Orang selalu kutuk orang berniaga:
“Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.”
Amboi. Sejak bila kita jadi tuhan? Boleh baca hati manusia?
Kalau begitu, macam mana pula nak kenal pasti pembeli yang ikhlas?
“Beli satu bayar dua?”
Orang selalu mengaitkan ikhlas dengan pemberian “percuma”. Anda berani jamin orang yang beri barang percuma tu semua ikhlas belaka?
Ikhlas tu antara kita dan Allah. Orang lain takkan tahu. Jangan buat kerja Tuhan.
Untuk anda yang berniaga, yang penting jangan over-promise. Yang mesti dibuat adalah extra-deliver.
Untuk anda yang tidak berniaga, berilah sokongan kepada sesama orang kita yang berani untuk menjadi usahawan, bak kata mentor saya, “Beli satu tapi bayar dua!”
*Extra-deliver: Anda jual komputer, anda beri sekali tetikus & pendrive percuma ![]()
16 Comments
Teringat filem Indonesia yang kemudian dijadikan sinetron “Kiamat Makin Dekat” yang mengisahkan seorang mat rock ingin mengahwini dengan anak dara seorang imam, dan diberi syarat untuk menpelajari ilmu ikhlas yang akhirnya imam itu sendiri terperangkap dengan syarat tersebut…
saya tak tengok abis la cite tuuu
Saya tengok dua-dua. Tapi sinetron tu tak konsisten la
kiamat sudah dekat.. filem n sinetron tu dua2 bes n klakar. hj romli srh fandy blajar ilmu ikhlas sbg syarat utk jd mnantu
ikhlas x tletak pd harga.. ikhlas x dpt dnilai oleh manusia.. hanya Dia yg berhak mnentukannye..
oo… gitu citernye..
“Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.”
Untuk anda yang tidak berniaga, berilah sokongan kepada sesama orang kita yang berani untuk menjadi usahawan, bak kata mentor saya, “Beli satu tapi bayar dua!”
Rata-rata masih ramai lagi dikalangan melayu yang mempunyai mindset begini…apa agaknya ubat terbaik utk menghapus gejala ni ye?
buang deb
Peruncit kena paham tentang “Pricing Elasticity” / “Keanjalan Herga” untuk menangani Pelanggan jenis berkira tentang harga.
Peruncit kena faham pelanggan baru pelanggan boleh faham peruncit
pakdi: Sila letak tag “peruncitan” pada kiriman blog ini.
“Ikhlas tu antara kita dan Allah. Orang lain takkan tahu. Jangan buat kerja Tuhan.”
That’s true Pak Di.Niat baik dan keikhlasan jika di salah ertikan memang cukup besar impak ’sakit’nya pada diri kita. Tapi Allah berikan ujian untuk hambaNya. Suruh perbetulkan kesilapan dan perbaikki kelemahan dlm apa juga yang di ceburi.
Nabi bagi tahu dalam satu hadis , Allah berfirman “ikhlas adalah rahsia dalam rahsiaku” , no one know who ikhlas or not.
Kita nih tak leh watt satu pandangan tentang seseorang ikhlas atau tidak. Tapi banyak yang watt .
menarik konsep tu
pelanggan mmg byk ragam.
anggaplah orang yang pertikaikan keikhlasan kita sebagai satu ujian utk menambah keimanan kita
itulah… ramai cuba jadi tuhan…
Tq pak di. InsyaAllah, saya pegang pada
“anggaplah orang yang pertikaikan keikhlasan kita sebagai satu ujian utk menambah keimanan kita ”
So the best thing is, selalulah bersangka baik pada sesama manusia.
cerita pasal keanjalan harga ada kat blog aku:
Keanjalan Harga
klau tang nie cinalah yang buat cara nie,klau kita barang 2 jugak takde free free.
member saya nie ada jugak kaki kutuk,sikit sikit klau tak ikhlas tak yah buatlah.mcm dia tuhan!!