MLM - Peluang Perniagaan untuk Anda

Filed under Business


Multi Level Marketing atau MLM. Mungkin ada diantara anda yang tidak menyukai MLM. Sebab itu ada yang menamakan MLM sebagai Meeting Larut Malam. Fobia. Barangkali ada pengalaman tertentu menyebabkan anda berasa bosan dengan MLM. Ia juga dikenali sebagai network marketing business.

MLM bukan skim cepat kaya. MLM adalah satu perniagaan bentuk baru. MLM yang disebutkan disini adalah MLM yang sebenar, dan bukannya skim cepat kaya yang berselindung di sebalik nama MLM.

Menjadi usahawan bukan mudah. Banyak rintangan dan dugaan yang perlu anda tempuhi pada 5 tahun pertama. Sistem. Produk. Promosi. Pemasaran. Aliran Tunai. Kos kedai atau pejabat. Sewa. Bil api air. Gaji pekerja. KWSP. Urusan undang-undang. Rakan kongsi. Modal. Pinjaman dan sebagainya.

Tetapi menerusi MLM, dengan yuran kemasukan yang rendah sebagai ahli, anda kini tidak perlu lagi memikirkan itu semua. Anda hanya perlu menumpukan usaha anda untuk menjual produk yang sedia ada dan mencari rakan seperniagaan anda. Syarikat MLM tempat anda bernaung, telah menyediakan keperluan yang lain. Tidak perlu pening kepala.

Bayangkan anda menjual pisang goreng di tepi jalan. Kos & modal penyediaan gerai jalanan sebegitu adalah jauh lebih mahal. MLM hanya memerlukan diri anda untuk maju ke hadapan dengan mematuhi sistem pemasaran yang telah ditetapkan. Kalau anda tidak percaya, sila jual pisang goreng di jalanan sekarang juga. Dan selepas itu anda akan mengerti kenapa MLM adalah salah satu cabang perniagaan yang menarik.

Syarikat MLM yang baik akan menyediakan kursus dan kelas tertentu untuk memajukan diri anda baik dari sudut motivasi, kepimpinan dan yang paling utama, latihan jualan secara percuma dan sekiranya ada bayaran sekalipun, kos yang terlalu minima. Sekiranya anda melakukan perniagaan konvensional, latihan-latihan sebegitu memerlukan kos yang tinggi.

Tetapi perlu diingat, MLM tidak sesuai dengan semua orang. Kerana MLM adalah salah satu cabang perniagaan sahaja, dan setiap seorang daripada kita ada kecenderungan perniagaan yang tersendiri. Dan tidak salah sekiranya anda mahu mencuba arena MLM sekiranya anda ingin mendapatkan pendapatan tambahan.

Oleh kerana MLM juga adalah perniagaan, maka jangan sesekali mengimpikan pulangan sekelip mata. Hari ini anda sertai, minggu depan sudah mimpi nak pakai BMW. Itu namanya anda bodoh dan anda tamak. Perniagaan tetap perniagaan, anda perlu berusaha gigih serta bermula dari bawah dan perniagaan bukan skim cepat kaya.

Sekiranya anda berminat untuk berniaga, tetapi tidak mempunyai modal besar, tidak tahu berniaga konvensional dengan modal yang minima, tiada network perniagaan dan sentiasa memerlukan motivasi dan dorongan barangkali MLM adalah tempat yang sesuai untuk anda bermula.

Tetapi pastikan anda menyertai MLM yang sebenar dan bukan skim cepat kaya yang berselindung di sebalik nama MLM.

Dapatkan laporan percuma mengenai MLM di sini.


More Interesting Posts:
Associateship vs Partnership (1)
Big Deal, Small Deal
Self Employed vs Business Owner
Aku nak berniaga, tapi …
Kelas dan Seminar untuk anda!
Siapa Pesaing Perniagaan Anda?
Sekiranya anda terpaksa berhenti kerja …

2 Comments

  1. Posted March 8, 2007 at 9:17 am | Permalink

    Yup Pakdi saya bersetuju tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Pengorbanan penting. Kalo tak mampu jalan perniagaan dengan modal yang besar maka MLM adalah jalannya dengan modal kecil dah boleh jalan. Cuma jangan tersalah pilih MLM.

    Pakdi: Betul. Ramai dari kita terlalu ingin jln short-cut.

  2. Zam
    Posted May 18, 2007 at 1:01 am | Permalink

    Assalamualaikum.

    Bagus juga cerita ini.Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan tanggapan serong terhadap MLM.
    Saya adalah salah seorang dari peniaga yang berkonsepkan MLM.
    Alhamdulillah semua berjalan lancar.Tapi tak lah sampai dapat kereta BMW. Cuma pendapatan bertambah ada lahh.
    Satu peringatan untuk pengiat MLM : BERNIAGA PRODUK YANG DIBERI DAN JANGAN ASYIK DOK MENAJA ORANG BAWAH JE.

    Selamat maju jaya Pakdi..

    Pakdi: Ya, MLM yang tulen akan byk membantu kita. selamat maju juga kepada zam :)

2 Trackbacks

  1. [...] income adalah dari hartanah yang disewakan. Contoh lain adalah anda berada di dalam industri MLM / Network Marketing di mana anda sekarang ini sudah berada di peringkat leader. Seterusnya adalah perniagaan di [...]

  2. [...] income adalah dari hartanah yang disewakan. Contoh lain adalah anda berada di dalam industri MLM / Network Marketing di mana anda sekarang ini sudah berada di peringkat leader. Seterusnya adalah perniagaan di [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It