Oh ya, anda semua tahu di pasaran hadapan, anda berpotensi untuk mendapat keuntungan yang besar dan pada masa yang sama anda juga anda terlibat dalam aktiviti pelaburan yang sangat berisiko?
Pelaburan di pasaran hadapan sangat berisiko sekiranya anda tidak mempunyai pengetahuan yang betul. Baca kembali artikel sebelum ini: Buat Duit di Pasaran Hadapan dan tukarkan hipotesis keuntungan yang diberikan menjadi hipotesi kerugian. Anda rasa adakah anda akan memasuki pasaran hadapan tanpa ilmu pengetahuan yang betul?
Tapi sebenarnya perkara itu common, memandu kereta juga sebenarnya aktiviti yang berisiko tinggi, berapa ramai rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan? Tetapi dengan kesanggupan mempelajari ilmu pengetahuan memandu kereta yang betul, majoriti rakyat Malaysia boleh memandu kereta dengan cermat.
Kalau memandu kereta anda boleh mengambil sedikit masa, tenaga dan wang untuk mempelajarinya bermula dari lesen lembu L, lesen P dan lesen terbang penuh, kenapa anda memikirkan untuk tujuan pelaburan, anda tidak perlu langsung mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk tujuan pendidikan?
Ada beberapa perkara penting untuk anda fahami sebelum terlibat dengan mana-mana pasaran, baik pasaran hadapan atau pasaran-pasaran yang lain.
1. Trend pergerakan harga
Pasaran selalu bergerak dalam 3 bentuk, menaik (bull), menurun (bear) dan sideways. Kebiasaannya trend ditentukan dengan menganalisa chart yang lebih panjang tempoh masanya. Dan anda perlu mengikut trend, dan jangan melawan trend.
2. Keuntungan dibuat sebelum memasuki pasaran
Ya. Jangan terkejut. Keuntungan sebenarnya dibuat sebelum anda membuat sebarang buy atau sell order. Yang dimaksudkan dengan hal ini adalah, anda ada exit strategy yang tertentu yang membolehkan anda mengoptimakan keuntungan dan mengurangkan kerugian.
3. Jangan tamak
Orang tamak selalu rugi. Semudah itu.
4. Disiplin
Anda tidak perlu memasuki askar atau mana-mana badan beruniform untuk menjadi orang yang berdisiplin. Jadi pelabur pun boleh
5. Proses pembelajaran yang berterusan
Jangan berhenti belajar. Ini sikap yang sangat penting. Setiap transaksi yang rugi merupakan pembelajaran yang amat berharga. Hadir ke seminar-seminar, berbual dengan sesama pelabur, membaca buku / artikel-artikel pelaburan perlu dilazimi. Anda mungkin sudah mahir candlestick, tidak salah belajar mengenai Elliot Wave pula. Anda sudah biasa dengan MA Crossover, tidak salah kalau anda belajar mengenai Fibonacci Golden Number pula.
Dan banyak lagi.
Risiko kerugian boleh dikurangkan dengan ilmu pelaburan yang betul
Saya selalu mendengar kisah-kisah pelabur yang rugi sehingga mencecah jutaan ringgit dalam pasaran khususnya semasa krisis ekonomi 1997 dahulu.
Apa yang menarik adalah, mereka melabur tanpa pengetahuan yang betul. Mereka tiada pengetahuan yang mencukupi baik dari sudut ilmu analisa asas atau pun analisa teknikal. Mereka hanya berjual beli berdasarkan hot tips dan laporan akhbar. Bila ditanya mengenai asas pelaburan, mereka tidak tahu. Inilah dinamakan perjudian dalam pasaran saham. Kebanyakan mereka sebenarnya tidak melabur, tetapi berjudi.
Terima kasih kepada anda, pembaca blog pakdi-net. Usaha anda membaca penulisan ini adalah tanda anda bersedia menjadi pelabur yang lebih baik ![]()
5 Comments
Entri yang cukup memberi kesan kepada saya. Selama ini saya tidak pernah terfikir tentang perbandingan pelaburan dengan pemanduan.
Saya memang risau untuk melabur atau bermain saham, walhal selama ini biasa memandu 100 - 150 km/j menggunakan kancil 850 cc tanpa memikirkan sangat risiko (tapi saya ada ambil takaful
)
150km/j guna kanc? hush… takpe, bukan lesen terbang kan?
dalam investment, ramai orang guna lesen terbang je… beli ebook jual sistem sana sini dan pk boleh buat duit sekelip mata.
150 km/j tu sekali sekala je. Masa balik kg, naik highway, masa org rumah tido
orang rumah tido.. hi hi… dah ada anak ni bebaik no bawak kereta balik kg
kang sy pesan kt org umah tu ek.. dlm keta jgn tdo.. kang ade org bw laju ;p