Hadiah Bernilai >RM 2000 untuk 12 Blogger bertuah

Filed under BicaraJutawan, Cashflow Club

Terkini

12 Blogger bertuah

1. Ro.botys
2. Dr. Azwan
3. En. Aku
4. Senok
5. Kasyah
6. Bai
7. MatNiaga
8. Shuth

Banker

a. Fuad

Tawaran masih terbuka! :D (cepat-cepat naikkan unique visitor blog tuan-tuan semua!)

[Post asal]

Jangan refresh browser internet anda. Memang anda berpeluang menjadi 12 blogger yang bertuah untuk berkongsi hadiah bernilai lebih dari RM 2000 itu. Anda sememangnya layak sekiranya:

1. Anda ada blog

2. Blog anda mempunyai purata pelawat unik (unique visitor) melebihi 44 orang sehari.

3. Blog anda ditulis hampir sepenuhnya dalam Bahasa Melayu

4. Anda berminat bermain Cashflow 101

5. Anda berminat menjadi ahli rasmi Kelab BicaraJutawan.com, seterusnya mendapat access percuma kepada perpustakaan Kelab BicaraJutawan.com dan pelbagai faedah lain untuk manfaat pendidikan pelaburan & jaringan perniagaan anda.

Barangkali kami tidak memberikan “ikan” untuk anda kali ini, tetapi kami berikan anda peluang dan kesempatan untuk mencipta “joran” sendiri yang perlu direbut oleh anda, para blogger.

Nak cari duit, kena ada ilmu yang betul dan berada dalam kelompok kawan-kawan yang betul juga.

Peserta Cashflow 101 memang tak suka duduk atas kerusi ;)

BicaraJutawan.com menjemput anda, para blogger yang layak untuk menyertai sesi khas Bengkel Cashflow 101 yang akan diadakan pada:

Tarikh / Hari: 24 Jun 2007, Ahad
Masa: 8:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat: Rumah Kelab BicaraJutawan.com, Bandar Baru Bangi
Bayaran: RM 88 PERCUMA!

Sila nyatakan minat anda dalam ruangan komen dan Pakdi akan menghubungi anda kembali.

p.s. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit & tertakluk kepada terma & syarat yang akan diberitahu menerusi email untuk mereka yang berminat :)

p.p.s Adakah En Fuad berminat menjadi banker pada hari tersebut?


More Interesting Posts:
Quiz: The Result & Cashflow Special Session on 24 June 2007
More gifts to give away soon!
Kelas dan Seminar untuk anda!
Indeks Komposit Melonjak ke Paras Tertinggi
Catatan Pagi Ahad
Advertlets Review!
Buat Duit di Pasaran Hadapan

32 Comments

  1. Posted June 5, 2007 at 10:13 pm | Permalink

    aku kompom 24 jun.

    eh, aku kena daftar 12 blogger ni ke?

    Pakdi: Ha-ah :D

  2. Posted June 6, 2007 at 12:52 am | Permalink

    La pakdi awat xbuat waktu cuti sekolah boleh aku p..

    Pakdi: Tang tarikh tu memang tak dapat dielakkan :) takpa, rezeki Allah ada dimana-mana.

  3. Posted June 6, 2007 at 8:59 am | Permalink

    pakdi..

    buat masa nie x pasti dapat datang ke tidak..

    tapi kalau tertiba-tiba leh attend pada 24 Jun tu, nak kena daftar jugak ke?

    Pakdi: Tak datang yang mana satu tu alyani? :) 24 jun itu terhad kepada 12 orang blogger yang layak sahaja.

  4. Posted June 6, 2007 at 9:11 am | Permalink

    aise, blog aku bahse engrish la plak

    Pakdi: 70 BM : 30 BI pun ok lagi. Tapi kalau dah almost 100% BI mmg tak dapatlah Dr… mungkin bukan rezeki :)

  5. Posted June 6, 2007 at 9:33 am | Permalink

    Kabare Pak, Saya punya blog baru tapi spesel. Bukan satu tapi boleh beribu.
    visitor tu kurang skit je. Boleh?

    Pakdi: Ini matniaga yang sama di BJ tu ke? :)

  6. shera
    Posted June 6, 2007 at 11:12 am | Permalink

    pakdi, i think i full filled almost all, but except syarat ke 4 dan 5…hehehe..suh eda g utk saya leh ke?

    Pakdi: Kenapa syarat 4 & 5 tu tak fulfill? hm… :)

  7. Posted June 6, 2007 at 12:47 pm | Permalink

    ooo yg 24 jun tu terhad kpd 12 org ye…aiseh mcm mana lak leh silap baca….tak pe la lain kali boleh terjah opis BJ…

    Pakdi: Boleh je, tapi jadi banker lah :)

  8. Posted June 6, 2007 at 2:27 pm | Permalink

    Ya..the one and only..hari tu intro skit je…banyak lagi dlm perancangan..

  9. Posted June 6, 2007 at 4:08 pm | Permalink

    Adakah average unique visitor 45 ke atas terlalu tinggi? :|

  10. Posted June 6, 2007 at 6:44 pm | Permalink

    Alamak terlepas la pulak…. saya punya blog 100% melayu. Ada can lagi tak? Dah lama nak join cashflow 101 tapi tak sempat lagi.. please advise.. thannks. My Unique visits 60+ InsyaAllah.

    Pakdi: Ada, promosi ini masih baru. nanti saya emel butiran lanjut :)

  11. Posted June 6, 2007 at 7:00 pm | Permalink

    Yay!! Nak join!! Mmg sgt available 24june nih..

    err, layak ker patik join?? melepasi syarat dah rasanyer.. ;)

    Pakdi: Tunggu emel dari saya :)

  12. impax
    Posted June 6, 2007 at 7:11 pm | Permalink

    alamak, pakdi. saya nak join, tp visitor rasanya daily xsampai 40! lost track r pakdi, skrg xbrapa aktif

    Pakdi: Businesswoman kena pandai nego ;) nanti saya emel

  13. impax
    Posted June 6, 2007 at 7:56 pm | Permalink

    pakdi…, saya tengah cucuk2 jarum la ni pakdi..
    pakdi je tak sedor tu.
    orait, ill do my best to drive more traffic to my blog

    Pakdi: Rujuk emel ya utk mereka yang berkenaan :)

  14. Posted June 6, 2007 at 10:37 pm | Permalink

    Pakdi, saya sangat berminat nak join Cashflow 101 .

    Syarat yang lain rasanya boleh lepas.

    Masih ada kekosongan tak?

    Pakdi: Utk 24 Jun ini nanti saya emel :)

  15. Posted June 7, 2007 at 8:35 am | Permalink

    Aku nak.. aku nak.. :-)

    Aiseh..lambat betul aku baca.. Ada kosong lagi tak banker pakdi?

    Pakdi: Ada lagi. Confirm ek jadi banker?

  16. Posted June 7, 2007 at 9:39 am | Permalink

    24 Jun Bai okay je.. err.. Bai ni layak ke?

    Pakdi: Dah mel bai… :D

  17. Posted June 8, 2007 at 9:45 am | Permalink

    macam belum layak lagi je…hehe :D

    Pakdi: usaha lagi, masa ada :D

  18. Posted June 8, 2007 at 11:58 am | Permalink

    Minat sangat. Syarat no 2 tu tak pasti la fullfill ke tak?

    Pakdi: Ada stat tu boleh check kat cpanel :D

  19. Posted June 10, 2007 at 2:24 pm | Permalink

    saya berminat pakdi…

    Pakdi: Saya dah emel :)

  20. Posted June 11, 2007 at 10:15 am | Permalink

    Pak Di, saya berminat. Ada kosong lagi ke?

    Pakdi: Sila tengok inbox :)

  21. Posted June 12, 2007 at 1:08 pm | Permalink

    Assalamualaikum Pakdi… terima kasih kerana telah memilih saya untuk menyertai program itu. InsyaAllah dah lama nak main cashflow 101 ni… yang hadiah bernilai RM 2000 tu dikongsi untuk 12 orang ker, atau sorang je yang menang atau setiap orang dapat? saja jer musykil… thank you again…

    Pakdi: Pasal hadiah tu, saya dah sebut dalam emel yang awal :)

  22. Posted June 14, 2007 at 11:10 am | Permalink

    Alhamdulillah…

  23. Posted June 14, 2007 at 10:56 pm | Permalink

    makasih pakdi…sy standby..

  24. Posted June 15, 2007 at 10:15 am | Permalink

    Alhamdulillah tersenarai gak patik dalam papan utama, hahaha! (nombor 1 lak tuh! )

    thx Pakdi, jasamu akan kukenang!

  25. Posted June 16, 2007 at 6:36 pm | Permalink

    Akhirnya berjaya juga melobi pakdi (apply Basic rule no 7..he he).

    Pakdi: Hohoho.. Cashflow lesson eh :D

  26. Posted June 20, 2007 at 2:15 pm | Permalink

    Bang,blog saya boleh? Syarat no 2 tu kantoi!.(Lobi tetap lobi.)

    Pakdi: Kantoi byk ke sikit :D ada stat boleh mel :)

  27. Posted June 20, 2007 at 3:43 pm | Permalink

    Stat dh hantar ke yahoo

  28. Posted June 21, 2007 at 10:03 pm | Permalink

    nak kena standby apa nie pakdi utk main cashflow nie? kena khatam semua buku robert kiyosaki ke…hehe..

    Pakdi: Standy minda sahaja :)

  29. Posted June 21, 2007 at 11:11 pm | Permalink

    meh sini laa nak hadiah jugak… nampaknya kena terbang ke bangi laaa gitu?

    takper laaa nengok dulu laaa.

    berapa kerat sangat laa unik bizitor saya nih…

    sekian terima kasih.

    Pakdi: Abd Fatah terbang dari mana? :)

  30. Posted June 22, 2007 at 11:26 am | Permalink

    dari pantai timor daaa… hehe

  31. Posted June 24, 2007 at 6:41 pm | Permalink

    satu ilmu br dipraktiskan hr nie…apa2 pn terima kasih pada pakdi n the gang sbb support main cashflow + hidangan makn yg best2…

    insyallah akan direview di blog sy secepat mgkn… ;)

  32. Posted June 25, 2007 at 11:24 am | Permalink

    Thanks bicara jutawan sebab memberi peluang saya main cashflow.. InsyaAllah kena datang skali lagi dan main… kali ni mesti keluar rat race punya…

5 Trackbacks

  1. [...] June 2007 There a still vacant seats for you, Malaysian blogger. Please refer this post: Hadiah Bernilai >RM 2000 untuk 12 Blogger Bertuah, from time to time if you have applied to join the special [...]

  2. [...] Maklumat lanjut tentang Bengkel Cashflow 101 percuma [...]

  3. [...] Oh ya, sebelum itu ingin saya ingatkan peluang ini masih terbuka! [...]

  4. [...] of them are also eligible to participate in Special Session of Cashflow Workshop 101. Actually there is still 5 vacancies to be fulfilled for those who are eligible to do [...]

  5. [...] June 2007 There are still vacant seats for you, Malaysian blogger. Please refer this post: Hadiah Bernilai >RM 2000 untuk 12 Blogger Bertuah, from time to time if you have applied to join the special [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It