Untuk menjadi pelabur professional, anda perlu memilih untuk menjadi salah satu daripada yang berikut, fundamental investor atau technical investor.
Tidak menjadi satu masalah sekiranya anda mempunyai kedua-dua kemahiran tersebut. Apa yang menjadi masalah adalah sekiranya anda langsung tidak mempunyai ilmu pelaburan!
1. Fundamental Investor
Asas kepada fundamental investing adalah penyata kewangan. Sekiranya anda bagus dan seronok membaca penyata-penyata kewangan, dan anda tahu apa itu aset, liabiliti, P/E Ratio, ROE, cashflow, EBIDTA, earnings, profit margin, expense, amortization, taxes, interest rates dan sebagainya, maka fundamental investing adalah untuk untuk anda.
Warren Buffet adalah contoh seorang genius dalam fundamental investing.
2. Technical Investor
Mereka juga dikenali sebagai trader dan speculator. Asas kepada technical investing adalah price. Price is everything. Bar chart, candlestick, P & F chart, overbought, oversold, oscillator, momentum, chart pattern, sideways market dan sebagainya adalah antara ilmu yang perlu diketahui oleh technical investor.
George Soros adalah genius dalam technical investing.
Apakah Persamaan Antara Keduanya?
Sekiranya anda betul-betul mahir menggunakan ilmu-ilmu ini:
1. Anda akan melabur tanpa menggunakan emosi - greed & fear.
2. Anda boleh mengelakkan penipuan (fraud) & manipulasi.
3. Anda boleh mendapat pelaburan yang menjana keuntungan sama ada pasaran sedang menaik atau menurun.
4. Anda tidak lagi akan berpegang kepada kata-kata: High Risk = High Return.
5. Anda akan berasa lebih yakin dan tenang dengan pelaburan anda.

“Risk comes from not knowing what you’re doing.”
Jangan risau, permainan Cashflow 101 mengajar anda mengenai asas fundamental investing, dan permainan Cashflow 202 mengajar anda mengenai asas technical investing. Dan anda boleh menyertai bengkel-bengkel Cashflow ini tidak lama lagi.
Justeru, sekiranya sekarang anda melabur dalam pasaran tapi anda tidak mengetahui salah satu daripada kedua ilmu ini, maka anda sebenarnya tidak melabur, tetapi anda sebenarnya berjudi - gambling!
Dan sekiranya anda berminat untuk melabur tetapi tidak mempunyai masa, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan maka anda perlu bertindak:
1. Mula mempelajari mengenai ilmu pelaburan, atau,
2. Serahkan duit anda kepada pengurus dana yang berlesen, tetapi anda tidak pernah kenal dan bersua muka pun dengannya - iaitu melabur dalam dana amanah (unit trust), atau,
3. Serahkan duit anda kepada pengurus dana yang berlesen, dan anda kenal dan pernah bersua muka dengannya - iaitu melabur dalam private hedge fund (Oh, jika anda tidak mempunyi x00,000 dalam akaun bank maka jangan bermimpi untuk melabur di sini!)
Apa lagi, pilih jalan anda sekarang. Jangan risau there are many ways to skin a cat!
9 Comments
Wah,
best tol baca bab nih..
dua2 jenis investor ni ade kelebihan masing2..
yg penting kene disiplin,tak gitu?
Pakdi camna?lebih menjurus kearah TI ke FI?
Pakdi: Dua-dua. Tengoklah APA yang saya ingin buat dengan duit saya.
sape nak belajar technical investing leh pegi ke blog bro fuad main saham kita.. taip je kat Google “main saham” mesti keluar blog dia..
blog dia mengajar kita basic tapi kena ada software tertentu lah.. blog Tauke Saham Chap Ayam pun bagus jugak..
salam..
Assalamualaikum Bro Pakdi,
Ini pendapat pribadi saya Bro, as chartist saya still prefer TA tapi dalam TA juga banyak cabangnya (bro tentunya dah familiar dgn benda ni).. jadi nak pilih indicator yang sesuai dgn pasaran malaysia juga penting.
Bagi saya, untuk jangka panjang harga saham lebih menjurus kepada fundamental tetapi untuk jangka pendek ia bergerak atas sentimen yang mana beri kelebihan kepada TA.
Eg, macam sekarang ni, berbuih Pak Dolah and the gang kata, “Our Fundamental is Strong.” Tapi saham jatuh berdebuk jugak. Memang betul la, fundamental strong… tapi sentimen secara keseluruhannya memang buruk, berbuih mulut cakap… harga saham tetap ikut market force yang tengah down trend.
TA - is about Psychology of market players yang diterjemahkan menerusi Chart.. 2 elemen penting adalah Harga dan Volume.
Jadi kalau kita tengok KLCI rebound pada minggu lepas.. bagi saya as a chartist… belum cukup kukuh… kerana volume harian tak sampai pun 2 billion berbanding purata lebih dari 3 bilion sebelum ni… Jadi buat masa sekarang ni, trader macam saya ni tidor dan main computer game je sampai betul-betul ada petunjuk kukuh market turn balik.
Kalau tak turn balik gak dalam 2-3 bulan akan datang. Saya jadi swimming instructor balik… er er.. ada sapa2 nak blajar swimming tak?
Pakdi: Pak Lah tu fundamental investor ke?
pak lah tu funda mental twister.. hokhok.. no heart feeling pak lah.. melawak kawan2 jer ..huhuhu.. market cam sekarang ni.. beginner cam aku tengah buat experiment.. ok tak?
Pakdi: Invest in yourself first before invest your money in the market
nak tanya… ini saham syurga ke saham neraka. dah rujuk dgn ust.zaharuddin ke?
Pakdi: Saya tak mahu menjawab kerana adalah lebih baik sdr / sdri. letak nama yang dikenali & email yang boleh dihubungi terlebih dahulu.
En Pakdi,
Saya banyak mengikuti forum2 dan agak tertarik dengan Pakdi nih.
Kalau boleh nak belajar dan kenal Pakdi nih personally boleh ka?
Pakdi: Kalau ada meeting BJ, kita boleh jumpa
new information utk newbie cm sy… bgs sgt pakdi wt paparkn artikel2 cm ni..cy la same lu bro!!
Pakdi: Sama-sama
Encik Pakdi,
saya baru je abih blaja investment dkt uitm.. banyak lagi yang saya tak tau.. yelah kalu just teori je, tak apply kat praktik nyer.. dah tentu tak bleh nak master.. tak gitu.. so, dgn sikit nsihat dr pakdi.. buatkan saya lebih suka melihat trend market skang .. buat analisis.. of course TA.. bab dia yang pling snang.. and padat.. compare to FA.. bleh tahan jugak trendnya.. jap .. naik jap turun tak naik2.. anyway.. kalu ada cadangn utk bebudak cam kami ni tuk trus giat dalam plbran ni… reply la… ok. akum!!
PakDi tanye sket.. cam saya ni main forex, saye lebih pada TA. saya tak pernah baca news pun. saya main chart 30 minit ngan 1 hour.
kadang2 seminit nyer chart, mungkin ke saye ni lebih kepada scalping oleh sebab itu saya tak di pengaruhi oleh FA?
kalau ini cara saya trading perlukah saya mengetahui FA? setakat ni Alhamdulillah 340 trade 20 loss dalam masa 4 hari.
saya takut disebabkan saya mengetahui FA judgement saye lari… maklumlah indicator kate naik..FA kate nak turun hari ni..serabut plak nanti..ape pendapat pakdi? perlukah saye tahu FA dengan cara trading sediakala saye gunakan ni?
2 Trackbacks
[...] ilmu tertentu untuk melabur? Pilihlah sama ada mahu jadi fundamental investor atau technical investor. Kalau malas nak belajar, pergi cari amanah saham sahaja. Jangan menggatal nak beli saham IPO ke, [...]
[...] Fundamental Investor vs Technical Investor [...]