Halangan Berniaga: Fear of Humiliation

Filed under Business, Motivation

Tahukah anda kenapa anda enggan berniaga? Anda takut dihina. Tidak mahu dikutuk. Enggan diperli. Susah menerima kritikan.

“Penat-penat ambik degree 5 tahun, kau jadi penjual burger je?”

“Ek eleh, jual ebook tu macam bagus je.”

“Peniaga ni penipu je semua. Harga semua mahal.”

Ya. Saya faham. Anda manusia. Anda mempunyai maruah. Anda mempunyai emosi. Kenapa anda perlu membiarkan diri anda dihina sekiranya ada jalan lain untuk meletakkan diri anda dalam ‘class’ tersendiri? Bukan begitu?

Yelah, bila jumpa member-member lama, semua dah pakai kereta baru, business card hebat-hebat, jawatan nampak gempak, pakai tali leher, baju kot, smart. Anda?

“Nak kena buat sales sampai jumpa 10 orang sehari? Ishk. Ntah-ntah kena kutuk lagi.”

“Kalau aku bawak teksi ni, kang member ofis naik, malu je.”

Saya pelik, ramai daripada anda malu untuk memulakan sesuatu perniagaan atas sebab yang remeh temeh. Seolah-oleh berniaga itu satu perkara yang haram. Seolah-oleh menjadi peniaga itu adalah perkara yang menyalahi undang-undang agama & negara.

Betul, manusia ni ada banyak jenis. Jenis yang memaki hamun ada. Jenis dengki ada. Jenis pemarah ada. Tapi jenis yang baik-baik itu lagi banyak. Sekiranya anda berniaga dengan cara yang betul, dari 10 pelanggan, belum tentu ada 1 pelanggan yang akan memaki hamun anda. Tetapi dalam 100 pelanggan, sudah pasti ada 1,2 pelanggan yang tidak berpuas hati. Itu perkara biasa. Kenapa ambil pusing sangat dengan 1,2 pelanggan yang marah-marah, berbanding 99 pelanggan yang memberi sokongan kepada kita?

Anda juga berasa risau apabila anda berniaga kelak, perniagaan anda jatuh dan orang mula mengutuk anda. (Aik, belum berniaga dah fikirkan kejatuhan?)

“Itulah, siapa suruh berniaga.”

“Kan Mak Long dah suruh kau kerja dulu, sekarang kan dah susah.”

Perniagaan memerlukan anda tebal telinga. Kena kutuk, perli itu perkara biasa. Kenapa perlu dengar cakap orang lain kalau anda sudah ada rancangan tersendiri? Biarkan sahaja.

Ingat, duit ini ibarat gula. Kalau anda belum berjaya, tiada siapa yang pedulikan anda. Tetapi apabila anda sudah berjaya, semua orang mengaku bersaudara.

Lawatan: Budak sekolah yang berniaga pun dihalang cikgu


More Interesting Posts:
Halangan berniaga: Fear of Rejection
Investors and Consumers: Don’t Panic
Keputusan Kuiz
Peniaga Ikhlas, Pembeli Ikhlas ?
The Pursuit of Happyness
Big Deal, Small Deal
Qardhul Hassan

53 Comments

  1. Posted July 30, 2007 at 3:12 pm | Permalink

    Bro, today’s post sangat menarik.

  2. myasfa aka serunding
    Posted July 30, 2007 at 5:50 pm | Permalink

    u re correct man… thats my life!!!

  3. Posted July 30, 2007 at 7:34 pm | Permalink

    apa ‘kelasss’ berniaga.. hehe..

  4. Posted July 30, 2007 at 9:00 pm | Permalink

    enggan berniaga kerana belum mahu berniaga… :D

  5. Posted July 30, 2007 at 10:27 pm | Permalink

    perggghhh,terasa tuhhh,mcm aku jer dlm citer tuh,amik degree 5 tahun,kekeke…

  6. Posted July 30, 2007 at 11:40 pm | Permalink

    Pakdi. Sila baca post aku yang bertajuk Aku Suka.

    Dan aku jatuhkan hukum wajib agar kau tinggalkan komen memberangsangkan disitu.

    Aku tau kau mesti suka punya.

  7. Posted July 30, 2007 at 11:48 pm | Permalink

    Buat apa nak berniaga! Tak best langsung.. Haha..

    Dulu saya pernah menghantar barang tempahan lambat kepada yang membelinya. Sekarang saya makin berhati-hati dan harap lebih beretika dalam berniaga.

  8. Posted July 31, 2007 at 12:03 am | Permalink

    halangan berniaga: fear of rejection
    tapi ble apply keja.. kena reject byk kali x kisah pun.

    halangan berniaga: fear of humiliation
    tapi ble apply keja.. kena kutuk dgn interviewer byk kali x kisah pun.

    conclusion: ALASAN!!! hoho..

  9. Posted July 31, 2007 at 12:21 am | Permalink

    sama-sama :)

  10. Posted July 31, 2007 at 12:22 am | Permalink

    ya, aku tahu nasib kita serupa…

  11. Posted July 31, 2007 at 12:22 am | Permalink

    oww…..

  12. Posted July 31, 2007 at 12:23 am | Permalink

    apa definisi berniaga bagi mu kumb? 8)

  13. Posted July 31, 2007 at 12:24 am | Permalink

    zaman skrg ni, nak berniaga kena ada degree / formal education. skrg zaman knowledge based business.

  14. Posted July 31, 2007 at 12:24 am | Permalink

  15. Posted July 31, 2007 at 12:25 am | Permalink

    ya azree, kalau anda sudah buat yang terbaik, anda dicemuh juga, itu namanya ujian.

    tetapi kalau anda buat sambil lewa, dicemuh, itu namanya padan muka ;)

  16. Posted July 31, 2007 at 12:26 am | Permalink

    ya, apa yang halangan yang ke-3?

  17. Posted July 31, 2007 at 12:37 am | Permalink

    Aku membesar dengan rezeki perniagaan.. :) Jadi berbanggalah jika anda seorng peniaga.
    9 daripada 10 punca pendapatan adalah darinya..

  18. Posted July 31, 2007 at 8:52 am | Permalink

    Jom meniaga…

  19. Posted July 31, 2007 at 9:23 am | Permalink

    jom niaga…hmm..macam biasa dengar je..he he
    pakdi, money is relative..
    the more money you have,
    the more relatives you have…ho ho

  20. Posted July 31, 2007 at 9:42 am | Permalink

    skang ni pun memang tengah berniaga cuma bagi pihak majikan..jual produk…jual services…

    dikutuk,dimarah kerana ada yg kata service tak bagus…produk mahal…kualiti out…dah biasa dah…cuma siapa saya yang boleh mengubah segala……. melainkan company ini saya yang punya…hahaha…mcm ahmad albab lah pulak… :D

    hmmm…belum mahu berniaga kerana belum masanya utk berniaga… perlu cukup ilmu,persediaan… 8-)

  21. Posted July 31, 2007 at 9:42 am | Permalink

    Adik aku dapat Diploma Mechinical Enginering UiTM , lepas tu sambung lagi 3 tahun dapat pulak Degree UiTM, lepas abih belajar akhir tahun lepas , sekarang jadi penternak ikan keli dan ayam kampung. Ada sapa sapa berani …???? Aku pun tak berani , tapi aku selalu bagi moral support kat dia , insyaallah dia akan jadi jutawan tani atau jutawan senyap satu hari nanti.

  22. Posted July 31, 2007 at 9:49 am | Permalink

    insyaALLAH. aku tolong doakan.

  23. Posted July 31, 2007 at 9:51 am | Permalink

    great point al_qamaru..

    kalau ada yang sudi nak tau.. aku lebih rela kena reject masa tebalkan muka menjual dari kena reject bila apply kerja..

    dan aku paling tak suka bila dengar memember cerita pasal pengalaman interview depa.. cakap kata interviewer kutuk2.. boleh plak depa pi pandang tinggi kat interviewer tu.. Bang Ang betoi.

  24. Posted July 31, 2007 at 9:52 am | Permalink

    melawak ja :)

  25. Posted July 31, 2007 at 10:17 am | Permalink

    Quote of the day:

    Zaman skrg ni, nak berniaga kena ada degree / formal education. skrg zaman knowledge based business. -Pakdi-

    ya azree, kalau anda sudah buat yang terbaik, anda dicemuh juga, itu namanya ujian.

    tetapi kalau anda buat sambil lewa, dicemuh, itu namanya padan muka ;) -Pakdi-

    halangan berniaga: fear of rejection
    tapi ble apply keja.. kena reject byk kali x kisah pun.

    halangan berniaga: fear of humiliation
    tapi ble apply keja.. kena kutuk dgn interviewer byk kali x kisah pun.

    conclusion: ALASAN!!! hoho.. -al-qamaru-

    pakdi, money is relative..
    the more money you have,
    the more relatives you have…ho ho -MatNiaga-

    ps: kpd tuan punyer komen, nak mintak izin publish komen2 nih kat blog patik leh tak?? plz.. :)

  26. Posted July 31, 2007 at 11:18 am | Permalink

    Buat 2-2 pun ok jugak.. keje fulltime kat mane2 as stable income.. and then jadi usahawan pada masa yg sama as a potential income.. baru lah multiple source of income :D

  27. Posted July 31, 2007 at 12:05 pm | Permalink

    alhamdulillah

  28. Posted July 31, 2007 at 12:05 pm | Permalink

    tauke buah naga pun dah menyeru tuu… :D

  29. Posted July 31, 2007 at 12:05 pm | Permalink

    hoho..menarik menarik..!

  30. Posted July 31, 2007 at 12:06 pm | Permalink

    amin… :)

  31. Posted July 31, 2007 at 12:07 pm | Permalink

    ambik le… singgit as royalti *wink*

  32. Posted July 31, 2007 at 12:07 pm | Permalink

    kalau semua orang tahu MSI takpe … ;)

  33. Posted July 31, 2007 at 12:26 pm | Permalink

    nk publish leh je.. jgn lupa letak link skali ek.. hoho ;p

  34. Posted July 31, 2007 at 5:23 pm | Permalink

    sekarang tengah usaha buat MSI…moga-moga berjaya..

    p/s: Pakdi.net nie jadi alternative forum pulak sejak BJ down..:O)

  35. Posted July 31, 2007 at 6:24 pm | Permalink

    Fear of humiliation is more towards our own culture, globally it is called fear of failure.

    Kita harus berani berniaga, Junjungan kita pun seorang ahli perniagaan sebelum Beliau memfokuskan kepada tugas beliau menyebarkan Islam. Sahabat2 baginda ramai ahli perniagaan :-) Adakah itu bukannya tanda-tanda yang berniaga itu bagus ? :D

  36. plavix
    Posted July 31, 2007 at 8:23 pm | Permalink

    “Penat-penat ambik degree 5 tahun, kau jadi penjual burger je?”

    Takpela kalau menjadi penjual burger yg mempunyai passive income yg mantap dan bijak dalam menilai risk benefit sesuatu security.

    Teringat kisah pakcik forrest gump yang hanya menjadi tukang kebun/pemotong rumput for free setelah ada passive income.

    daripada kerja on call … masa tak cukup utk spend income yg ada.

  37. Posted July 31, 2007 at 8:41 pm | Permalink

    wah.. windu plak kat bj…
    tak sabar nak chat nga totek.. pie, al, melor, pakdi n da gang, abuadam, matniaga, kumb@ng, wah.. ramai sangat… cepat la weh..

  38. Posted July 31, 2007 at 9:54 pm | Permalink

    sabar…sabar…2 jam++ lagi je…. :D

  39. Posted July 31, 2007 at 10:21 pm | Permalink

    berdegup jantung ku.. hehehe

  40. Posted August 1, 2007 at 9:36 am | Permalink

    waaaa… takde chatbox…

  41. Posted August 1, 2007 at 11:23 am | Permalink

    Penat-penat ambik degree 5 tahun, kau jadi penjual burger je?”

    ooh? abdul suke beli burger kat area rumah and die ade borak2 dgn tukang jual burger tu…stall die tak besar, kecik je tepi 7-E…borak punye borak rupenye die ade degree in computer science…abdul tanye nape tak kerja ofis….die ckp die memang sangat minat berniaga…yang paling best, setiap kali pegi gerai die, die akan offer phone no die kat customer…die ckp “bang, akak, amek je la no fon saye…bile nak makan, msg or call…bile siap, dtg amek je, tak yah tunggu…” bijak kan die? =) tp yang penting, asni tak suke pg stall die, everytime pegi, mamat2 yang lepak asek bersiul! nak je jerit…”WOI! ORANG DAH KAWEN LAH!” =p

  42. Posted August 1, 2007 at 12:29 pm | Permalink

    itulah masalah sesetengah gerai.. kasik member2 lepak ramai2.. kasik lari itu pelanggan.. nak berniaga ka nak melepak? hehe..

  43. Posted August 1, 2007 at 1:46 pm | Permalink

    fewwiitt… :P

    lenkali puan asne letak tagname besar-besar, “sudah berkahwin”.

  44. Posted August 1, 2007 at 2:12 pm | Permalink

    Halangan Berbelanja : Fear of Humiliation

    Tahukah anda kenapa anda enggan berbelanja? Anda takut ditegur. Tidak mahu diganggu. Enggan diperli atau susah menerima siolan. :D

  45. Posted August 1, 2007 at 4:19 pm | Permalink

    Ada 7 halangan minda orang yang obses makan gaji:

    1. Bekerja makan gaji confirm tiap-tiap bulan dapat gaji tetap.

    2. Bekerja makan gaji confirm tiap-tiap awal bulan ada duit.

    3. Bekerja makan gaji dengan kerajaan, lepas umur 50 dapat duit pencen separuh gaji.

    4. Bekerja dengan kerajaan, dapat buat pinjaman perumahan dan kereta dengan kadar yang murah.

    5. Kerja makan gaji telah ditetapkan sehari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

    6. Kerja makan gaji banyak rehat

    7. Kerja makan gaji boleh dapat banyak cuti.

    bacaan lanjut di http://afyan.com/ver1/?p=19

    :)

  46. Posted August 1, 2007 at 4:38 pm | Permalink

    8. Kerja makan gaji cuti pun ada gaji. :D

  47. Posted August 2, 2007 at 1:50 am | Permalink

    diorang ingat gerai tu blog kot… :P

  48. Posted August 2, 2007 at 1:51 am | Permalink

    hehe…

    kumb byk counter argument nampak ..

    releks… mmg nak provoke pun. har har…

  49. Posted August 2, 2007 at 9:34 am | Permalink

    mewakili golongan minoriti pemakan gaji di sini…huhu

    hidup makan gaji!! :D

  50. Posted August 2, 2007 at 9:38 am | Permalink

    gerai burger tu ada mee tak?? :D

  51. Posted August 2, 2007 at 9:42 am | Permalink

    pepagi dah lepak kat blog Pakdi…aku sorang je ke?? :D

  52. Posted August 2, 2007 at 6:34 pm | Permalink

    hehe…

  53. Posted August 5, 2007 at 1:48 am | Permalink

    heheh…macam2 rintangan balie kite nk bisnes ni…
    kena tempuhi semua tu…

One Trackback

  1. By Ro.botys.com » Blog Archive » Quoted quote on July 31, 2007 at 10:53 am

    [...] Quote, kata-kata hikmat, motivasi, inspiration Kata2 hikmat yg cambest nih saya stumble upon di entry terbaru pakdi Zaman skrg ni, nak berniaga kena ada degree / formal education. skrg zaman knowledge based [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It