Skim Cepat Kaya: Jangan Jadi Perosak Ekonomi Negara

Filed under Economy & Finance


Anda yang mengikut penulisan di blog ini (tahniah & terima kasih saya ucapkan) pasti maklum skim cepat kaya ada pelbagai bentuk. Ada offline ada online. Ada meniru pelaburan saham, forex, pasaran hadapan, komoditi dan offshore investment. Ada juga yang meniru MLM.

Ada orang cakap:

“Still paying maa…”

“Dari duit tu beku dalam bank, lebih baik aku join, dapat 10usd sehari pun ok apa.”

Tetapi tahukah anda kesan skim cepat kaya ini dalam ekonomi negara? Penyakit dan kesan buruk orang yang ketagih skim sebegini digambarkan dari slogan mereka, “Duduk Diam-Diam Dapat Duit.” Macam main nombor ekor 4D sahaja.

Kaedah paling cepat mempelajari sesuatu

Buat sendiri adalah cara paling efektik untuk belajar. Orang yang tidak pernah memasak, tidak tahu betapa susah, penat dan gembiranya proses memasak yang dilaluinya.

Tetapi dalam kes skim cepat kaya, takkan kita mahu semua orang masuk skim tersebut untuk melihat kesan buruk yang bakal timbul. Justeru, modul atau simulasi perlu dibuat untuk melihat baik buruk kewujudan skim cepat kaya ini.

Sebab itulah Robert T. Kiyosaki mencipta permainan Cashflow 101 & 202 untuk mengajar orang ramai mengenai asas-asas pelaburan tanpa sebarang risiko kewangan yang sebenar. Berapa ramai daripada anda yang ada begitu banyak cash untuk mempelajari selok belok perniagaan, pelaburan saham dan hartanah dan sanggup kehilangan kesemuanya?

(PESANAN: Oh ya, nantikan bengkel Cashflow 101 & 202 yang bakal dianjurkan pada bulan Mei ini)

Maka simulasi adalah cara yang sangat baik kerana ia mampu meniru sesuatu perkara yang kita ingin lihat kesannya dengan hanya meletakkan unsur-unsur sebenar tetapi anda tidak mengambil sebarang risiko yang membahayakan nyawa dan wang anda.

Simulasi Perniagaan

Saya bertuah kerana telah menyertai dan juga beberapa kali mengendalikan kem simulasi perniagaan untuk pelajar sekolah dan juga pelajar IPT. Salah satu modulnya adalah kewujudan skim cepat kaya.

Dan dalam salah satu siri simulasi tersebut, lebih 70% daripada peserta menyertai skim cepat kaya ini. Peratusannya jauh lebih tinggi dari kem sebelumnya. Amat menakjubkan, nak buat skim cepat kaya ni seumpama petik jari aje. Pakai kertas A4 conteng-conteng je dah boleh memperdayakan mereka. Walaupun peserta tersebut orang pandai-pandai, tapi, hakikatnya pengetahuan mereka tentang ilmu kewangan adalah sangat cetek.

Kesannya?

Ekonomi dalam kem tersebut hancur. Ekonomi merudum. Tiada perniagaan. Projek-projek kerajaan lembab. Perniagaan runcit hidup segan mati tak mahu. Tiada kreativiti. Tiada persaingan. Rakyat menjadi lesu. Semua hanya main 5D - Duduk Diam Diam Dapat Duit.

Pengasas modul tersebut pernah sebut kepada saya:

“Di, kalau kamu boleh survive dalam kem ni, maksudnya kamu boleh survive di luar sana.”

Sukar untuk saya gambarkan keadaan dalam kem tersebut apabila skim cepat kaya mengatasi perniagaan yang sebenar. Suasana dan perasaannya lebih teruk daripada modul ekonomi merudum. Kerana apa? Ekonomi yang dijangka mempunyai bull market menjadi sebaliknya!

Amat menakutkan sekiranya majoriti rakyat Malaysia terlibat di dalamnya. Ia boleh merosakkan ekonomi negara.

Akhir Kata

Tiada kata-kata yang lebih baik dalam hal ini melainkan dengan pesanan Sdr Azizi Ali:

“Here, you are either part of the problem or you are part of the solution. If you ‘invest’ in Ponzi schemes (even though the money may be just a token amount), then you are part of the problem. By staying out, then you are part of the solution. “


More Interesting Posts:
Pak Lah Kahwin!
New Pricing Structure for Credit Card User
Saham vs Amanah Saham
Islam suruh umatnya jadi kaya
Majalah Pelaburan Berbahasa Melayu?
Peniaga Ikhlas, Pembeli Ikhlas ?
Dunia Perniagaan untuk budak kurang pandai?

7 Comments

  1. Posted April 19, 2007 at 7:55 am | Permalink

    Hmm.. pakdi, ko keje apa?

    Melayu boleh bergaduh woo pasal skim cepat kaya ni.. mana taknya, ‘pelabur’ SCK ni fanatik beb.

    Kem simulasi tu ko handle ke? Berapa tempat dah buat? rasa macam perlu disebarluaskan kepada masyarakat. Masyarakat yang tak dididik memang parah beb.

    Cuba bayangkan sorang anak yang mengetahui ayahnya masuk SCK (bukan aku, ayah aku dah arwah), si anak tu nak setuju atau tak dengan tindakan ayahnya? sedangkan dalam lapangan lain, ayahnya ok. (si anak ni belum mumaiyiz, makna SCK pun dia tak tahu, yang dia tahu, ayahnya keluarkan duit kepada orang lain dengan harapan orang lain bagi duit pada ayahnya pula).

    Jawapan aku: For sure si anak akan fikir tindakan ayahnya adalah tindakan yang betul.

    Kesimpulan aku: Masyarakat yang tak dididik akan menganggap tindakan mengeluarkan duit kepada orang lain(bukan seperti sedekah) dengan harapan orang lain pula melakukan yang sama adalah satu tindakan yang betul.

    Hahah.. dah aku tersentuh bab sedekah, ni ada satu mentaliti orang tua yang aku kenal ni.. dia ajak officemate aku join Program Sadaqah.
    “Ini ustaz X yang asaskan ni. Dah kaya dia ni”
    “Niat kita nak sedekah, pastu kalau orang lain nak sedekah kat kita, kira rezeki la”
    “Nak sedekah ni nak buat sekolah ugama, jadi tujuan utama kita nak sedekah”
    Kuikuikui, mentaliti orang SCK.. makna sedekah pon bleh putar belit.

    Pakdi: Kerja gua makan dan tido. Hehe… Modul ni bukan modul gua. setakat ni not open for public yet. Gua cuma membantu. yang gua boleh offer skrg is learn the basic through Cashflow Robert T. Kiyosaki punya.

  2. Posted April 19, 2007 at 8:55 am | Permalink

    Pakdi..Jgn lupa jemput aku utk bengkel tuh.. :-P

    Satu Cadangan: Kalo ada masa, cubalah pakdi share lebih detail pasal kem tu. Berminat nk tahu. Tak pon, leh share informasi camna kalo nak join kem seumpama itu.

    Pakdi: Fuad, aku pernah buat bengkel Cashflow dengan harga sgt rendah, tapi ramai buat tak endah je. Terpaksalah aku buat dengan cara ni. Tunggu promotional event diumumkan ye kalau nak dapat harga special. Kem tu… erm.. erm.. kau bukan budak IPT lagi kan? hehe..

  3. al_qamaru
    Posted April 19, 2007 at 12:45 pm | Permalink

    hmm.. cam penah merasa je situasi 2 ;)

    antara punca kem 2 jd g2 sbb kurangnye financial knowledge di kalangan pserta. mostly nk dptkn duit dgn cr yg mudah n cepat.

    alhamdullillah.. company ktorg leh gak survive :D

    Pakdi: Macam ayam ternak, kena tabur dedak baru nak mematuk. itu pun ada yang tak reti-reti lagi :( tapi ada jugak yang sedar lepas kem tu akibat menteri kewangan yang suka tolak proposal diorang. hahaha… dan diorang terus berniaga aiskrim di IPT!

  4. impax
    Posted April 19, 2007 at 12:55 pm | Permalink

    “Duduk Diam-Diam Dapat Duit.”?

    ha, saya tau skim ape yg suke cakap macam tu..
    tapi diorg lagi terror pakdi. pakdi baru 5D, diorg 7D!
    rasanya bunyi dia mcm ni

    Doa-doa Duduk Diam-Diam Dapat Duit

    lagi kelasssss!!!

    Pakdi: Haah, lupa. ada juga 7D. Bukan Doa-doa je, Doa-Dhuha[solat]-Duduk-Diam-Diam-Dapat-Duit ;)

  5. Posted April 19, 2007 at 9:18 pm | Permalink

    Untuk budak IPT plak.. Nnti aku soh adik aku pegi. Camne nk attend kem tu?

    Pakdi: Adikmu IPT di Selangor atau mana-mana area lembah kelang?

  6. Posted April 20, 2007 at 9:20 am | Permalink

    Adik aku study kat UKM. Boleh tak?

    Pakdi: Kalau UKM Bangi cantik lah tu. Nanti bila event di UKM aku gitau.

  7. Posted April 20, 2007 at 6:47 pm | Permalink

    waaaaaaaaaaa…. gitu sekali yer? nak cepat kaya punya pasal …

    Pakdi: ya, itulah kelebihan menyertai simulasi

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It