Majlis Fatwa Kebangsaan akhirnya mengeluarkan satu fatwa mengenai “pelaburan internet”. Tapi saya memohon agar istilah ini diseragamkan kerana ada yang menulis seperti di Utusan Malaysia dan RTM sebagai “pelaburan saham melalui internet.”
Dush. Sekarang memang ramai orang beli saham melalui internet. Online brokerage company. Moga bila istilah ini diseragamkan, orang ramai terus dapat membezakan pelaburan yang sah disisi undang-undang dan pelaburan yang menipu.
Apa yang haram tu adalah skim cepat kaya yang menggunakan istilah-istilah pelaburan untuk mengaburi mata orang ramai.
Fatwa tidak menyelesaikan masalah
Cara terbaik membanteras pelacuran, bukanlah menangkap para pelacur. Tetapi saya tidak lah kata boleh jadi pelacur tu, hukum menjadi pelacur tetap haram. Membanteras itu perlu, tetapi ada cara yang lebih baik iaitu mengenal pasti punca kenapa ada orang kena jadi pelacur.
Begitu juga dalam hal “pelaburan internet” (oh, saya tidak suka istilah ini, lebih baik baik ditambahkan skim cepat kaya - pelaburan skim cepat kaya di internet). Tak salah nak keluar fatwa, sebab kalau dah menipu orang, memanglah haram dan berdosa.
Bagi saya cara terbaik adalah mengenal pasti punca kenapa orang menyertai skim-skim penipu tersebut? Fatwa semata-mata tidak mampu membanteras pelaburan skim cepat kaya di internet ini. Apa yang berlaku hanyalah kesan dari masalah yang sebenar.
Mencari Punca
Kenapa Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan satu fatwa. Jawapannya agak mudah, sudah tentu kerana ramai orang Islam yang terlibat di dalamnya. Justeru punca-punca utama yang saya rasa barangkali menyumbang adalah:
1. Jahil dan bodoh
Orang kita (orang Melayu la tu) nak kaya, nak dapat duit lebih tapi mereka tak tahu cara yang betul untuk mendapatkannya (hoho.. siapa suruh tak nak main Cashflow). Dah lah jahil dan bodoh, tak mahu pergi belajar pulak tu.
Bagi siapa yang rajin menghadiri siri ceramah percuma anjuran Suruhanjaya Sekuriti, atau datang ke Asian Trader & Investor Convetion 2007 (ATIC) tempoh hari anda dapat lihat ramai auntie-auntie dan uncle-uncle dengar ceramah pelaburan saham yang betul. Di mana pakcik-pakcik dan makcik-makcik kita?
2. Delivery System Government
Bila saya tulis isu ini, orang yang pro-gomen akan kata saya ni pro-pembangkang. Hei dengar sini, inilah masalah grassroot yang orang pro-gomen kena dengar. Tetapi itulah hakikat dalam delivery system kerajaan yang masih banyak perlu diperbaiki.
Siapa daripada anda yang pernah memohon bantuan daripada agensi-agensi kerajaan? Baik pinjaman ke, nak menyewa tapak kedai dan pejabat ke dan sebagainya. Anda sendiri tahu birokrasi dan kelembapannya.
Peniaga kecil tiada harta yang banyak, yang kau menyusahkan diorang kenapa? Duit yang diorang nak pinjam tu adalah duit cukai orang ramai, dari kau orang membazir buat itu ini, lebih baik mudahkan bantuan peniaga-peniaga kecil dan graduan-graduan menganggur.
Mereka tidak kenal Datuk Menteri. Mereka tidak kenal orang dalam. Mereka juga bukan orang pembangkang, tetapi cuma tidak mahu isi borang UMNO. Mereka adalah rakyat biasa yang baik. Yang tidak pernah melawan kerajaan. Tetapi mereka inilah yang paling susah nak dapat bantuan untuk berniaga.
Ini belum campur isu pengurusan wang zakat yang berjuta-juta tetapi masih ada rakyat Malaysia yang makan siput babi dan nasi berlauk garam! Ini juga belum campur isu tol dan minyak yang menyebabkan ramai orang terdesak.
Fenomena Pelaburan Skim Cepat Kaya Internet adalah Kesan
Bagi saya 2 perkara ini adalah punca utama kenapa ramai orang terlibat dalam pelaburan skim cepat kaya internet. Masalah ini yang perlu dibanteras sehabisnya, dan satu fatwa tidak boleh menyelesaikan kesan dari masalah ini.
Isu along adalah kesan masalah utama yang tersembunyi. Isu bohsia, bohjan, mat rempit. Semua adalah hasil dari masalah dasar yang tidak diselesaikan. Semua orang perlu memainkan peranan.
Sekiranya satu fatwa / satu hukum boleh menyelesaikan masalah, nescaya Muhammad b Abdullah tidak perlu bersusah payah berdakwah agar penduduk Tanah Arab semua mengenal Islam.
Ada cara lain yang perlu menyusul segera untuk membanterasnya.
Baca:
1. Majlis Fatwa haram pameran hantu, pelaburan internet
2. Pelaburan saham melalui Internet haram – Majlis Fatwa
3. Bincang di BicaraJutawan
16 Comments
Assalamualaikum
Pakdi,
artikel nihh saya suka. Tapi keras sangat tuhhh. Hee..heee..
Faham-faham je lah negara kita nihhh…. Cakap tak serupa bikin…
Teruskan…semoga ada yang tahu kisah yang sebenarnya.
Pakdi: Memang orang yang join skim cepat kaya tu salah. Tapi punca utama juga perlu dibanteras. kalau tidak sampai 2020 pun ada juga masalah ini dalam skala yang besar
orang kita juga yang rajin join… masalah tu. jadi kena la keras sikit biar sedar.
setuju ngn pakdi.. akar umbi tu yang patut kita kaji.. bukannya yang atas2 nih.. kalau yang atas2 je yang kita ambik peduli maka sampai bila pun takkan selesai masalah..
Pakdi: hati-hati nak bersetuju dengan artikel ni. zam kata keras sangat.. hehe…
dah berjaman kita bgtau kat org ramai skim cepat kaya punya bahaya tp masih ramai yg join.tu belom kire lg yg jd fanatik terhadap skim yg disertai.Semua mahu dptkan pulangan berganda dgn cepat tanpa mengetahui bhw skim tersebut mmg tak masuk akal.Nak kata rendah tahap pendidikan,org yg title profesor dan pensyarah pun bole terjebak jugak.Semuanya gelap mata bile dengar pulangan sampai beratus persen dlm masa yg amat singkat (satu lg cara nak dpt camtu adelah dgn menjual dadah dan buat sindiket jenayah cth. pelacuran tp tu la kan…skali buat mmg sengaja menempah tiket ke neraka la agaknye).
Pakdi: Bersyukurlah kerana kita tergolong dalam golongan tersebut.
Harapkan pagar, pagar tak boleh harap! Dah terantuk baru nak terngadah…..slow betul!
Pakdi: er.. pagar yang dimaksudkannnya siapa?
komen di atas berbau marahkan mufti. mufti mengeluarkan fatwa setelah melakukan kajian mendalam. sebab fatwa yang dikeluarkan akan diguna pakai oleh rakyat awam.
atas diri kita pula, berfikir sebelum melabur. tak perlu tunggu mufti pon bleh hidu skim2 busuk tersebut. atau mungkin terdapat manusia yang membesar tanpa deria baik dan buruk? atau arab kata, belum mumaiyiz?
pandangan sy pasal kes ni.. stiap pihak kena jlnkn peranan masing2. as mufti.. dorang dh kaji sdlmnye n hasilnye dorang kuarkn fatwa mharamkn plaburan skim cepat kaya di internet. hopefully pasni pihak government pn leh wat kajian n btindak dr sudut dorang. cam pakdi kata.. cr punca n cube atasi masalah ni. kte as a muslim lak.. spttnye mjauhi sume jenis plaburan yg mnipu ni. byk lg cr nk jd kaya.. nk dgn xnk je
saya suka cara penyampaian mengenai nya. “pelaburan internet” bunyi macam umum. apa kata “pelaburan skim cepat kaya internet” mungkin ia sesuatu.. cuma kita dimomokkan dengan “pelaburan internet” oleh skim seperti ini.
betul pakdi saya memang setuju..
ramai di antara kita asik nak salahkan orang2 ni join skim cepat kaya tapi mereka tidak mahu lihat apakah punca di sebaliknya.. punca itu yang patut diselesaikan (delivery system govt).. kejahilan tu pun disebabkan oleh mentaliti masyarakat.. orang melayu.. nak mudah kaya.. camne nak ubah tu.. kenalah sama2 kita fikirkan.. dan mainkan peranan kita setakat yang kita mampu..
fatwa yang dikeluarkan adalah penting juga tapi, susulan daripadanya adalah lebih penting.. bagaimana nak pastikan fatwa tersebut dapat dipatuhi oleh semua pihak.. dengan menangani masalah berkaitan dari akar umbi..
Pakdi: Kalau masing-masing buat kerja, punca itu dapat diatasi juga
teringat ceramah sorang ustaz satu masa dulu.ceritanya,rumah kita selalu kotor disebabkan habuk yg jatuh ke lantai.walaupun hari-hari sapu,habuk tetap ada hingga kita buntu.
cara terbaik nak kurangkan masalah habuk ni ialah cari punca dari mana datangnya habuk tu.cuba lihat dibahagian atas rumah.periksa siling. mungkin byk habuk kat situ hingga menjadi sawang.bila dah banyak sgt, habuk tu akan jatuh kebawah.kita pun hanya sapu dan sapu.
sampai bila pun masalah ‘habuk’ ni takkan selesai klau kita tak bersihkan bahagian yg ‘atas’ tu….
Pakdi: Menarik lah analogi ni
Akum..
First sekali, saya setuju sgt ngan pakdi kali nih…
Saya setuju tindakan Mufti mengharamkan “pelaburan internet”
Saya setuju bahawa pelaburan internet hanyalah “kesan”, dan tak berkesan kita mengubat sesuatu “kesan”, lebih baik kita ubat puncanya..
Saya juga setuju bahwa 2 perkara yg disebut adalah antara punca2 utama.
Sesungguhnya, ” Melayu “Kuno” Mudah lupa ” .. sbb ada 2 jenis melayu: “Melayu Kuno” yg disebut oleh Tun, dan juga “Melayu Baru”: Jenis rare yg susah nak kesan, tapi banyak bertaburan sebenarnya.. hehehe
anda Melayu mana??
ps: saya Melayu Jawa.. hehehe
Pakdi: Kita adik beradik sejawa rupanya… hehe
Pakdi, saya setuju dengan kenyataan pakdi ni. Tapi kalau kita persoalkan fatwa ni, bagaimana dengan fatwa lain yg telah keluar termasuklah hukum2 yg jelas haram, tapi kenapa masih ada yg murtad, minum arak, seks bebas, zina, tak solat 5 waktu dan lain-lain?
Jawapannya, semua itu bergantung kepada diri sendiri empunya badan itu juga walaupun pihak kerajaan / pihak berkuasa melakukan mcm2 tindakan selain mengeluarkan fatwa.
Bagi saya, fatwa adalah salah satu cara, BUKAN penutup atau titik noktah untuk menamatkan riwayat PELABURAN SKIM CEPAT KAYA INTERNET ni. Mereka2 yg terpengaruh terutamanya perlu dididik, ditarbiyah dan byk lagi cara lain walau fatwa telah dikeluarkan. Saya harap juga, pihak yg berwajib tak goyang kaki walaupun fatwa dikeluarkan sebab bagi saya ia hanya starting point untuk kita mula bertindak lebih jauh.
Thanks pakdi atas infomasi / ‘kritikan’ membina ini terutama penggunaan istilah PELABURAN INTERNET (saya pun x suka).
Wassalam.
Pakdi: Ya… Pendidikan mengenai asas-asas kewangan yang betul mesti diteruskan. skim cepat kaya akan wujud selagi mana ada manusia yang jahil dan tamak.
Anda semua harus faham bahawa yang dimaksudkan dengan pelaburan internet tu tentunya lah yang berunsur skim cepat kaya dan tidak jelas mana datangnya pulangan yang ditawarkan tu. Ada 2 kesalahan besar dalam pelaburan internet tu
1. Penipuan - kebanyakannya claim kata dari luar negara, tetapi hakikatnya pengendali web tersebut adalah dari negara kita Malaysia. Semua data-data ada ditangan polis sekarang.
2. Pengambilan deposit - Semua pengendali web skim ini tidak ada kebenaran untuk menerima deposit wang dari orang ramai. Ia adalah satu kesalahan dan Bank Negara sedang meneliti data-data pengendali web tersebut.
pada pandangan saya Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM telah menjalankan peranannya sebaik mungkin. Bagi saya pandangan tersebut telah merungkai persoalan yang timbul dalam isu ini. Ini kerana kedapatan ramai manusia yang mahu bercakap soal agama walhal mereka tidak alim dalam perkara tersebut. Ijma’ para mufti harapnya dapat menjadi garis panduan kepada kita semua. Banyak lagi isu yang masih berlegar yang ada perkaitan dengan hukum syarak umpamanya isu MLM, EM- Pay dan sebagainya. Maka dalam soal agama, adalah selayaknya kita memberikan kuasa kepada para ulamak meletakkan keputusan. sebagai orang adalah wajib kita patuh kepada Ijma para ulamak. Ijmak merupakan masdar hukum. Maka kewajipan kepada kita semua untuk menyebarkan dan juga mempelajari ilmu fiqh muamalat ini. Kita ada ahli dalam bidang ini umpamanya Dato’ Hassan Ahmad Mufti Penang, Dato’ Hashim Yahya, Hj. Saleh Ahmad, Dr Daud Bakar, Dr. Mohd Ariffin UIA, Dr Aznan, Prof Azmi UIA, Ust Zaharuddin etc.
Pakdi: Fatwa adalah fatwa dan usaha memberi kesedaran memberikan pengetahuan yang betul adalah usaha yang berlainan pula.
saya berpendapat keputusan Muzakarah Fatwa tersebut cukup tepat dan telah menjawab setiap persoalan yang timbul sebelum ini. Dan saya rasa para Mufti telah mengemukakan satu pendirian yang tegas dan sekali- kali tidak berkompromi dengan riba. Sudah jelas riba dan ghararnya pada skim pelaburan cepat kaya tersebut. Dengan menggunakan kajian kes kepada Swisscash, setelah dikaji maka skim ini ada unsur riba dan ghararnya. Maka dengan itu, mana- mana skim pelaburan lain yang ada unsur-unsur ini pun dianggap haram sama seperti hukum ke atas Swisscash. Inilah method qiyas tuan- tuan.Sesungguhnya telah Ijma’ para Mufti di dalam menangani isu ini. Ap tunggu lagi tuan- tuan puan- puan….Marilah sama-sama kita berhijrah kepada sistem yang diredhai Allah. Jangan berdalih lagi. Adakah kita sanggup mati bertemu dengan Allah dalam keadaan kita menjadi pemakan riba. Nauzubillah. Ayuh kita gerakkan pendidikan ini.
Pakdi: Dalam tempoh 10 minit, sdr azmi mahmud dan sdr hasni ahmad memberikan komentar dari IP address yang sama 60.52.103.182
Kita tidak boleh mengambil mudah isu ini. Sekadar niat dan kata hendak memajukan ekonomi muslim, tetapi kesedaran yang ada hanyalah untuk diri sendiri? Bersyukurlah kita dikurniakan akal, ada ilmu, ada pengetahuan, ada pengalaman walaupun semuanya cetek-cetek belaka, tetapi di mana rasa tanggungjawab kita terhadap saudara sesama muslim di luar sana tu yang mungkin tidak pernah bersekolah, yang tiada ilmu, yang tiada pengalaman, yang hidup segan mati tak mahu, yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang tu?
Sebab tu pagar yang diharapkan mesti laksanakan amanah masing2. Siapa pagar tu ya? Berbau mufti? Ye betul, atas perkara yang jelas haram kenapa hendak dikaji2, sedangkan ruang untuk yang dikatakan mungkin
halal tu tak wujud sama sekali? Government…ada bau ke tidak? Banyak sangat dah tidak perlu diulas. Pagar yang terakhir adalah diri kita sendiri. Itu pun kalau ada akal, ilmu, etc…kalau tidak ada mcmana?
Sebab tu tidak wajar bagi yang ada akal, ilmu dan etc ni untuk condemn dan menyalahkan orang yang kurang/tidak bernasib baik sehingga terjebak ke dalam gejala sosio-ekonomi yang durjana tu! Kita rasa diri kita selamat sbb dapat hindarkan diri dari Skim Cepat Kaya ni, dan perkara ni akan berakhir begitu sahaja?
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
Pakdi: saya dan rakan-rakan cyber yang faham mcm shuth, smartusaha dan lain-lain sedar tentang fenomena yang merosakkan ini. Malah kami telah lama menulis tentang bahaya skim cepat kaya di blog-blog dan forum-forum. kami hanya buat apa yang mampu.
mengenai mufti / kerajaan terlambat itu di bidang luar kuasa kami, walaupun lambat, tapi sekurang-kurangnya mereka mengkaji dan bertindak jua, salah seorang rakan saya yang membantu para mufti mengeluarkan fatwa ini juga memberitahu terlalu banyak yang perlu dikaji sebelum keputusan diambil. mereka bukan seperti kami yang menulis di blog, amanah mereka lebih besar dari kami, justeru tindakan tidak boleh diambil sembrono.
spt mana yang telah saya tulis, hal ini perlukan kerjasama semua pihak. fatwa tidak menyelesaikan masalah. semua pihak perlu mengambil peranan masing-masing. dan kita semua mmg benar-benar berharap agar fenomena ini dapat dibendung segera.
Saya bersetuju dengan artikel ini. Penyakit ingin cepat kaya tidak harus menjadi budaya masyarakat kita. Sebab penyakit ni lah, program2 investment seperti ini mendapat sambutan. Nak tanya Pakdi sikit, kalau dalam kes skim cepat kaya internet sbb pengharamannya ialah pulangan tetap yang disifatkan riba, bagaimana plak dengan FD yang di lain forum pakdi seperti menggalakkannya.
Pakdi: Fixed Deposit adalah akaun Simpanan Tetap, dan skim Islamic FD dikenali sebagai akaun pelaburan Mudharabah. Kebanyakan bank sudah mempunyai kedua-dua jenis akaun FD, konvensional dan Islamic. Saya menulis di blog ini untuk memberitahu apa instrumen kewangan yang wujud utk pengetahuan pembaca blog ini, dan sama sekali tidak memberi sebarang nasihat pelaburan yang spesifik. Hal tersebut mesti dirujuk kepada professional sebelum anda semua memberi keputusan melabur di dalamnya.