Penyakit moden seperti kanser, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, hypertension, depression dan sebagainya tidak datang sekelip mata. Kebanyakannya berpunca dari sikap kita sendiri mengabaikan perkara yang kita anggap kecil.
Bersarapan pada waktu pagi.
Bersenam 3x kali seminggu.
Minum air kosong 8 gelas sehari.
Hubungan kelamin suami isteri 1x seminggu.
Komunikasi berkesan bersama keluarga.
Malah dalam Islam, ada beberapa sunnah yang baik untuk kesihatan.
Tidur Qaillullah
Qiyam Al-Lail
Puasa Isnin - Khamis
Gosok gigi
Senyum ![]()
Membaca al-Quran dengan tajwid yang betul
Begitu juga dengan pengurusan kewangan anda. Ramai daripada anda, (termasuk saya) tidak begitu berkira dengan duit 1 sen. Siapalah perasan 1 sen hilang dari kocek kan?

Kalau anda tidak menghargainya, ada pihak yang mahukannnya dari anda !!!
Tetapi adakah anda sedar, bank, sebuah entiti perniagaan berbilion ringgit, tidak boleh tidak, penyata kewangan mereka mesti seimbang. Jangan ingat kakak-kakak dan abang-abang di kaunter bank tu boleh short duit walaupun 1 sen. Anda?
Perbezaaan utama Cashflow 101 dan Cashflow versi elektronik adalah, permainan Cashflow 101 versi offline mengajar anda kepentingan menjaga penyata kewangan anda sendiri dengan terperinci. Anda perlu kira sendiri duit keluar masuk. Anda perlu seimbangkan sendiri. Anda perlu ada auditor yang membantu. Setiap deal perlu dicatat dan ditulis.
Ia sangat berbeza dengan versi elektronik apabila ia sudah banyak dibantu oleh komputer. Anda tidak akan begitu mempelajari dan menghayati fungsi income statement dan balance sheet seterusnya konsep passive income dan monthly cashflow dalam Cashflow 101 versi elektronik.
Ramai daripada anda tidak begitu mengambil berat urusan ini, kerana menganggapnya ia adalah perkara kecil.
Perkara kecil sebegini akhirnya bernanah dan membentuk sakit kewangan yang serius apabila anda tidak berdisiplin, khususnya dalam penggunaan kad kredit. Dan kemudiannya terjebak dengan pinjaman along dan skim cepat kaya.
Sekiranya anda hanya membaca al-Quran satu mukasurat sehari sekalipun, anda akan khatam kira-kira 6 kali dalam tempoh 10 tahun (mengikut Resam Uthmani).
Bayangkan kalau anda menyimpan RM 5 setiap hari selama 10 tahun. Bayangkan anda membaca 1 muka surat sehari buku-buku kewangan. Bayangkan anda membaca blog ini satu kali seminggu! (Tahniah, kerana anda memang melakukannya!) Bayangkan anda menghadiri seminar kewangan sebulan sekali?
Apakah kedudukan kewangan anda 10-15 tahun akan datang sekiranya perkara semudah ini diamalkan dari sekarang? Pernahkah anda memikirkannya?
3 Comments
aiseh.. kerap gak ni aku abaikan benda2 ‘kecil’..
hmm..
Pakdi: Hati-hati…
Nampaknya tak sia-sia aku kumpul duit 1 sen..pada mulanya untuk perhisan aje. Ada berbagai-bagai jenis balang aku simpan..hehehe..
Nak tanya cam na nak dapatkan cashflow 101… teringin sangat nak main
Pakdi: Saya pun ada jugak simpan duit 1 & 5 sen. tapi belum sampai berbalang-balang lah. hehe.. Cashflow 101 nak dapatkan di Malaysia agak payah. Tapi kalau nak main cashflow boleh hubungi saya.
kekek..menarik gak ni..aku mmg very particular with my money..even 1 sen pun aku akan track balik duit aku..every night i will update my financial using Microsoft Money..then..balance kan dgn budget aku..whether dah terlebih ke tak budget utk minggu tu..
Pakdi: Bajet kau terlebih tak nak join Cashflow ni… haha… ? er.. dah tau combinekan income statement dan balance sheet kau?