Sejak saya mula menulis blog, saya menghadapi masalah. Masalah perlabelan. Awalnya saya menulis tentang politik Islam. Ia bukan bermaksud penulisan untuk menyokong PAS, ABIM, JIM serta gerakan lainnya membabi buta. Ia adalah untuk menyokong Islam. Bila saya ada tersentuh dan tercubit sikit, habis…
Hal ini berlaku sekali lagi apabila saya menukar penulisan ke maudu’ kewangan & pelaburan. Apabila saya menulis secara ringkas mengenai Fixed Deposit (FD) yang ditawarkan oleh bank-bank, ada yang menganggap saya ini tidak Islamik kerana mempromosikan FD. Sedangkan realitinya juga bank-bank Islam sendiri ada menawarkan akaun FD tetapi ia dinamakan akaun pelaburan al-Mudharabah. Dan tidak perlu saya menyebut kedua-duanya sekaligus setiap kali contoh dibuat.
Kerana saya cuma berkongsi konsep asas sahaja, dan tidak perlulah saya memperincikan perbedaanya di sini. Instrumen tersebut ada, cumanya kalau mahu yang Islamik cari sahaja di perbankan Islam. Semudah itu sahaja sepatutnya. Dan saya sama sekali tidak membuat sebarang rekomendasi pelaburan di dalam blog ini. Saya hanya memberi maklumat umum sahaja.
Apabila saya membuka bengkel Cashflow 101 kepada umum, sekali lagi persoalan “halal-haram” diutarakan, “Halal ke?” Saya terkedu. Akhirnya saya perlu menerangkan kembali yang bengkel ini tiada kaitan dengan sebarang skim pelaburan bodoh tu.
Fenomena “Islamik” ini berlaku dalam banyak bidang lainnya. Abang saya pernah bercerita perihal kawannya yang memberitahu, “Apa itu senireka Islam? Ni kerusi ni (sambil tunjuk sebuah kerusi biasa) apa yang tidak Islamnya?”

Adakah kerusi ini tidak Islamik kerana tidak mempunyai ukiran khat?
Kerana dalam pemikiran sesetengah orang, senireka Islam itu adalah seperti reka bentuk masjid semata-mata! Sedangkan Islam itu lebih dari itu. Dan seolah-olahnya setiap perniagaan yang halal itu mesti melantik seorang penasihat Syariah secara rasmi di dalamnya, atau paling tidak pun mesti menggunakan istilah-istilah Islamik!
Adakah perniagaan saya tidak Islamik kerana menggunakan istilah kontrak, offer & acceptance dan bukannya istilah aqad, ijab dan qabul?
Pensyarah saya juga mengalami hal yang sama. Dia pernah mendapat markah penilaian pelajar yang rendah dalam penilaian untuk kategori “nilai-nilai Islam”. Memang dia bengang. Adakah seseorang pensyarah yang tinggi nilai-nilai Islamnya perlu bermula pengajarannya dengan mengucapkan kalimah-kalimah tertentu seperti ingin berkhutbah Jumaat? Sudahlah subjek yang diajarnya bukan subjek Syariah, adakah hanya pensyarah subjek Syariah sahaja yang layak mendapat markah penuh dalam penilaian tersebut?
Abang saya akhirnya menyebut, “Perlabelan barangkali adalah simbolik. Simbol kepada apa yang berkuasa.”
Saya nak ubah tagline blog ini kepada, “Membentuk Kapitalis Muslim“. Adakah ianya akan membawa kepada kontroversi? Saya tidak tahu. Anda para pembaca blog ini yang menentukannya.
———————————————————
Bengkel Cashflow 101 tidak terlibat dalam urusan pelaburan haram skim cepat kaya, ia adalah bengkel asas-asas kewangan untuk tujuan pendidikan. Sila daftarkan diri anda di http://www.BicaraJutawan.com sekarang juga kerana tempat adalah terhad.
———————————————————
15 Comments
Saya sokong!
Pakdi: oh… gua bukan ahli politik… ijok pun dah habis
Sokong Gak! Pada pendapat saya untuk membentuk kapitalis muslim, setiap muslim perlu berhijrah terutamanya penghijrahan minda muslim sendiri. Agak sukar bagi kita melakukannya secara revolusi atau sekaligus tetapi kita boleh mengubah sedikit demi sedikit. Pemahaman tentang Islam juga penting, janganlah kerana ianya tidak menggunakan term-term yang Islamik maka ianya tidak Islamik. Apa yang dikuatiri ada sebilangan orang yang mengambil kesempatan atas kebangkitan Islamik di kalangan Muslim, dengan memperalatkan Istilah2 Islamik, Hadis2 atau Ayat2 Quran sendiri untuk melariskan produk mereka sendiri. Kalau memang sesuai takpelah jugak.. ini yang saya rasakan boleh menjatuhkan imej Islam sendiri.
Pakdi: Apa yang dikhuatiri oleh sdr zahiramli mmg telah dan sedang berlaku. akibat ramai drpd umat Islam hanya melihat surface dan bukan substance sekali, maka akhirnya umat Islam hanya menjadi masyarakat pengguna (consumer)
pak di , takperlah..ini kan blog menggunakan idea dan inspirasi awak..luahkan apa yg awak rasa betul.
Pakdi: Apa yang saya rasa betul itu yang boleh jadi mengancam tuu…
salam…
1st time meninggalkan comment disini..
Tahniah…satu nukilan yang bertepatan dengan maksud pembikinan blog ini…Teruskan usaha Pakdi…sesungguhnya perjuangan umat islam belum selesai…mereka harus dikejutkan dari lena yang panjang khususnya mereka di negara sSlam Hadhari ini…moga blog ini sentiasa menjadi aspirasi bagi yang lain…
p/s: tagline baru tu sangat bertepatan dengan tujuan asal dan nukilan dalam blog ini…
Assalamualaikum,
Pertama kali komen kat sini. Sekadar berkongsi apa yang patut.
Memang perkara ini terjadi juga kepada diri saya yang mana ada sahabat-sahabat yang tidak suka mereka yang bukan ‘ahlinya’ memasuki
‘pasar’ dan membincangkan soal berkaitan dengannya. Tapi dikatakan kepadanya kalau kita tidak membetulkan keadaan siapa lagi yang akan memikul tanggungjawab berat ini.
Best tagline tuh.. persetankan mereka2 yg cetek akal tuh.. heheh
ps; bila la saya nak update blog sendiri nih.. asyik comment kat blog org len ajer.. huhuhu T_T
asmkm Pakdi,
pada saya, betul juga, kita kena brubah.. selama ni masyrakat bumputra yg muslim dikaitkan dengan makan gaji saja, tak minat berniaga, nak jadi kapitalis tu bagaikan mimpi di siang hari.. kalau yg dah jadi jutawan tu, diorang kata sebab bertuah.. ye ke?
.. kalau yg berniga kecil-kecilan tu pun, orang lain di sekeliling nampak di kira terpaksa berniaga dan dah takde pilihan lain dah, bak kata Chef Li dlm bukunya Jutawan Senyap.. minda muslim perlu diubah, biarlah kita set supaya menjadi kapitalis muslim yang berdaya saing walau sekecil manapun saiz perniagaannya..
semuanya perlu bermula di minda.. yg herannya orang kita ni, tak senang duduk bila dah nak maju dan start buat bisnes, ada saja yang nak diperkatakan, bukan nak muhasabah diri atau memberi saingan dlm kapitalisma tetapi asyik nak mengata belakang.. well, what can i say..
biasa arr..mentaliti…selagi xde usaha nak berubah camtu arr org kita..org kite..termasuk wa sendiri arr…kene ade anjakan paradigma..kena ade kesedaran nak berubah…sama gak bro..camne Muhammad b Abdullah nak ubah mentaliti masyarakat masa tu…anyway…back to basic…ape basic kite..pakdi leh terangkan..hehe…
kapitalisme kita belajar sebelum ni berkaitan mereka yang hanya mementingkan diri mereka sendiri. tidak mahu mengambil kira maslahat orang lain. sebagai contoh TV Realiti, bukan kira apa nak jadi kepada masyarakat yang gila berhibur, janji duit masukkk..
Kalau istilah “kapitalis” itu sudah sinonim dengan orang seperti di atas, apa salahnya kita tukar kepada istilah lain.. Seperti “Jutawan Muslim” “Muslim Kaya” dll. Lebih molek..
Tapi kalau penggunaan “kapitalis” adalah yang paling sesuai dengan apa yang kita nak maksudkan, apa salahnya kita gunakan “kapitalis Islam” dan terangkan maksudnya.. Iaitu mencari harta, material kekayaan hanya untuk Islam..
wallahualam..
Saya agak kurang setuju dengan istilah kapitalis. Byk maksud dan implikasi yg tidak menepati Islam dalam sistem kapitalis itu sendiri. Jadi untuk menggabungkan atau mencedok apa yang ada terdapat di dalam kapitalis ke dalam Islam, perlukan penelitian. Apa salahnya mencipta atau menggunakan Istilah bahasa Arab/Islamik ? Sekurang-kurangnya istilah2 ini dapat mengembalikan kita kepada istilah2 yang pernah digunakan atau tersurat di dalam buku2 Ulama terdahulu. Pendekatan yg digunakan org Eropah pada masa dulu sehingga manjadi masyarakat yg maju, mereka turut menukar istilah2 Islam supaya menjadi istilah mereka/ atau yg mudah difahami mereka dengan mealihbahasakan karya2 ulama Islam. Sehingga sekarang, banyak Istilah yg kita rasakan datangnya dari Barat tetapi sebenarnya di ambil/dialihbahasa ke dalam bhs mrk sehingga kita umat Islam khasnya merasakan kemajuan semuanya bermula oleh org Eropah. Contoh mudah, macam “Esprit De Corps” tu sendiri… hehe… jgn marah Pakdi.
Bai tak peduli la PakDi nak guna istilah apa pun.
Suka hati dia la nak guna istilah ‘kapitalis’ ke ‘orang kaya’ ke..
Tak semestinya bahasa Arab saja yang Islamik bahasa lain tak Islamik.
Yang nyatanya PakDi ialah PakDi.
Istilah Islamik?Mcm Al-Mudharabah dll?
Sorry,but itu dikira istilah Arabik.
Islam merentasi bahasa,adat,bangsa dan budaya.
Istilah Islamik,saya kira,adalah istilah yg menepati syiar Islam itu sendiri,walaupun dituturkan dlm bahasa Tagalog,Jawa mahupun Inggeris.
Marilah kita membentuk definisi ‘kapitalis’ mengikut hukum Islam.
Kerna perkataan ‘kapitalis’ itu ciptaan manusia dan ciptaan manusia takkan lari dari pembaharuan.Apa salahnya menafsir semula label ciptaan manusia?
nampaknya Dino terlepas point pakdi: Adakah kerusi ini tidak Islamik kerana tidak mempunyai ukiran khat?
aku…setuju dengan pendapat anda…masih ada lagi yg konfius…
Kapitalisme sangat bertentangan dengan Islam.
Tapi Islam lebih mirip dengan Komunisme. Banyak dogma-dogma Islam yang sama dengan dogma-dogma Komunisme.