Langkah Pertama Jadi Jutawan

Filed under Personal Finance

Sikap.

Sekiranya anda merasakan membayar kira-kira 1/3 daripada gaji anda untuk bayaran installment sebuah kereta adalah OK tetapi pada masa yang sama anda merasakan menyimpan 1/3 daripada keseluruhan pendapatan bulanan anda adalah membebankan, maka anda sedang mencipta sel kanser kewangan anda sendiri.

Sekiranya anda sanggup berbelanja RM 100 sebulan untuk topup atau bil telefon dan merasakan ia adalah jumlah yang OK, tetapi pada masa yang sama anda merasakan ia adalah jumlah yang besar untuk membeli buku-buku kewangan atau ke seminar-seminar kewangan, maka anda mencepatkan lagi pertumbuhan sel kanser kewangan anda.

Sekiranya anda sanggup menunggu 5 tahun untuk mendapatkan segulung ijazah, tetapi anda tidak boleh menunggu 5 tahun lagi untuk membina asas kewangan yang kukuh, maka anda sekali lagi memberi makanan kepada sel kanser kewangan yang sedia ada.

Anda hanya bermula dengan perubahan sikap.

Kalau anda tahu yang anda memang tidak pernah cukup duit setiap bulan, maka anda perlu ubah cara pengurusan kewangan anda. Anda perlu belajar cara menguruskan kewangan dengan betul. Kalau anda sekadar mengeluh dan tidak berbuat apa-apa, maka anda tidak akan mengubah apa-apa langsung.

Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results.

(Albert Einstein)


More Interesting Posts:
Dunia Perniagaan untuk budak kurang pandai?
Siapa Ambik Duit Aku? (2)
Saham vs Amanah Saham
Rezeki Anak
Halangan berniaga: Fear of Rejection
Books & Ebooks
Graduan Muda: Mula Uruskan Wang Anda Sekarang!

17 Comments

  1. Posted August 2, 2007 at 4:40 pm | Permalink

    ya, semuanya bermula dengan sikap..

    ..penggeraknya adalah keazaman…

  2. Posted August 2, 2007 at 5:05 pm | Permalink

    0.7/3 - simpan
    0.7/3 - kereta
    0.9/3 - rumah
    0.6/3 - expenses
    0.1/3 - baki

    fuh! nasib baik ngam-ngam… ;)

  3. Posted August 2, 2007 at 5:58 pm | Permalink

    tersangat la setuju..

  4. impax
    Posted August 2, 2007 at 6:30 pm | Permalink

    like they say,
    attitude is altitude

  5. Posted August 2, 2007 at 6:36 pm | Permalink

    0.7 / 3 tuu.. siap kira.. bagus2 :)

    kalau dah lama amal tu, 5,6 tahun lagi dah boleh jadi tunas pokok.

  6. Posted August 2, 2007 at 6:37 pm | Permalink

    azam ke tindakan? :D

  7. Posted August 2, 2007 at 6:37 pm | Permalink

    cuba la tak stuju pulak.. hehe

  8. Posted August 2, 2007 at 6:38 pm | Permalink

    yep… attitude determine your altitude

  9. leomas
    Posted August 3, 2007 at 12:13 am | Permalink

    quote yg tersangatla best!! congrats!!

  10. Posted August 3, 2007 at 12:58 am | Permalink

    hoho.. tgh bc smula buku toni robin..

  11. Posted August 3, 2007 at 9:26 am | Permalink

    Hehe.. Aku pun nak bukak balik buku2 Trump ngan Brian Sher aku.

  12. Posted August 3, 2007 at 8:03 pm | Permalink

    quote yang mana satu ni leo? :D

  13. Posted August 3, 2007 at 8:04 pm | Permalink

    bagus2… :)

  14. Posted August 3, 2007 at 8:05 pm | Permalink

    ni baca nak katam kali ke-2 ke? :)

  15. Posted August 5, 2007 at 11:21 pm | Permalink

    aaaaa? nak simpan pun ciput, apa lagi nak belanja…. wahahahaaa

  16. Posted January 15, 2008 at 2:51 pm | Permalink

    saya nak jadi jutawanla

  17. zam
    Posted April 2, 2008 at 2:20 am | Permalink

    ya memang betullah,nak tak nak ketuk kepala sendiri agar orang kesian kat kita,kah kah.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It