Periksa Cashflow Bulanan Anda

Filed under Cashflow Club, Personal Finance


Sekiranya anda mengetahui cara pengurusan kewangan yang betul, anda sebenarnya tidak memerlukan gaji yang terlalu besar untuk mencapai financial freedom. (Oh ya, inilah antara pembelajaran dalam permainan Cashflow 101 yang sangat menarik!) Semua orang, boleh mencapainya dengan syarat anda mesti berdisiplin tinggi.

Apa yang anda perlukan bukan gaji yang besar, tetapi cashflow yang besar!

Mari kita lihat apakah perkara yang selalunya dibelanjakan oleh anda, penduduk Malaysia, dengan anggaran kos hidup paling minimum dalam sebulan.

1. Hutang rumah - RM 1200
2. Hutang pendidikan (MARA, PTPTN, JPA dll) - RM 250
3. Hutang kereta - RM 450
4. Hutang kad hutang (credit card ;) ) - RM 100
5. Duit makan minum, belanja runcit, utiliti dan lain-lain - RM 800
6. Perbelanjaan anak-anak - RM 200

Perbelanjaan wajib sebegini sahaja sudah memakan belanja sekitar RM 3000. Maka tidak hairan lah banyak pasangan yang terpaksa bekerja bersama untuk menampung keperluan hidup.

Financial freedom bukan perkara magik, tetapi kombinasi ilmu + usaha + tawakal

Apa pun kiraan sebenar perbelanjaan anda, baik yang masih bujang atau pun sudah berkahwin, pastikan anda mempunyai cashflow yang positif setiap bulan. (Pastikan ia dikira setelah anda membuat active savings terlebih dahulu.

Kenapa anda perlu mempunyai cashflow positif?

1. Untuk membolehkan anda mula melabur & berniaga
2. Untuk perbelanjaan yang tidak disangka (tayar pancit, paip bocor)

Walaupun anda cuma mempunyai RM 50 cashflow positif sebulan, dan anda tidak tahu apa-apa mengenai pelaburan, sekurang-kurangnya anda sudah boleh mula membaca sebuah buku kewangan sebulan. Itu adalah permulaan pelaburan pendidikan kewangan anda.

Bayangkan apa yang anda boleh lakukan lagi sekiranya cashflow positif anda sebulan sudah pun mencapai RM 1000 ke atas dan anda memang sudah tahu mengenai pelaburan serta sudah pun mula berniaga?

Inilah yang selalu disebut orang miskin bertambah miskin, orang kaya bertambah kaya kerana perbedaan ilmu kewangan yang sangat ketara.

Dan sekiranya anda mempunyai cashflow negatif sebulan, ding! Anda perlu segera bertindak, sama ada memeriksa semula perbelanjaan anda, apakah liabiliti dan doodads yang boleh segera dihentikan dan yang lebih baik, fikirkan cara untuk anda menambah pendapatan anda, seperti memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Yang lebih teruk sekiranya anda mempunyai cashflow negatif, dibebani hutang keliling pinggang, dan tidak mahu belajar ilmu kewangan, akhirnya anda memilih untuk ditipu dengan skim pelaburan cepat kaya, berjudi dan meminjam dengan ah long. Keluarga yang menjadi mangsa akibat sikap buruk anda itu tadi.

Justeru, apabila kegagalan anda untuk mempunyai cashflow positif sebulan akibat kesilapan anda sendiri, kenaikan gaji satu kali ganda pun tidak dapat mengatasi masalah anda kerana anda mempunyai tabiat pengurusan kewangan yang teruk.

Kalau anda tidak tahu menguruskan RM 100 dengan baik (sama ada untuk dibelanjakan atau dilaburkan), adakah anda fikir anda mampu menguruskan RM 10 000 dengan lebih baik?

Saya tidak fikir begitu.


More Interesting Posts:
Cashflow Club
Langkah Pertama Jadi Jutawan
Bengkel Cashflow 101 di JB
Fahami Kegunaan Produk Kewangan yang anda beli
Rezeki Anak
Sekiranya anda terpaksa berhenti kerja …
Bengkel Cashflow 101 bulan Ogos 2007

8 Comments

  1. kumb@ng
    Posted March 26, 2007 at 2:39 pm | Permalink

    masalah saya cash flow tak menentu kadang2 +ve,kadang2 -ve.

    walaubagaimanapun saya guna cara menabung semasa +ve dan top-up semasa -ve.

    tapi sampai bila?mybe kene tgok balik doodads dan utamakan doodads yg benar2 perlu…:D

    Pakdi: dalam peringkat awal ni, active savings kena jadi matlamat utama (melainkan anda berhutang besar)

  2. Posted March 26, 2007 at 2:46 pm | Permalink

    Bab nk buat buku laporan perbelanjaan tu paling mencabar. Kalo buat mesti kene perli, amboi suma nk catat. Hahak.

    Selagi takda rekod susah nk kawal cashflow sebab kita tak tau pon cashflow kita positif ke negatif dan susah nk plan camna nk improve. Perkara pertama kene wat, belajar menulis dan mengira. Btol tak pakdi :-)

    Pakdi: Isu buat rekod kan, kakak ipar saya ada cakap, “kalau yang business juta-juta tu selagi akaun tak imbang, jgn harap officer boleh bagi balik, jadi kita yang business ribu-ribu je kenapa tak mahu buat.?” ;) hehe…

  3. Posted March 26, 2007 at 8:11 pm | Permalink

    Aku pernah try nak rekod semua perbelanjaan, tapi kejap jer.. tak bleh tahan.. malas betul nak merekod.. last2 aku amik pendekatan, simpan, labur(baru) dan gunakan duit selebihnya belanja cara orang kedekut hahaha.. it works!

    Pakdi: Find a way that works for you! En. Aku, yang penting kita tahu ke mana sebenarnya duit kita.

  4. melor
    Posted March 27, 2007 at 4:04 pm | Permalink

    :) biasanya yg rajin merekod ni perempuan

    Pakdi: Gender comment. Er.. no komen :P

  5. Posted March 27, 2007 at 7:11 pm | Permalink

    Masalah tiada keseimbangan dalam cashflow kadangkala disebabkan oleh nafsu,keiginan memiliki sesuatu yang berlebihan.
    Bisnes juga adakalanya kita perlu mengambil risiko seperti ini.Persoalannya,adakah kita mampu hadapi risiko ketidak seimbangan cashflow?Adakah kita berfikir panjang,PlanB plan C?
    Pandai-pandai lah kita tentukan..

    Pakdi: Yup, jangan ada 1 plan aje. kena ada beberapa plan.

  6. ayu
    Posted April 22, 2007 at 1:41 pm | Permalink

    sebelum menambah apa sahaja debt, semak semula previous cashflow anda, adakah anda boleh membeli sebuah rumah dengan gaji yang sebanyak RM——? atau bolehkan anda menanggung beban hutang kereta bernilai RM900++ dengan gaji anda yang sebanyak—–?

    sebelum kumpul debt, kumpullah simpanan emergency, simpanan bulanan, investment kalau boleh :)

    Jika tidak mencukupi, apa tindakan? cuba dapatkan pendapat yang melebihi nilai cashflow bulanan anda melalui :

    >>1>>tukar kerja!!
    >>2>> buat pendapatan sampingan @ berniaga :)

    Pakdi: ayu, terima kasih beri info tambahan :)

  7. Posted May 22, 2007 at 3:24 pm | Permalink

    Setuju Ayu… kalau cashflow -ve, kena kaji balik la cashflow tu. Lihat satu2 apa perbelanjaan yang tidak sepatutnya dilakukan. Dari situ kita dapat tahu sama ada kita membeli barang yang tidak perlu ataupun tak.

    Tapi jika kesemuanya adalah perlu dan tersangatlah penting, maka pilihlah jalan yang terbaik sama ada nak cari pendapatan lebih atau tukar kerja.

    Tapi tukar kerja ni susah sikit sebab bukan senang nak dapat keje dengan gaji yang lebih dari tempat lama. Kalau ada, bernasib baiklah.. :-)

  8. nana
    Posted March 26, 2008 at 3:08 pm | Permalink

    active savings ni bley dibuat dlm bentuk saving dlm bank or saving dlm asb?

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It