Jom Ke Seminar Membongkar Rahsia Pelabur Bijak

Filed under BicaraJutawan, Investing, Stocks

فَاسْئَلُوْا أَهْلَ الذِّكْرَ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ

Bertanyalah kepada ahli ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui (an-Nahl: 43)

Orang yang sombong adalah orang yang tidak mahu bertanyakan apa yang dia tidak tahu kepada orang yang lebih tahu. Walaupun ini adalah ayat Quran, tetapi dalam dunia pelaburan saya lihat bangsa lain (ya, saya orang Melayu) lebih aktif bertanyakan sesuatu yang mereka tidak tahu kepada orang yang lebih tahu.

Ia amat terbukti apabila pada 16 Jun 2007 yang lalu, saya menghadiri Seminar Secret of Savvy Investor IV: Using Futures To Protect Your Stock Investment, anjuran Suruhanjaya Sekuriti. 94% yang hadir adalah bangsa lain. Yang lebih menyebabkan saya tercabar adalah apabila saya dan dia yang bertudung melangkah masuk ke dewan seminar, semua mata memandang kami seolah-olah ada satu perkara ajaib sedang berlaku.

“Amboi, ingat orang Melayu tak reti guna futures ka?” Itulah cakap hati kecil saya.

Pada hari itu juga saya sempat bertemu dengan salah seorang pegawai SC untuk bertanyakan kemungkinan BicaraJutawan membuat kerjasama dengan mereka untuk menganjurkan seminar khusus untuk orang Melayu. Kami sedar sesungguhnya kalian, orang-orang Melayu perlu diajar asas-asas pelaburan yang betul. Sebelum ini juga, pada 4 November 2006 saya dan rakan-rakan BJ yang lain hadir, situasi yang sama berlaku, 91% kedatangan adalah bangsa lain.

Akhirnya pegawai tersebut menyebut, “Hal itu memang di dalam perancangan kami, kami sudah merancang akan mengadakannya pada 21 Julai 2007.”

Saya menjemput anda hadir ke sana, bersama kami BicaraJutawan.com, apakah alasan yang anda mahu berikan sekiranya anda mencari alasan-alasan untuk tidak mahu hadir? Lebih-lebih anda tahu yang anda sebenarnya zero dalam asas pelaburan.

  • Seminar ini berbahasa Melayu
  • Seminar ini dibuat khusus untuk orang Melayu
  • Seminar ini percuma
  • Tempat seminar ini high-class
  • Minum pagi diberikan

Saya juga sebenarnya mempunyai program bersama bakal usahawan muda dari kalangan mahasiswa bermula dari 20-22 Julai 2007. Tetapi saya tetap akan hadir. Saya tetap akan menghabiskan duit minyak, membayar tol, mengurangkan elaun seminar untuk hadir ke seminar percuma ini. Saya tidak memberikan alasan. Ini adalah program ilmu.

Jom ke Seminar Pendidikan Pelabur SC bersama BicaraJutawan.com


More Interesting Posts:
Siaran Ulangan: Jom ke Seminar Suruhanjaya Sekuriti
Books & Ebooks
Kelas dan Seminar untuk anda!
Jangan melabur tanpa ilmu
Cari Duit: Kelas TA untuk saham, futures & forex
Siapa Pesaing Perniagaan Anda?
Merancang Perniagaan Anda

10 Comments

  1. Posted July 10, 2007 at 12:45 pm | Permalink

    adeh.. saya ada meeting kat kuala pilah pula hari tu…

    tapi tgk la macam mana.. kalau dapat ejas time.. dapat la join sekali. :)

  2. al_qamaru
    Posted July 10, 2007 at 1:09 pm | Permalink

    arghhhh.. tetibe tension.. huhu ;p

  3. Posted July 10, 2007 at 3:51 pm | Permalink

    sementara ada momentum bengkel cashflow 101, kena attend tuu :D

  4. Posted July 10, 2007 at 3:51 pm | Permalink

    soluble?

  5. Posted July 10, 2007 at 3:55 pm | Permalink

    Wah, menarik ni. Tapi nak kena contact sape nak join seminar ni?

    p/s: Terpaksalah melepaskan peluang ke kem PKNS yang bro. pipit ajak aritu. :(

  6. Posted July 10, 2007 at 4:25 pm | Permalink

    azree, saya rasa attend kem usahawan tu lagi utama utk azree. sebab modul dia special. bukan semua orang boleh rasa modul tu. lagi cepat alami modul tu, lagi byk kita boleh buat lepas tu :)

    cuba call pipit.

  7. Posted July 11, 2007 at 12:15 pm | Permalink

    hehe..nak pegi..nak pegi gak bleh tak?Ke dah full?
    *baru sehari tak visit blog pakdi dah ade macam2..huhu:)

  8. Posted July 11, 2007 at 12:41 pm | Permalink

    besar dewan persidangan tuu :) call je bro kat web SC tu.

  9. Posted July 11, 2007 at 9:03 pm | Permalink

    apesal cam laen jek layout komen Pakdi… :D

  10. Posted July 11, 2007 at 9:39 pm | Permalink

    baru tambah plugin baru 8)

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It