Baca:
1. Cecah 1,298.36 mata — Indeks komposit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun
2. KLCI looks poised to beat the all-time high set in 1994
Soalan:
Ada 2 kemungkinan sebab kenapa berita sebegini keluar. Anda boleh menjawab 2 kemungkinan sebab berikut dalam ruangan komen. Kalau anda tahu sebab-sebabnya, anda akan selamat daripada menjadi mangsa jerung.
Hadiah:
Siapa yang boleh menjawabnya akan menerima prepaid Borders gift card bernilai RM 30. Boleh beli buku di Borders dengan harga diskaun tuu… dan hadiah ni untuk seorang sahaja. Tukang jawab yang paling pantas dan paling betul.
Tips:
Pengarah Eksekutif Urus Niaga Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli berkata, para pelabur runcit juga kembali memasuki semula pasaran menyertai pelabur-pelabur institusi selepas ‘kerugian’ pada 28 Februari lalu apabila Bursa Malaysia menjunam disebabkan hasil urus niaga bawaan mata wang yen di Jepun.
Bak kata seorang bekas broker berpengalaman yang saya jumpa tempoh hari, “Kita ni bukan jerung. Jadi kena tahu macam mana nak berenang dengan jerung.”
p.s. Memang sudah dijangka KLCI akan mencecah sekitar 1300 mata sebelum bergerak ke arah yang dikehendakinya semula
p.p.s. Banyaknya tips jawapan sudah dibagi daa…
24 Comments
hehe.. kuiz lg ek. xde org jwb lg ke pakdi yg x kuarkn lg. hmm.. nk try ar.
Pakdi: 1st come 1st serve. Siapa cepat dan tepat dia dapat.
pilihanraya?
Pakdi: 2 sebab dude. Salah! next
huhuhu.. ntahlah..
distribution time?
Pakdi: Kau tau jawapannya, cuba bagi jawapan proper dan lengkap sikit. ada 2 kemungkinan.
next..
hmm.. sbb jerung tgh cr mangsa.. once crowd think that market will go up.. it will turn d other way around.
Pakdi: Hm.. idea dah ada tapi kurang tepat.
haha.. btul ke?
ala.. kurang tepat lak. kira btul ar point 2. sy x reti nk elaborate. hehe
Pakdi: No… no… Ini adalah antara prinsip yang penting. Understand the principle, di luar dunia saham pun boleh apply.
erm…as you mentioned above, perhaps the news adalah untuk regain the small investors’ confidence in investing in KLSE after RM149 billion losses sufferred by them at in February.
Satu lagi reason, mungkin sebab untuk back up PM’s statement right before kejadian kerugian KLSE itu yang KLCI akan cecah 13++ pts dan akan beat the history made in 1994…
ntah….suke bace pasal business, tapi pasal business analysis ni nak kena brush up lagi, hehe..
Pakdi: Wah tak sangka asne! minat benda ni… senyap2 je… ada jawapan asne yang agak tepat, tapi sebab nak dua-dua reasoning yang tepat, so sila cuba lagi
ek? jap.. sy pk lg.. hmm..
Pakdi: Tak rugi pk…
utk menunjukkan pasaran saham sudah stabil dan akan terus stabil pada masa hadapan berdasarkan track record serta target yang dikira sudah dicapai dlm masa 13 tahun. Pasaran yg dipaparkan stabil akan menarik perhatian pelabur baru utk melabur. Pelabur-pelabur ini akan dimanipulasi utk mencapai kehendak pelabur-pelabur utama yg sudah berada didalam permainan. Ini akan menambahkan nilai saham-saham utama. Para pelabur baru akan ditunjukkan senarai saham-saham paling stabil (yg dikira akan menentukan arah pasaran saham).
Bole ke jawapan mcm ni?
Pakdi: Hehe.. ini ayat analyst, macam asne! . kalau dapat baca dari investor point of view, akan dapat jawapannya. cuba differentiate 2 reasons tu, bagi ayat yang direct to the point lagi. keyword dia dah dapat. cuba perhalusi jawapan lagi
try lg ek.. salah pn xpe.. suke pk..
sy rs kembali kpd basic of market.. supply n demand. tujuan news 2
1- nk tarik plabur masuk as a SUPPLY
2- nk penuhi DEMAND plabur2 yg sedia ada
Pakdi: Ada istilah lain yang lebih tepat dan tak berapa nak jelas jawapan ni
hehe…bolehla skit2…kalau perasan blog asne! untuk january and february kebanyakannye tulis pasal business, tp dah delete dah entry2 tu…heh… sbb tu sume personal opinion..belum time untuk share lg kot…kene cukupkan ilmu dulu =p
mmg best sangat2 pasal business & corporate, asne! suke bace…politics, walaupun related, asne! amek tau skit2 aje =)
anyway, looking forward to the answers!! =) Go Pakdi Go!
Pakdi: Kenapa cepat sgt delete? Tulis je
nak tunggu jadi professor baru menulis, takde sape yang tulis akademik jurnal tau. asne! tak mau jawab lagi?
oklah, aku jawap proper (macamlah aku tau jawapan sebenar
)
kemungkinan 1
pilihanraya: mengikut rekod2 sebelum ni, paklah ada buat ramalan. jadi ramalan paklah mesti tepat supaya tidak hilang kredibiliti. lagipula, market yang uptrend adalah penunjuk ekonomi yang baik yang mana perlu bagi current gov untuk menghadapi pilihanraya.
kemungkinan 2
distribution period: pelabur professional telah habis accumulate. now it’s time to distribute. the great way is to make it public that it’s okay now to jump into the market. no buyer, no sale, right?
Pakdi: Kan gua dah kata kemungkinan 1 tu salah. benda tu noise je. hehe… kau dah hampir .. cuma idea kau tak teratur. kau dah sebut keyword2 dia. kalau kuiz gua ni google adsense, kau dah dapat USD 50 kot utk setiap keyword tu. Dalam TA ada sebut, Warren Buffet pun ada sebut.
oh, election kira salah ler.. hmm.. apa yer.. sebab sepembacaan aku, every four years, ekonomi naik, then habis jer election, bila-bila masa bleh merudum, the gov tak kisah sebab voters tak leh balas dendam.. hahaha..
hmm.. TA dan Warren Buffet penah sebut.. kena fikir ni…
//nescaya aku akan tepuk dahi selepas pakdi bagitau jawapan.. huhuhu..
Pakdi: Tepuk dahi sebab “dah agak dah?” hehe…
ermm…bolela, one more try b4 balik rumah.. tapi mesti salah punye, heh.
ermm…kene buat cam2, sbb kalau nak make sure further growth, market perception kene balance dgn market condition…or else, susah KLCI nak go higher…
Pakdi: Hehe… tamau belajar main saham ke? cara jawapan mcm ada basic understanding about market. ni belajar law ke economy dulu?
idea betul, tapi tak complete.
Assalamualaikum
Saya pon nak try lah..Salah tak kena denda kan ?
Pasaran kita masih dikuasai oleh pelabur instituisi sama ada dari luar atau dalam negara kita sendiri. Dan mereka nih belum take profit secara besar-besaran lagi. Ada lagi kemungkinannya yang lain tapi yang ini rasanya lebih sesuai. Agak-agak je….
Sekian terima kasih
Pakdi: Yang kemungkinan lain tu?
kalau nak hadiah tu kena jawab soalan dengan lengkap, tapi apa yang Zam jawab tu memang ada disebut oleh CEO Bursa sendiri
tapi adeke kemungkinan correction pada CI? bila dah start distribute dan trader start ambik untung for sure indeks akan jatuh kan? em nilai ringgit yang kukuh tu sebenarnye sebab ekonomi US yang jatuh ke atau ringgit yang kuat? hem saya dok musykil…
Pakdi:
1. I stand corrected dengan respon terdahulu. CI correction always have possibility for this time being.
2. nilai ringgit kukuh atau USD yang lemah, tu saya pun tak pasti.
3. indeks jatuh tak jatuh tu tengok SIAPA yang ambik profit taking, kalau saya yang ambik takde nye jatuh…
4. tak nak cuba jawab soalan ke?
hehe.. tak reti la pakdi.. aku tak baca lagi buku2 saham nih.. banyak baca buku bisnes jer.. tapi takper.. nanti aku terai pk.. baru nampak soalan nih..
internet kat rumah den ni ha dial up.. memang lombap.. haha.. so sekali sekala aje den online.. maleh nak bazir masa tunggu page load.. hehe..
okeh.. nanti dah dapat jawapan aku answer kat sini.. salam
Pakdi: Nama je soalan saham, tapi soalan ni berkait dengan business principle jugak
u can apply the principle anywhere
kemungkinan 1 tu aku cuba ganti dengan
regain small investors’ confident
Pakdi: Yeah! Ada pun pemenang.
Istilah yang gua nak dengar adalah 1. accumulation 2. distribution
Cuba je la jawab.. Pakdi kata xrugi pn cuba.
jwpan pertama 1. Tekaan mengikut tips tu.
Berita tu keluar kerana untuk menarik minat dan menyakinkan pelabur kepada pasaran saham skang ni dan sedikit sebanyak dapat menghilangkan pengaruh kejatuhan hari tu. Oleh tu pelabur akan lebih berani untuk laburkan duit. Akan lebih yakin dan secara tidak langsung lagi ramai pelabur masuk. Jadi pasaran akan jadi lebih rancak. Walau anak ikan sekalipun kalau dah berjuta anak ikan kan ke banyak.
2. Xtau la teka je.
Apabila kenyatan seperti itu keluar para pelabur akan berasa lebih selamat untuk melabur dengan itu kemungkinan pelabur akan pegang pegangan saham mereka dengan harapan mendapat capai paras tertinggi keuntungan. Sampai terlupa jerung ada menati. Tunggu masa je.
tambahan.. Media berita ni pn dia ikut kata ** gak.. Tp kalau bgus untuk ekonomi apa salahnya. Mempengaruhi..
aku hentam. je.. Xkena tarik telinga pn lau salah.. hehe
Pakdi: Apa beza jawapan 1 & 2? rasa cam sama je
hehe.. Tahniah en.aku
tak reti nk jawab.. hehehe.. yeke sebab nak dekat pilihanraya?
Pakdi: bukan. En. Aku dah jawab
Yahoo! TQ Pakdi
hehehe.. pasni korang kene gelar aku Mat Quiz dan Pertandingan sebab aku memang minat pertandingan kuikuikui..
apa kata pakdi buat satu post how significant the news effect the market? pastu what’s to look in the news to ‘read between the lines’?
Pakdi: Patut kau jawab tak berenti. haha.. gua baru nak ulas jawapan kau tu dalam next post. sabau lee.
congrate ye enaku
istilah 2 rupenye yg dkehendaki.. hehe.. jwpn dlm ym
Pakdi: En Aku pun jawab byk kali…
alamak terlepas plak soalan kuiz ni… tapi cam tak reti jwb lah pulak…hehe…
One Trackback
[...] 1. Prepaid Borders Gifts Card worth RM 30 to En. Aku [...]