Penerangan Ringkas

Filed under Me


Satu pagi tiba-tiba masuk satu SMS:

“Ko ada antor ke soklan kat u.zaharuddin, kuar dlm mjlh i” - fiddeen.

Maka hari ini saya membeli majalah I, Mei 2007 tersebut dan pada muka surat 78 & 79, dengan headline Peguam Terlibat Riba , soalan tersebut datang dari “Pak Di”.

Sebetulnya saya terkilan kerana soalan tersebut diterbitkan dalam majalah tersebut kerana saya langsung tidak emel / menghantar surat ke majalah I sebarang persoalan untuk dijawab dan diterbitkan, melainkan persoalan tersebut adalah sebahagian dari thread forum yang bertajuk: >> Kerja dengan bank konvensional

Dulu artikel saya, Kisah Adik Beradik pernah diplagiat oleh majalah Minda, dan kini hal ini pula berlaku. Kalau mahu ia diterbitkan, saya berpendapat seharusnya keseluruhan perbincangan dalam forum tersebut diterbitkan sekali kerana persoalan saya perlu dilihat dari konteks yang sangat luas. Bukan konteks bekerja sebagai peguam dan pegawai di perbankan konvensional semata-mata. Dan saya pun mahu di bawah nama Pak Di tu diletakkan alamat www.pakdi.net. Hoho…

Saya tidak mahu mengulas lanjut. Cuma saya ingin menerangkan kepada pembaca majalah I yang barangkali juga membaca blog ini, nama “Pak Di” yang dimaksudkan itu sememangnya saya. Tetapi persoalan asalnya adalah dalam konteks yang perbincangan yang lebih luas dan strategik untuk mencapai satu kesepakatan. Kalau anda membaca thread forum yang asal, barangkali anda boleh membaca dan menilainya sendiri.

Harap Maklum.

p.s. saya ada sebab kenapa persoalan tersebut ditanyakan dalam internet forum sahaja, dan tidak dalam medium lain, kerana internet forum adalah sangat sesuai untuk perbincangan sebelum sebarang kata putus disepakati bersama. Ada perbezaan antara forum, website, blog dan lain-lain.

Rujukan:

1. Hukum Kerja Peguam, Saksi & Penjamin Pinjaman Bank
2. Internet Forum


More Interesting Posts:
BJ adalah skim cepat kaya? : Majalah I yang tidak teliti
Kempen: Katakan TIDAK kepada Skim Cepat Kaya
Buat Duit di Pasaran Hadapan
Permainan Cashflow 101
Fahami Kegunaan Produk Kewangan yang anda beli
Membentuk Kapitalis Muslim
Accumulation or Distribution?

One Comment

  1. Posted October 14, 2007 at 7:11 pm | Permalink

    huhu..harap bersabar…

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It