Mr Market is always right

Filed under Stocks


Barangkali minggu lepas merupakan hari malang anda sekiranya anda melabur di Bursa Malaysia tanpa pengetahuan asas yang cukup.

Indeks Komposit dibuka pada hari Isnin, 1285.08 dan ditutup pada hari Jumaat, 1164.68. Kejatuhan sekitar 120 mata dalam masa satu minggu.

Bagaimana dengan pengetahuan yang betul, anda boleh mengelakkan dari mengalami kerugian yang besar dalam pelaburan saham?

Sila rujuk chart berikut. Klik untuk buka.

1. Pada hari Selasa, 20 Februari 2007, akhbar-akhbar melaporkan kenyataan Perdana Menteri Malaysia mengenai potensi Indeks Komposit mencecah 1350 dalam masa terdekat.

2. Rabu, 21 Februari 2007, Indeks Komposit ditutup tinggi, 1278.22 dan seterusnya pada 23 Februari, ditutup pada 1283.47.

3. Pada masa yang sama, price oscillator menunjukkan divergence dan seterusnya pada hari Isnin, 26 Februari 2007, candlestick mengesahkan dengan wujudnya bearish engulfing pattern setelah Indeks Komposit ditutup rendah 1272.87.

4. Pelabur seharusnya sudah mengambil langkah berhati-hati, kerana pada hari Isnin juga Indeks Komposit telah mencecah price target menerusi kaedah bull flag pattern. (Tidak ditunjukkan di dalam chart)

5. Apa yang mungkin tidak begitu dijangka barangkali adalah kejatuhan yang besar dalam tempoh 2 hari. Namun yang penting, sedikit ilmu pelaburan yang betul, boleh mengelakkan anda mengalami kerugian besar di Bursa Malaysia minggu lalu dengan mengosongkan portfolio anda atau pun melakukan hedging di pasaran hadapan Indeks Komposit kerana pembetulan (correction) bakal berlaku.

Dalam pasaran, tiada siapa yang betul melainkan Mr. Market. Penganalisis saham, remisier, Menteri Kewangan, malah Warren Buffet sekalipun perlu patuh dengan kehendak Mr Market.

Ingat, Mr Market is always right.


More Interesting Posts:
Technical Analysis & You
U.S Credit Crisis is affecting the globe
Investing: 10 Ways to Lose Your Money in the Stock Market
Stocks vs Derivatives
Money Market Funds
Buffett on $5B Goldman Investment
Shanghai Stock Market: Any maid can give you hot tips

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It