Jual Kotak vs Jual Masa

Filed under Business

Penjual kotak dan penjual masa tidak ditentukan oleh pendapatan. Ia ditentukan oleh bagaimana mereka bekerja. Penjual masa perlu menggunakan banyak masanya sendiri untuk bekerja, penjual masa tidak boleh digantikan dengan penjual masa yang lain, dan penjual masa selalunya menjual dirinya sendiri.

Tetapi penjual kotak tidak begitu. Penjual kotak mencipta sistem. Penjual kotak membina aset yang boleh djual beli. Penjual kotak mengeluarkan produk. Penjual kotak tidak perlu menjual dirinya sendiri. Penjual kotak boleh mengupah orang lain untuk menjual kotak-kotaknya.

Siapakah penjual masa?

Penjual masa adalah konsultan, peguam, doktor, akauntan, pensyarah, jurutera, speaker, motivator, ejen insurans, ejen saham amanah, jurujual, fashion designer dan sebarang kerja yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Dalam erti kata lain, he is a professional!


Adakah menjadi penjual masa ini salah?

Tidak. Ia tidak salah. Cumanya erti wealth and freedom tidak dapat dikecapi sepenuhnya oleh penjual masa. Kerana penjual masa perlu menjual masa dan dirinya kepada orang lain.

Ia bagus sekiranya anda memang benar-benar minat. Anda mempunya passion terhadap kerja-kerja tersebut. Anda akan buat benda itu sampai ke hujung nyawa. Pendek kata, kalau anda tidak dibayar gaji pun, anda memang suka kerja tersebut. Tanya diri anda balik, adakah anda bekerja sebagai penjual masa adalah kerana minat? (Hoho, siapa daripada anda yang berblog kerana dia memang suka menulis? Atau dia ingin dapat duit adsense, advertlets dan nuffnang sahaja?)

Ia juga bagus sekiranya anda melakukan semua itu untuk menolong orang lain. Seperti anda sudah berpengalaman 30 tahun dalam industri dan kini anda memilih untuk menjadi pensyarah untuk menyumbangkan dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Anda memang suka membantu orang yang memerlukan. Anda terasa mempunyai tanggungjawab tertentu untuk membuatnya sendiri.

Jika disebabkan 2 perkara ini, memang ia adalah sangat sesuai untuk anda. Anda akan melakukannya kerana ikhlas. Duit bukan ukuran untuk pengorbanan anda.

Self-Employed adalah penjual masa

Jika dirujuk kepada quadrant yang dicipta oleh Robert T. Kiyosaki, orang yang bekerja sendiri adalah penjual masa. Dia lah bos, dia lah janitor, dia lah designer, dia lah marketer, dia lah salesperson, semua benda adalah dia dia dia dan dia!

Banyak sebab kenapa hanya dia dia dia dan dia! Itu perlu dibicarakan dalam tajuk yang lain.

Namun, penjual masa boleh berubah menjadi penjual kotak sekiranya dia boleh mencipta satu sistem yang baik dan melantik seseorang untuk menjadi ketua dalam sistem tersebut. Justeru, untuk menjadi penjual kotak tidak semestinya bergantung kepada royalti. Mendapatkan royalti itu adalah sebahagian kerja penjual kotak :D

Busines owner adalah penjual kotak

Majoriti penjual kotak adalah business owner. Penjual kotak membina perniagaan yang boleh dijual. Perniagaan yang boleh diambil alih oleh orang lain. He is working on his business. Dia membentuk perniagaannya agar menjadi satu aset yang bernilai.

Jalan penjual kotak adalah perjalanan yang panjang dan berliku. Bukan semua orang sanggup menempuhnya. Hanya orang yang luar biasa akan berjaya mencapainya kerana ia memerlukan lebih dari sekadar minat. Minat sahaja tidak mencukupi untuk menjadi penjual kotak yang berjaya.

Jatuh bangun adalah perkara biasa. Tetapi setiap kali terjatuh, dia akan menjadi lebih kuat. Dia akan menjadi lebih bijak. Sebab itulah minat sahaja tidak mencukupi. Kerana dugaannya terlalu besar, lebih besar dari penjual masa.

Penjual masa atau penjual kotak?

Tidak salah kalau hanya mahu menjadi seorang penjual masa. Cumanya, ini lah perbezaan yang anda perlu faham, kenapa ada orang seperti Ingvar Kamprad, dan kenapa ada orang hanya kekal sebagai Abu si Tukang Kayu.

Justeru, kalau anda sudah tahu perbezaannya, maka buatlah pilihan sendiri :D


More Interesting Posts:
Buying a car is the most stupid thing to do
Dunia Perniagaan untuk budak kurang pandai?
Tanyalah soalan yang betul
Had Keuntungan Perniagaan dalam Islam
Buat Duit di Pasaran Hadapan
Accumulation or Distribution?
Transformers movie: Apa usahawan perlu belajar?

3 Comments

  1. Posted July 4, 2007 at 3:47 pm | Permalink

    Owh, itulah yang dimaksudkan perbezaan “He is working ON his business” dengan “He is working IN his business”. Bagi pendapat saya sendiri, saya masih belum minat untuk menjual kotak. Mungkin memerlukan masa untuk develop minat seterusnya bersedia untuk menjual kotak. Mungkin pengaruh environment di peringkat Universiti yang memang mengajar untuk menjadi si penjual masa??Mungkiiiiinnnn….

    Pakdi: Betul, universiti tak ajar jadi penjual kotak :)

  2. Posted July 4, 2007 at 7:54 pm | Permalink

    jual masa….jual masa….sampai bila nak jual masa ni??…yang penting skang ni saya jual masa ada untung…hehe :D

    Pakdi: Sampai… bila sudah bersedia jual lah kotak :)

  3. Posted July 4, 2007 at 11:20 pm | Permalink

    Hari ni baru saya dapat penjelasan apa perbezaan di antara “in bussines” dengan “on bussines”.

    Sekadar berkongsi; saya sekarang sedang menjual masa-masa, dan bekerja di dalam kotak-kotak.

    Dalam masa sama; saya berazam untuk menjadikan masa saya menjadi kotak, dan saya berada di atas kotak tersebut.

    1)
    Sekarang saya menjual masa di dalam kotak perkhidmatan printing; saya lakukan marketing, saya ambil tempahan, saya buat design, saya print, saya keluarkan invois dan sebagainya.

    Akan datang saya berazam untuk membina kotak perkhidmatan printing tersebut dengan memiliki mesin printing sendiri, pengurus sendiri, designer sendiri dan sebagainya.

    Pakdi: Ayfan Printing Sdn Bhd :)

    2)
    Sekarang saya menjual masa menjadi ejen takaful; saya promote, saya jumpa klien, saya isikan borang, saya submit borang….

    Akan datang;saya menjual kotak dengan menjadi pengurus ejensi; merekrut ejen-ejen baru yang akan mencari klien-klien baru, dan ada kerani untuk mengurus borang-borang dan sebagainya.

    Pakdi: Ya, kalau sudah menjadi pengurus agensi, 80% sudah menjadi penjual kotak :)

    3)
    Saya bersama RK Training menjual masa; melakukan promosi, turun ke sekolah-sekolah mengendalikan program.

    Akan datang; RK Trainig akan menjadi satu kotak; ada sistem modul yang dipatenkan untuk dijual ke sekolah-sekolah….

    Pakdi: Semoga RK Training terus maju.

    (Mudah-mudahan dipermudahkan Allah)

    Pakdi: Amin.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It