Kejayaan Tidak datang Sekelip Mata

Filed under Motivation

Shalin Zulkifli telah pegang bola bowling sejak kecil lagi. Bertahun- tahun selepas itu baru dia berjaya menjadi jaguh dalam arena bowling. Bertahun-tahun selepas dilatih secukupnya.

Nicol David juga telah memegang raket squash sejak kecil lagi. Bertahun-tahun dia berlatih sebelum dia menjadi juara dunia. Jadual latihan yang ketat.

Begitulah pasukan bola sepak atlit yang berjaya. Mereka sedar kejayaan tidak datang hari ini juga. Hari ini baru bercadang nak main badminton, esok sudah boleh menang Kejuaraan Dunia.

Tetapi dalam dunia pelaburan & perniagaan, ada orang fikir dia boleh berjaya sekelip mata dengan formula ajaib. “Kau join skim bantuan ini, confirm kau jadi usahawan berjaya.” “Kau datang je kelas main saham ni, confirm kau buat duit esok juga.”

Tuan-puan, kalau atlit professional menyedari betapa banyak masa, wang dan tenaga perlu dikorbankan untuk berjaya, kenapa anda tidak memperuntukkan masa, wang dan tenaga yang sama untuk mula bertatih dalam dunia perniagaan dan pelaburan.

Apa yang banyak berlaku, anda gopoh. Anda inginkan kejayaan sekelip mata. Sedangkan anda lupa, anda dulu pun keluar dari perut ibu anda tidak terus boleh berjalan bukan? Itu fitrah manusia yang Allah jadikan terhadap kita semua. Belajar perlahan-lahan, step by step. Baring, mengereng, meniarap, menjulur, merangkak, berdiri, berjalan jatuh dan akhirnya stabil!

Itulah yang Islam sebut, semua bayi itu lahir dalam keadaan fitrah. Malangnya, ramai dari anda lari dalam keadaan fitrah tersebut. Anda seharusnya sedar, ada 1st level of investing, 2nd level of investing, 3rd level of investing & 4th level of investing. Anda harus sedar, dugaan 1 tahun berniaga, dugaan 3 tahun berniaga, dugaan 5 tahun berniaga dan dugaan 10 tahun berniaga.

Apabila kita sudah lari dari fitrah, bila gagal, mula lah kita menyalahkan orang lain. “Skim bantuan usahawan tu karut.” “Jabatan kerajaan banyak birokrasi.” “Seminar si kaki kencing.” “Bank zalim.” “Kedai satu lagi tu lah guna ilmu hitam kat kita.” dan sebagainya.

Tidak tahulah kalau anak anda ditakdirkan bercakap sejurus selepas lahir akan komplen kepada anda sebegitu juga apabila anda hulurkan tangan untuk mengajarnya berjalan dan terjatuh, dan menyebut, “Bantuan mak ni karut je.” “Bapak ni sihir kan saya ke? Dah setahun saya tak boleh jalan tau.”

Tapi setahu saya, budak kecil ini akan mencuba selagi mahu, mak bapaknya yang tak larat nak layan. Tetapi berapa ramai daripada anda yang akan kembali kepada fitrah apabila anda gagal?


More Interesting Posts:
Harga Sebuah Kejayaan
Jangan abaikan perkara “kecil”
Coach, Trainer, Mentor & Consultant
Buat Duit di Pasaran Hadapan
Tidak boleh senyum pun boleh jadi Superstar!
MLM - Peluang Perniagaan untuk Anda
Penerangan Ringkas

29 Comments

  1. Posted July 18, 2007 at 12:22 pm | Permalink

    x ramai kot. Kalau ramai, dah ramai la yg berjaya kat mesia nih…. But think positive, be positive yg suatu hari nanti ___ tahun lagi (isikan tempat kosong) kita jugak akan berjaya.

    pis!

  2. Posted July 18, 2007 at 1:03 pm | Permalink

    Assalamualaikum,

    Dalam banyak-banyak bab, perkara ini sukar sikit untuk dijelaskan.Kadang-kadang sampai satu peringkat kita akan mula merasa jemu dengan keadaaan tersebut.Tapi ini adalah hakikat yang terpaksa ditempuhi oleh sesiapa yang inginkan kejayaan.Kalau yang jenis suka lompat-lompat dari A terus ke Z tuh.Alamatnya kirim salam lah…..Contoh paling senang kalau dalam bidang pelaburan saham cuba kita tengok Warren buffet…..Klau nak tengok contoh bangsa yang kuat semangat kita tengok bangsa yahudi.Jangan tengok perangai buruk dia dah lahhhhh…..macam hampehhhh….Berapa lama mereka sanggup bertahan dan bersabar menhadapi cabaran dan dugaaan…Dan akhirnya pada pandangan saya mereka sudah dapat apa yang mereka hajati…Tapi sayanggg…………Rasanya kita nih belum merdeka sepenuhnya lagi kotttt…..Pasai tuh ramai yang jadi macam tuh..Merdeka yang saya maksudkan adalah dari segi tahap ilmu pengetahuan yang kita ada sekarang ini….sekadar pandangan spontan dari saya…

    Sekian terima kasihhh.

  3. Posted July 18, 2007 at 1:07 pm | Permalink

    pengajaran utk team bola Malaysia…Kejayaan tidak datang sekelip mata… :D

  4. Posted July 18, 2007 at 1:31 pm | Permalink

    Semalam tgok video Azizi Ali. Pesannya; utk orang yg nak dapat duit cepat, once bila dah dapat duit secara tiba tiba, dia akan jadi hilang akal. Emosi akan menguasai. Syaitan merasuk. Hasilnya mereka akan berbelanja ikut nafsu. Mereka sedar bila dah muflis. Jadi, biar lambat asalkan… (sambung sendiri)

  5. Posted July 18, 2007 at 1:36 pm | Permalink

    tambahan…

    peluang bola yg bergolek depan mata kalau tak amik rembat cepat-cepat alamat orang lain amik…masa tu mula la nak salah kan orang lain…kelemahan diri sendiri tak nak kaji…”pekara biasa berlaku utk org-org biasa”

  6. Posted July 18, 2007 at 4:48 pm | Permalink

    In saf baca artikel pakdi hari ni. Menyedarkan saya akan fitrah sebuah perjalanan menuju kejayaan dalam bisnes.

    Benarlah “road to succes is always under construction”…

  7. Posted July 18, 2007 at 6:10 pm | Permalink

    hehehe….
    tersengih saya tengok perkataan pasukan bola sepak tu dipotong. ada makna tu…
    hehehe.

  8. Posted July 18, 2007 at 7:33 pm | Permalink

    pis! :)

  9. Posted July 18, 2007 at 7:34 pm | Permalink

    lompat… lompat… gedebuk… terus tak bangun ;)

  10. Posted July 18, 2007 at 7:34 pm | Permalink

    kumb ni… mana ada cakap pasal bola :D

  11. Posted July 18, 2007 at 7:35 pm | Permalink

    ya. human is very emotional in the subject of money…

  12. Posted July 18, 2007 at 7:36 pm | Permalink

    rembat cepat alyani… kalah lagi karang! ;)

  13. Posted July 18, 2007 at 7:37 pm | Permalink

    inteam.. eh.. jadi tazkirah rupanya… bila mau jumpa ni? :)

  14. Posted July 18, 2007 at 7:37 pm | Permalink

    er.. takde liquid paper, garis je leee… ;)

  15. Posted July 18, 2007 at 8:07 pm | Permalink

    “the most important thing about problem is not the solution but the difficulties we face in finding the solution.”

    kalu jwb soklan math pn.. jwpn tu x pntg.. mrkh pn 1 je. yg pntg jln kira yg pnjg tu.. yg bbelit-belit tu.. yg tu yg byk mrkh. so.. xde gunanye dok sblh org pandai dgn hrpn nk copy paste jwpn dia.. x ke mananye.. hoho ;)

  16. Posted July 18, 2007 at 9:42 pm | Permalink

    ermm. cool post. tapi ramai melayu yg x sedar bende nie

  17. Posted July 18, 2007 at 11:20 pm | Permalink

    Sedar, tapi dia buat bodoh aje :)

  18. Posted July 18, 2007 at 11:23 pm | Permalink

    Assalamualaikum,
    Been your RSS reader for quite a while, tapi baru nak tinggalkan komen :)

  19. Posted July 19, 2007 at 12:17 am | Permalink

    eh.. aku dah start berjalan satu saat selepas melihat muka bumi ni la.. hihihi… apesal post ni sama macam yang aku tengah bayangkan masa makan di kedai mapley ni.. hmm.. sama tang

    “anda dulu pun keluar dari perut ibu anda tidak terus boleh berjalan bukan? Itu fitrah manusia yang Allah jadikan terhadap kita semua. Belajar perlahan-lahan, step by step. Baring, mengereng, meniarap, menjulur, merangkak, berdiri, berjalan jatuh dan akhirnya stabil!”

  20. Posted July 19, 2007 at 10:37 am | Permalink

    Kita di uji berbagai cara…ada diuji dengan kesusahan, ada diuji dengan kesenangan…but that’s not the important part..yg penting ialah bagaimana anda menanganinya..
    hmmmm…bila ya nak diuji dengan kesenangan nih..

  21. Posted July 19, 2007 at 11:16 am | Permalink

    betul tu…
    kejayaan tak datang bergolek..
    perlu steps by steps untuk berjaya…
    semoga perjalanan yang jauh ini dapat menuju ke arah mencapai matlamatnya..
    …AMIN…

  22. Posted July 19, 2007 at 11:32 am | Permalink

    pipit je boleh komen bab math ni. i tak tahu lah.

  23. Posted July 19, 2007 at 11:33 am | Permalink

    moga sape yang baca, dia sedar dan berubah :D

  24. Posted July 19, 2007 at 11:34 am | Permalink

    apa kebenda orang sains cakap tu… de ja vu? eh… ?

  25. Posted July 19, 2007 at 11:35 am | Permalink

    TQ :)

  26. Posted July 19, 2007 at 11:39 am | Permalink

    kesenangan tu tak semestinya duit, kesihatan pun kesenangan jugak. mungkin kesenangan duit je yang belum tiba, sebab kesenangan sihat pun kita belum gunakan 100% :)

  27. Posted July 19, 2007 at 11:41 am | Permalink

    cuba kejayaan tu berbentuk bulat, mesti datang bergolek-golek ;)

    semoga zool gigih dalam perjalanannya. amin.

  28. Posted July 19, 2007 at 12:26 pm | Permalink

    ye..baru baik demam pun..sekarang ni kira senang la..Alhamdullilah.

  29. Posted July 19, 2007 at 1:41 pm | Permalink

    Itula……

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It