at 4:01 am | Permalink

    berniaga adalah bertujuan mencari KEKAYAAN.ISLAM menuntut umatnya menjadi kaya supaya ia dpt dimanfaat org2 Islam yg lain. Dgn kekayaan kita dpt membantu org2 yg dlm kesusahan,inilah salah satu tujuan ‘berniaga kejalan allah’. Yg penting ingatlah akan ‘nya’ sentiasa setiap detik setiap saat dgn menyebut2′nya’. Insyaallah.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It