Saya tahu, anda graduan muda ada ego. Siapa mahu bekerja di bawah terik mentari? Siapa mahu mengutip tin-tin kosong, suratkhabar lama dan menjualnya kembali. Siapa lah yang sanggup berjual di pasar malam. Apatah lagi menebalkan muka untuk membuat jualan direct selling. Tapi ia bukan salah anda, memang anda diajar menjadi seorang pengurus. Anda tidak diajar menjadi kuli atau menjadi bos.
Pekerjaan idaman anda adalah pekerjaan bertali leher, berstatus pegawai dan eksekutif, pejabat berhawa dingin. Ada setiausaha, ada kerani yang menyiapkan kerja-kerja remeh temeh. Gaji masyuk. Itu lah yang terbayang di mata anda bukan?
Akhirnya, dengan gaji hampir RM 2000, anda akhirnya membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta baru. Sekarang ini macam-macam ada. Ada Myvi, ada Savvy, ada Viva, ada Gen2. Yang pasti ia mesti baru. Pinjaman kereta 9 tahun pun tidak mengapa. Apalah sangat pembayaran bulan-bulan berjumlah RM 600. Aku seorang eksekutif muda! Mesti ada gaya, mutu dan keunggulan.
Begitulah tindakan pertama rata-rata eksekutif muda. Membeli kereta. Kereta baru. Tempoh pinjaman 9 tahun. Tetapi ramai terlupa. Terlupa yang sesungguhnya yang anda sudah membelanjakan 1/3 pendapatan bulan-bulan untuk kereta, malah jika dicampur kos tol dan minyak, sebenarnya anda sudah membelanjakan 1/2 pendapatan hanya untuk kereta.
Ada yang marah bila dikatakan, “Buying a car is the most stupid thing to do.” “Kalau takde kereta, macam mana aku nak bergerak?” Terpulang. Saya tetap bersetuju sesungguhnya membeli kereta adalah antara tindakan bodoh seorang eksekutif muda. Untuk tempoh 5 tahun pertama, cukuplah beli kereta serendah RM 5,000 dan bukannya RM 50,000. Sekurang-kurangnya anda tidak jadi orang paling bodoh dengan membuat pinjaman 9 tahun untuk sebuah liabiliti.
1/3 pendapatan anda seharusnya disimpan. Saya ulang, disimpan. Buat satu akaun simpanan khas dengan segera. Saya sebut simpanan dan bukannya perlindungan insurans mahupun pelaburan unit amanah. Simpanan adalah simpanan. Jangan campur adukkan simpanan dengan perkara lain.
RM 1000 x 12 x 9 = RM 108,000.
Graduan muda, anda pilih sama ada mempunyi sejumlah simpanan wang tunai sebanyak ini untuk tempoh 9 tahun atau anda memilih sejumlah itu untuk dileburkan demi sebuah kereta?
—————————————————————
Artikel ini disumbangkan oleh Cashflow Club BicaraJutawan.com. Simulasi pelaburan Cashflow 101 mengajar anda menyimpan dari 30%-50% pendapatan sebulan anda.
—————————————————————
14 Comments
Wah, Pakdi! Agak lantang entri ari nih!
Btul kata Pakdi, inilah realiti hari ini. Kebanyakkan dari graduan kita yg m’belanjakan 1/3 dari pendapatan mereka utk kenderaan opss kereta.
Kalau masih hidup bujang, pakai motorsikal turun keja pun jadilah!
Tp lupa plak! Ekskutif muda ari ni mana standard aa.. pakai motorsikal.. Yang penting! Janji ada gaya! Ada aweks! Poket ksg itu aa.. belakang kira!
Psstt.. : Kat area aku ni susah oo.. mau cari kereta yang below dr 5K. Paling cikai >7K tu pun keta jenis Nissan Sunny (tahun 1984).
Pakdi: Carik lagi… jgn tak carik ..
artikel ni buat saya senyum kambing
anyway, that is one valuable advice from someone who’s been there, and done that
Pakdi: Melor jgn jadi seperti 90% graduan muda ya.
Memang tengah tulis buku. Ada beberapa buku sedang ditulis dan memang saya akan kacau jutawan roti kaya dengan owner CC(pie) untuk menyiapkan buku tu.
Kemudian dapat pula tawaran menulis satu buku yang memang saya kena cari teman penulis untuk menulis bersama buku tersebut. Editor tu minta saya tuliskan buku tentang mengurus kewangan semasa belajar di univ. Ada sesiapa nak tolong?
p/s: Kalau pakdi nak tolong bagus gak. Hehe.
Pakdi: Tolong aje ke?
saya pun cam marah gak bile bace artikel Pakdi kali ini…yalah dari dulu bapa hantar g sekolah naik motor,kat U pun naik moto,dah keje pun naik moto gak…bila pulak nak merasa bawak keta ni…
tetapi lepas pikir2 semula itulah yang sepatutnya.simpan duit dan dlmasa 9 tahun gaji pun dah naik byk,simpanan pun dah banyak, masa tulah bole pakai keta honda civic 1.8 ivtec…hehe..sambil2 main saham..huhu…awek pun pndang 2 belah mata…hoho…tapi jgn lupa asal usul sudah le…haha
p/s: sekadar pendapat…agaknya graduan merupakan antara penyumbang kelarisan kereta nasional…
Pakdi: Bina foundation dulu
kalau grad umur 23, 9 tahun lagi baru 32 tahun. Lelaki muda lagi bang…
ada RM 100,000 waktu umur 30 tahun … belum campur knowledge lain lagi yang boleh guna maximize savings sebanyak tu.
Pakdi, jom jadi penulis bersama. Senang sket nak dapat idea nanti daripada otai ni.
Tunggu saya datang bengkel cashflow tu dulu. Nak belajar gak camne nak keluar daripada rat race. Pastu bleh la buat motto sendiri, “Walaupun tidak bergaji, anda tetap boleh keluar daripada rat race”.
benar Pakdi..kesilapan kita (kita?) ialah kerana terlalu menurut nafsu,gaya dan status sedangkan itu semua tak membawa kita kemana-mana…hanya hiasan semata-mata…
nak kaya? kenalah miskin dulu(duit ada utk simpanan..) jgn nampak je kaya tapi sebenarnya miskin..sbb harta semua bank ahmad albab yg punya…haha
kalau dah terlanjur macamane ek?
Pakdi: Dah terlanjur, kena la jadi pak sanggup. hehe… kena la repair. tapi cara repairnya mahal sikit
Pakdi, saya pun ada cerita untuk graduan muda dalam entri blog saya hari ni
First skali saya buat bila grad ialah membeli kondo untuk disewakan, 2nd saya beli kondo untuk disewakan, 3rd pun beli kondo untuk disewakan, 4th juga kondo untuk disewakan… well saya takder simpanan sangat sampai RM 100 000 bila umur saya mencecah 30 tahun.. tapi saya puas hati… ni barulah merasa nak beli kereta.. selama ni pakai kereta orang jer.. sedih betul…
Pakdi: Takpe, umur 30 dah ada 4 aset
value dia lebih tinggi dari cash 100k
pakdi, sya nak tanya la..
simpanan adalah 1/3 daripada gaji / income. so kalau nak buat labur dalam saham or hartanah perlu guna income yg balance iaitu 2/3 daripada gaji / income la?.
ok lets says saya bahagi kepada 3 bahagian,
1/3 for saving
another 1/3 untuk paper asset
balance 1/3 untuk kita.
yg nie sesuai dengan kata2 rich dad, pay yourself first.
savings yang kita buat itulah yang digunakan utk pelaburan kelak. sama ada 1/3, 1/4, 1/2 atau 3/4 itu terpulang. masing-masing ada kehendak dan keperluan yang berbeza.
nilai kereta skg makin tahun makin susut,dan kita tak sedar kenapa
kita perlu kereta baru,dengan hakikat ianya takkan rosak.sedangkan ada kes kereta baru aje 3 jam kuar,dah rosak gearbox,gearbox bocor!
kereta yang baru kuar kilang hanyalah RM 7000(kancil) hingga RM 32000(perdana).fakta ini saya dapat dari kawan saya yng keja kat kilang P………..
ayah saya dulu memang kaki kereta,dari wak segan,toyota corrolla,datsun 120y hinggalah proton saga.dah kata main kereta nie rugi lebih aje,bukannya untung.
There’s a line between needs and desire. I think it’s fine to buy a car if you are in need of one. Like myself, I don’t know how to drive a motorcycle and my workplace is quite a distance. I do need one. There’s nothing more frustrating than immobility. Of course, buy one which is within your range of affordable cars. In comparison, with some who actually can live without a car, and wants a shiny new one at that, now that’s pure desire.
alangkah baik.. jika pengurusan kewangan dipupuk drp peringkat sekolah lg..
br bila mula bekerja.. tak terkial2.
erm..well let me tell you first, I’m a worker that has a monthly salary around RM 3,300.. potong kwsp,insuran tinggal rm2,900 now. so i have a chance to save around rm 1300 monthly.. oh ya, why my salary is so high? ohhh i am teacher that has to work in Sabah.maknanya aku dihantar oleh KPM la.base on my basic salary RM 1,900 plus my elaun perumahan RM 800+ and bla bla bla,i see my salary in enough if they was no disaster effect my budget.. (disaster here mean if kawan pinjam duit, kene hantar duit adik nak kawin ke, baiki bumper kereta pecah ke) … so i hope a can save a monthly around RM 1300 at Unit trust or ASB. just wanna tell all of you, to save monthly is need to be disipline.it is not an easy task. I’m sometimes fail to do it.
2 Trackbacks
[...] Kenderaan pertama beliau adalah motosikal buruk, kemudian kereta dan kemudian van. Kesemuanya dibeli untuk memudahkan urusan perniagaannya. (Ia adalah aset, bak kata pakdi) [...]
[...] juga apa yang dikatakan oleh Pakdi di dalam artikelnya Graduan Muda : Mula Uruskan Wang Anda Sekarang! Kebanyakkan graduan-graduan pada hari telah membelanjakan 1/3 dari pendapatannya untuk pembayaran [...]