Kebahagiaan bukan kekayaan.
Kekayaan juga bukan kebahagian.
Kebahagian adalah kebahagiaan, kekayaan adalah kekayaan. Ia adalah 2 benda yang berbeza. Tapi kenapa agaknya pakdi menulis tentang kekayaan? Bukankah ada topik lain yang lebih membangunkan spiritual ummah?
Saya tidak melihat kekayaan sebagai matlamat. Tetapi saya melihat kekayaan sebagai alat. Apa yang saya lihat, alat ini tiada dalam kuasa umat Islam.
Oh, kalau tidak faham saya menulis sebegini tidak mengapa. Saya cuma ingin memberitahu, kekayaan adalah alat, dan jangan jadikan ia sebagai matlamat. Anda boleh tersesat kalau nawaitu ini salah. Itu sahaja.
Matlamat kita adalah kehidupan yang kekal abadi di sana nanti.
13 Comments
kekayaan adalah alat - concurred! just read John Perkin’s Confessions by an Economic Hit Man - dapat mengetahui bagaimana US menggunakan kekayaan sebagai alat untuk menjadi nation yang paling powerful. Hrrmmm..kalau US boleh, Islam juga boleh..bukankah begitu?
Pakdi: Ya. Sirah Nabawiyyah menunjukkan Nabi saw (Perdana Menteri) perlukan orang-orang seperti S. Abu Bakr (scholar) , S.Umar (warrior), S. Usman (millionaire) dan S. Ali (Young people) di sekeliling nya.
“Kekayaan tidak menjaminkan kabahagiaan tetapi tanpa kekayaan kita berasa begitu sulit untuk bahagia.”
Adioss…
tol tu.. boleh lawat http://muslimkaya.blogspot.com utk maklumat lanjut..
p/s : dah lama tak update sbb tgh sibuk mencari kerja..
aikkk?? abu_muadz sibuk mencari kerja? Saya sangka abu_muadz sedang mencipta kerja
Pakdi: Tunggu Abu_muadz jawab
Saya sokong apa yg pakdi cakap. Sekarang ramai orang yg gila nak jadi kaya, gila duit. Sampai ramai yg sanggup masuk skim cepat kaya dalam internet. Bila dah duit jadi buruan, manusia akan hilang pertimbangan dan mudah kena tipu. Bukti jelas sekarang adalah skim cepat kaya internet. Ramai yg graduate university tapi kena tipu dengan skim ini.
Ayah saya pesan, rezeki Allah taala yg penting adalah berkat. Kalu dapat sikit, tapi cukup dan rasa sehingga melimpah-limpah sampai boleh bagi kepada orang lain itu la satu keberkatan. Boleh kongsi2 ngan org sekeliling kita, boleh bagi kat org miskin kat anak yatim.
Satu lagi org sekarang selalu kata ‘Nak hidup perlukan duit.’ Saya paling benci dengan kata-kata ni. Padahal kita bukannya perlukan duit, tapi sebenarnya kita perlukan ilmu, dan dengan ilmu ini kita kena amalkan supaya ianya berbuah, dapat kita rasa hasilnya. Tapi ramai org melayu khususnya yg gila terkejar-kejar duit, tapi pada masa yg sama tak nak belajar, malas. Memang menyedihkan. Kalu takde ilmu menang mudah kena tipu, dan org yg mudah kena tipu ini adalah org yg bodoh. Tapi sayang, momokan ‘nak hidup perlukan duit’ dah macam sebati dalam fikiran masyarakat.
Kita kena sedar duit hanya mainan sahaja. Mainan sahaja. Buku Kiyosaki kata ni. Duit tu duduk kat tengah. Antara bos ngan pekerja. Kaya dan miskin. Duit hanyalah umpan, gula-gula, manipulative tool. Rasanya pakdi lagi arif dari saya pasal ni.
Kalu umat Islam nak berjaya, perlu jadi umat yg berilmu dan bijak, rajin dan jangan kejar kekayaan. Dengan itu sahaja kita dapat bebaskan diri dari cycle ini, bila kita start berusaha sendiri dan tidak bergantung kepada orang lagi. Pada masa yg sama kita saling membantu antara satu sama lain. Kekayaan hanyalah by-product sahaja.
Pakdi: Terima kasih ulasan yang baik ini
hehe..
mula2 kita korek dulu la camne sistem orang yang mencipta kerja..
pastu nanti kita ciptala kerja kita..
Pakdi: Dia dah jawab dah bai
Mendalam maknanya pakdi..
Yang kekal sememangnya hanya di SANA..
apalah ada pada kekayaan kalau tiada kebahagian…
apalah ada pada kekayaan dan kebahagian kalau akhirat dilupakan…
tengah guna ‘alat yang kecil’ nak beli ‘alat yang lebih besar’ tu.. untuk tujuan yang lebih besar
Pakdi: alat apa tuuuuuu
bagi aku kekayaan adalah kayu ukur kejayaan.. sebab dalam bisnes kejayaan kita akan diukur dengan sebanyak mana kita dapat buat duit.. begitu jugak dalam financial management, investment dll. Jadi kalau belum kaya tu maknanya masih belum berjaya..
pendek katanya.. ia masih satu alat.. iaitu kayu ukur, ataupun pembaris..
tapi bahagia berbeza, kita hanya akan merasa bahagia bila kita selalu mengingati Allah, bertaubat padanya, sentiasa patuh padanya dll.. tak semua orang dapat merasai kebahagiaan kalau tak buat benda2 ni suma.. tapi kalau orang tu buat semua ni insyaAllah akan kekal bahagia walaupun dalam keadaan susah dan payah.
dan akhir sekali, matlamat aku ialah untuk berjaya di dunia dan di akhirat.. untuk berjaya di dunia aku perlu berusaha bersungguh2 dan kayu ukur kesungguhan itu ialah kekayaan. untuk berjaya di akhirat aku perlu pastikan usaha aku itu menjadi ibadah dengan menyumbangnya ke jalan Islam dan mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.
InsyaAllah bahagia dan kekayaan akan sama2 dapat dikecapi..
Pakdi: Patut bini dia nak kahwin dengan dia.. alhamdulillah
Salam,
Dah lamer aku cari orang yg berfikiran seperti ini.
Ingat ker susah nak cari. Rupanya ada jugak.
Syukur pasal dapat share passion dan idea ngan korang sumer,
Allahuakbar!
salam… semoga berjaya semua… buah fikiran yang mantap sekali..
Pakdi: Terima kasih
umur saya sudah mencapai 32 thn ni.mempunyai 2 org anak(sepasang),1 perniagaan sendiri,2 buah rumah,1 kereta & 1 ISTERI tercinta.semua ni aku perolehi dgn berkat izin ALLAH yg MAHA PEMURAH LG MAHA PENGASIH.aku percaya tanpa usaha diiringi dgn doa(doa bersama sembahyang & zikir) maka seseorg itu susah utk mencapai sesuatu hajat.segala yg aku lakukan mesti akan ku niat dan ingat kepada yg SATU.tidak kira la ketika melakukan kerja atau berjalan2 bersama keluarga dan aku akan merasa sesuatu sedang memerhatikan dan menjaga aku sepanjang waktu.jgn hanya berkata2 sesuatu tanpa mengaitkan yg SATU,maka sia2 la saja apa yg dibicarakan & dilakukan.