Keputusan Kuiz

Filed under Business


Ulasan
Soalan macam ni adalah soalan untuk mengubah cara anda berfikir. Seperti mana yang telah ditulis sebelum ini, halangan utama seseorang untuk berniaga adalah alasan tidak tahu nak berniaga apa.

Antara sebab anda menyusahkan diri anda untuk berniaga adalah idea yang terlalu besar, sedangkan anda belum mempunyai capacity untuk melakukannya lagi. Sedangkan anda perlu memulakan perniagaan dengan cara paling humble.

Biasakan diri anda untuk melihat permintaan yang wujud di sekeliling, dan itulah pintu rezeki untuk anda. Bak kata Fuad,

Dalam satu kawasan projek perumahan, orang Cina akan cepat2 bukak kedai hardware

——————————————————————————————

Sekiranya di tempat anda ada lombong emas, maka anda patut menjual alat melombong - pan (sejenis alat khas untuk melombong emas).

(Soalannya tidak berbunyi, sekiranya anda memiliki lombong emas. Do not make assumption. Ass-u-me! Tiada siapa bertanya lanjut.)

Mengikut ketepatan jawapan, maka tahniah kepada:

1. kumb@ng
2. Fuad (dia tambah jawapan lain)
3. al_qamaru (jawapan yang ke-3)

Saya pun dah beli pan satu biji! Saya pun nak melombong bersama ibu ayah.

Tahniah kepada kesemua pemenang. Tahniah juga kepada mereka yang menjawab. Kurang betul tak mengapa, yang penting anda telah mencuba. Lain kali boleh jawab soalan kuiz lagi.

Kesemua pemenang boleh tuntut salah satu tiket tersebut pada hari Sabtu ini dan sekiranya tidak dapat hadir, pm saya di BicaraJutawan dan anda boleh claim wang tunai yang sama nilai dengannya.

Kenapa jawapannya tidak pergi melombong emas aje? Cuba beli & pajak lombong tu ke. Kan emas lagi bernilai dan sekadar menjual pan?

Cuba fikir baik-baik, it is just a common sense. (Oh, saya akan memberikan komentar tentangnya dalam post akan datang) Tapi sebelum tu mungkin kita patut dengar juga ulasan dari kumbang, fuad & al_qamaru. Pasti mereka mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka dapat memberikan jawapan tersebut.

Anda yang memberikan jawapan yang lain (sama ada dah jawab atau jawab dalam hati aje) pun sila beri sebab kenapa anda berikan jawapan anda tersebut?

Rujukan:
1. Instant Cashflow, Bradley J. Sugars
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Gold_mining


More Interesting Posts:
Why People Buy Life Insurance?
Aku nak berniaga, tapi …
Buat Duit di Pasaran Hadapan
Graduan Muda: Mula Uruskan Wang Anda Sekarang!
Merancang Perniagaan Anda
Fahami Kegunaan Produk Kewangan yang anda beli
Accumulation or Distribution?

9 Comments

  1. Posted March 14, 2007 at 5:26 pm | Permalink

    Tahniah kepada semua pemenang :)

  2. Posted March 14, 2007 at 5:31 pm | Permalink

    Wah..no 2 dapat hadiah gak tak Pakdi. Sebab kenapa aku jawab camtu, Ayah aku ada hobi mengumpul rumah. So, tiap kali ada projek perumahan mesti dia akan pegi rewang2 mengskodeng projek tu. Aku yang selalu jadik drebar kene la mengikut dia.

    Observation: Dalam satu kawasan projek perumahan, orang Cina akan cepat2 bukak kedai hardware. Percaya atau tak kedai tu temporary saje sebab derang tahu mesti ramai orang beli barangan hardware sebab rumah baru. Bile dah lama sket, tokey tu pegi carik tempat lain plak.

    Sekian terima kasih. Jawapan Face Mask tu sebab aku search kat tenet, ada 5 lombong emas dipercayai menyebarkan kandungan merkuri yang tinggi kat udara. Guess what, macam time jerebu la. Nak Jugaaaaaakkk ;-)

    Pakdi: Semua pemenang dapat hadiah :D

  3. Posted March 14, 2007 at 5:49 pm | Permalink

    haha nice.. aku tertipu dengan soalan yang mengelirukan.. biasalah cita2 tinggi.. so nampak lombong emas itu aku yang punya.. hehe..

  4. kumb@ng
    Posted March 14, 2007 at 7:42 pm | Permalink

    eh mcm tak caya plak jadi pemenang…hehe… :D

    1st,setuju ngan pakdi kenapa tak jadi pelombong?sbb mulanya pikir takkan jawapan semudah itu atau ada unsur2 lain yg menguji minda.

    Pada saya,menjadi pelombong mudah.tapi..tiba2 ada soalan dlm kepala. sebelum mula melombong mesti perlukan alat2 melombong spt dulang(pan->bru tau),cangkul,pengorek. Kalau nak lagi canggih,sewa jengkaut.

    Setelah berfikiran agak jauh sket..dan berangan2….saya pon amik keputusan nekad,rasenya….lebih baik buka kedai jual alat melombong disebabkan alasan,mungkin ramai org2 yg datang ke kawasan kita nak jadi pelombong dan dah tentulah perlukan alat melombong.

    Disamping itu juga selain dpt jual alat melombong dlmase yg sama bole jadi pelombong kan.sbb alat2 tu dah ada,takkan nak tengok saje.

    so,kat sini je dah ada 2 keuntungan diperolehi.
    1.buka kedai alat melombong
    2.jadi pelombong ->tapi jawapan ni saya tak beri.

    sekian ulasan saya…heheh :D

  5. al_qamaru
    Posted March 14, 2007 at 9:22 pm | Permalink

    hehe.. sy dpt hadiah ek.. leh la g tgk wayang :D

    emm.. ms pk jwpn 2.. 1st skali pk target group.. target group sy company2 yg dpt lesen utk mlombong kt c2.. nk mlombong ni kn mana leh sesuka ati.. kena ade lesen dl.. btul la kn? hehe.. pas2 pk la apa pluang yg kte leh dpt dr dorang ni.. 2 la yg kuar sume jwpn 2..

    1- buka restoran sbb pkerja2 kt c2 mesti ar nk mkn kn. jwpn no. 1 ni saje je nk letak sbb ni paling mudah. yg ni target group pkerja2 kt kwsn plombongan 2 la.
    2- buka pusat pnapisan emas sbb emas ni kena tapis dl utk dptkn tahap ketulenan yg tinggi. sbb 2 la emas ade mcm2 jenis dr yg mahal hingga la yg murah depend on composition emas 2. ye ke ni? hehe.. btul la kot.
    3- jual peralatan dan teknologi plombongan sbb nk mlombong kena la ade sume ni. skrg kn dh zaman teknologi.. so teknology yg dgunakan mesti la yg tcanggih dan mampu mjaga alam skitar. so xyah la pakai face mask dah. hehe..
    4- buka agensi pkerjaan sbb company2 ni mesti la nk gunakan tenaga buruh utk keja2 mlombong 2..

    ni la yg sy pk.. ade org penah tanya sy dl.. ms 2 dia pegang pensel.. dia ckp.. cube tgk pensel ni.. ape biz yg leh kte wat dgn pensel ni. kalu kte x pk pnjg.. mesti kte ckp.. kte jual la pensel 2.. tapi sbnrnye mcm2 lg kte leh wat.. kte leh buka kilang kotak pensel.. pgasah pensel.. pemadam dll.. btul x? ksimpulannya.. pk la. hehe.. skian dr sy =)

  6. Posted March 14, 2007 at 11:01 pm | Permalink

    idea kumbang memang best:

    Disamping itu juga selain dpt jual alat melombong dlmase yg sama bole jadi pelombong kan.sbb alat2 tu dah ada,takkan nak tengok saje.

  7. Posted March 15, 2007 at 10:14 am | Permalink

    Aku teringat penemuan seekor hantu tenggek kat Penang. Tiap2 malam penuh orang. Kalo jual dadih aku rasa memang laku x igt. Last2 rupanya pokok menumpang disangka hantu.

    Moral Crite: Kalo tiba2 sorang budak jumpe seketul emas kat longkang mana2 pastu Metro hebahkan crita tu, Aku jamin ramai orang bawak dulang pegi kat longkang tu. Padahal sape2 terjatuh emas seketul jek. Kat Dunia ni, orang yang pandai manipulate others greed & fear will be super rich. Hehe.

  8. melor
    Posted March 15, 2007 at 2:41 pm | Permalink

    :) tahniah kepada pemenang

    walaupun xmenang, tp dah dapat satu pelajaran yg baik
    ~ lihat permintaan/kehendak yg wujud di sekeliling

  9. Posted March 15, 2007 at 4:31 pm | Permalink

    Alasan jawapan saya yang tak menang tu…
    Memula memang pikir nak jual peralatan melombong emas pastu pikir kali kedua tak jadilah jual peralatan. Sebab jual peralatan tu nanti orang beli sekali je.. Lebih baik aku jadi peraih emas. Tiap-tiap hari emas masyuk. hahaha.. Tamak ke aku?? :D

    Pakdi: Haha.. ada masa dalam hidup ni mmg tak boleh fikir byk kali, analysis paralysis. Hari ni pun saya fikir byk kali, nak buy ke taknak, dan… terlepas …

One Trackback

  1. [...] Teringat soalan kuiz blog Pakdi suatu masa dulu….dan aku salah seorang pemenangnya…hehe [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It