Merancang Perniagaan Anda

Filed under Business


Pada zaman dahulu, di sebuah negeri yang kita namakan negeri Panas Kering, penduduk negeri tersebut mengalami masalah kesukaran mendapatkan bekalan air. Lalu Datuk Menteri negeri tersebut mengumumkan tawaran tender untuk mana-mana penduduk yang mahu berkhidmat menawarkan perkhidmatan bekalan air.

Lalu 2 pemuda telah menawarkan diri dan Datuk Menteri menerima mereka berdua untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air di negeri Panas Kering.

Pemuda pertama, kita namakan dia sebagai Gopoh b Gapah terus menerus memberikan khidmat menyediakan bekalan air yang diangkut dari sungai. Awal-awal pagi lagi Gopoh Gapah telah mengangkut air dari sungai. Orang belum bangkit tidur lagi dia sudah bersiap-siap memulakan kerjanya.

Mula-mula, Gopoh Gapah menyediakan 1 baldi sahaja untuk mengangkut air dari rumah ke rumah. Dengan usaha gigihnya, menjelang tengah malam semua penduduk telah mendapat bekalan air dari sungai.

Keesokan harinya, Gopoh Gapah menggunakan 2 baldi pula. Fikirnya, ia tentu akan lebih cepat dan dia boleh habis kerja lebih awal. Lalu berterusanlah dia mengangkut air dari sungai sehinggalah dia merasakan dia sudah tidak larat lagi mengangkut air tersebut bersendirian.

Maka, Gopoh Gapah mengupah beberapa orang pemuda yang gagah perkasa untuk membantunya mengangkut air dari sungai. Fikirnya, dia kini boleh duduk berehat kerana sudah ada pekerja, rupanya tidak. Permintaan semakin tinggi, dia masih perlu bekerja juga.

Berterusanlah senario ini selama beberapa purnama sehinggalah orang ramai mula bertanya-bertanya di manakah hilangnya seorang pemuda lagi satu.

Pertanyaan ini terjawab sepurnama selepas itu selepas pemuda yang kita namakan Bijak b Merancang ini kembali ke negeri Panas Kering. Pemuda ini bukan sahaja memulakan perkhidmatannya dengan menubuhkan sebuah syarikat malahan juga dia memulakan beberapa pembinaan asas yang diperlukan.

Mula-mula dibina empangan kecil. Loji rawatan air. Sistem parit & longkang. Sistem perpaipan yang menyambungkan air yang sudah dirawat dari empangan tersebut dari rumah ke rumah.

Tetapi Gopoh Gapah masih meneruskan kerja mengangkut air secara manual. Dia mulanya berasa hairan kenapa Bijak Merancang tidak terus mengangkut air, tetapi membina infrastruktur tertentu terlebih dahulu?

Persoalan itu terjawab akhirnya apabila Bijak Merancang mengumumkan Skim Air Paip Bersih Boleh Diminum Terus di Rumah Anda.

Penduduk negeri Panas Kering nampaknya gembira dengan skim air tersebut. Mereka tidak perlu lagi menunggu air sehari sekali yang dihantar ke rumah-rumah oleh Gopoh Gapah. Air yang diterima dari skim tersebut lebih bersih, lebih mudah, lebih cepat dan harganya lebih murah. Bukan itu sahaja, beberapa negeri jiran juga berminat mendapatkan skim tersebut.

Akhirnya Gopoh Gapah terpaksa memberhentikan perkhidmatannya kerana tiada siapa lagi yang mahu. Manakala, syarikat bekalan air Bijak Merancang terus berkembang maju kerana semua yang berlaku mengikut perancangannya yang telah dibuat sejurus selepas menerima tender dari Datuk Menteri.

Soalan Kuiz

Apakah yang dilakukan oleh Bijak Merancang ketika dia menghilangkan diri beberapa purnama dari negeri Panas Kering?


More Interesting Posts:
Self Employed vs Business Owner
Apa itu Pengurusan Kewangan?
Doodads (?)
Urus duit anda: 3 Plan Kewangan
Big Deal, Small Deal
Perniagaan Bukan Sekadar Keuntungan Duit
MLM - Peluang Perniagaan untuk Anda

6 Comments

  1. Posted March 7, 2007 at 9:00 am | Permalink

    Bijak merancang telah pergi mengumpulkan beberapa org contractor dgn mengiklankan tender yg cukup bagus. Woit, mcm cite zmn dulu kala sungguh. apapun nice story. Maksudnya, apa2 pun biar lambat sikit tp planning mesti baik punyer.

    Pakdi: Hehe… When you fail to plan… ;)

  2. king
    Posted March 7, 2007 at 9:39 pm | Permalink

    ish..cam pernah dengar(baca) citer nie… :)

    Pakdi: Memang gubahan semula :)

  3. Posted March 9, 2007 at 10:29 am | Permalink

    Bijak Merancang merancang Skim Air Paip Bersih Boleh Diminum Terus di Rumah Anda. Whatever it takes.

    hehehe.. versi cerita aku kurang tepat hasil cedukan dari kiyosaki.. cerita ko lebih tepat.

    http://enaku.wordpress.com/2006/10/05/kisah-2-pemuda-kampung/

    Pakdi: Hehe…

  4. melor
    Posted March 10, 2007 at 8:55 pm | Permalink

    bijak merancang…:)
    mgkn dia go global

    Pakdi: Go go go! :D

  5. al_qamaru
    Posted March 13, 2007 at 3:29 pm | Permalink

    sbenarnye Bijak Merancang mhilangkan diri sbb dia pergi mnuntut ilmu.. dia mdalami dan mkaji tntg sistem bekalan air di negeri2 len utk mcari kaedah atau sistem yg paling ssuai utk diaplikasi di negerinya. ek? btul x? ;)

  6. al_qamaru
    Posted March 13, 2007 at 3:32 pm | Permalink

    ksimpulannye.. dlm papepn plan atau prancangan yg nk dlakukn.. ilmu yg paling utama. so.. invest in urself first b4 u invest in something else.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It