Sesungguhnya dalam Islam tiada ditetapkan peratusan keuntungan tertentu yang dihadkan kepada peniaga. Boleh untung 100% sahaja, atau mungkin tidak lebih 200%. Ia perlu ditentukan sendiri oleh peniaga.
Sekiranya ada ketetapan contohnya boleh untung sampai 200% sahaja, andaikan anda sudah balik modal, dari RM 1000 yang dijadikan modal, maksudnya anda boleh cari untung hanya sampaiĀ RM 2000? Lepas tu kena tambah modal baru, penuhkan limit untung 200% dan ulang-ulang tindakan yang sama. Begitukah?
Tidak, bukan begitu. Tidak boleh hidup kalau berniaga dalam Islam begitu. Tiada had untuk profit margin & pricing dalam Islam. Anda boleh rujuk perbincangan di BicaraJutawan: Had Maksimum Keuntungan Peniaga menurut Islam
Pricing memang satu isu yang kritikal dalam sesuatu perniagaan. Bila ia terlalu murah atau terlalu mahal, pelanggan tidak akan datang ke kedai kita. Harga perlu diletak within market price.
Macam mana nak tentukan market price?
Untuk perniagaan, ini perkara yang subjektif. Anda perlu cuba beberapa harga dari masa ke masa hinggalah sampai ke harga yang diterima oleh majoriti pelanggan. Tetapi dalam jual beli saham, ia menjadi mudah kerana sudah ditentukan oleh stock exchange. Tapi Warren Buffet beli saham guna fair value
buy something on discount, remember?
Harga yang kita letak juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor selain supply & demand. Contohnya, Mat Burger Tepi Jalan paling tinggi pun boleh jual burger sampai RM 4, itu pun burger super special. Tapi McDonald’s jual burger sampai RM 10 pun orang masih nak beli lagi.
Justeru, walaupun produknya adalah sama iaitu burger, tetapi market price bagi burger tepi jalan dan burger fast food restaurant tidak sama.
Sama juga yang berlaku dalam hartanah, rumah 4br/3ba yang dijual di Pajam, NS hanya berharga RM 140,000. Tetapi rumah 4br/3ba di Cheras boleh mencecah RM 700,000. Apakah yang membezakannya?
Apa market price bagi SMS? 1 sen. Tapi market price AFUNDI?

Jadi peniaga dibolehkan cekik darah dalam Islam?
Kalau dah peniaga kedai makan jual air suam RM 0.50, anda janganlah beli. Semudah itu. Gunakan hak anda sebagai konsumer. Kalau dia bagi air laici masam, jangan bayar. Anda kan order air laici manis. Dalam istilah fiqh ia disebut khiyar. Maksudnya, urusniaga tersebut boleh dibatalkan mengikut kaedah & syarat tertentu.
Memang ada yang ambik kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati. Ajarlah mereka dengan kuasa anda sebagai pengguna. Tetapi perlu diingat, keadilan dalam Islam diberi kepada kedua-dua belah pihak, peniaga dan penjual.
Penjual kuih tepi jalan tu pun ada anak-anak yang masih bersekolah, ada mulut yang perlu disuapkan susu, nasi dan dipakaikan baju. Harga barang mentah bukan dalam kawalan mereka. Jadi, kalau dihadkan keuntungan peniaga semata-mata nak puaskan hati pembeli, itu boleh jadi zalim kepada peniaga pula.
Sesungguhnya adil itu hanya Allah swt sahaja yang tahu pengiraannya yang sebenar. Dia yang melapangkan, Dia juga yang menyempitkan. Itu semua dalam kekuasaan Allah swt.
Tetapi kalau kita boleh faham konsep semulajadil supply & demand serta kesannya kepada harga di pasaran, kita akan segera mengakui kebesaran Allah swt dalam mentadbir alam ini.
Wallahua’lam.
3 Comments
Ini aku sangat setuju:
“Jadi, kalau dihadkan keuntungan peniaga semata-mata nak puaskan hati pembeli, itu boleh jadi zalim kepada peniaga pula.
Sesungguhnya adil itu hanya Allah swt sahaja yang tahu pengiraannya yang sebenar.”
“Penjual kuih tepi jalan tu pun ada anak-anak yang masih bersekolah, ada mulut yang perlu disuapkan susu, nasi dan dipakaikan baju. Harga barang mentah bukan dalam kawalan mereka. Jadi, kalau dihadkan keuntungan peniaga semata-mata nak puaskan hati pembeli, itu boleh jadi zalim kepada peniaga pula.”

Yeah.. inilah interpretation yang tepat
Perasan atau tidak; kebanyakan undang-undang tentang harga ini lebih banyak fokus kepada peniaga, seperti pemilik restoran, penjaja, peniaga, dan penjual. Hanya ada sedikit sahaja peruntukan undang-undang untuk pengeluar seperti pengilang, pemborong, dan peraih.
Walhal, peniaga dan penjaja ini bergantung kepada pengilang dan pemborong. Pengilang dan pemboronglah yang lebih kaya daripada penjaja dan peniaga ini, tapi yang banayk disekat perundangan adalah peniaga dan penjaja….