Ada orang tak bersetuju. Sebabnya mudah, kalau anda nak jadi lebih baik anda kena berubah dulu. “WTF!” Kata mereka.
“Habis tu kalau tukang kutip sampah tak kutip sampah depan rumah, tu salah aku lah?” “WTF!”Dia mengucapkan puji-pujian lagi.

Sebenarnya tuan-tuan, kita tidak boleh mengubah dunia. Kita hanya boleh ubah diri sendiri. Kalau anda belum cukup duit nak hadir ke seminar analisa teknikal berharga RM 799 pada 28 Julai 2007 nanti, anda boleh pilih untuk hadir ke bengkel Cashflow 101 yang cuma serendah RM 88 pada 8 Julai 2007 ini. Untuk mengetahui seminar yang percuma pula, anda perlu berstatus mahasiswa baru anda boleh tanya sekiranya berminat untuk hadir
Saya mengendalikan seminar percuma, harga bawah RM 100, harga bawah RM 500 dan harga di bawah RM 1000. Tetapi tahukah anda, seminar percuma hasilnya selalu … mendukacitakan. Maksud saya, peserta yang hadir ke seminar percuma tidak semua dari kelompok yang betul. Sebabnya sesiapa pun boleh pergi.
Ada yang hadir ke seminar percuma hanya untuk suka-suka. Hanya mahu makan percuma. Hanya mahu tidur di hotel. Orang selalu tidak menghargai sesuatu yang percuma. Dah bagi free pun tak mahu buat betul-betul.
Itu satu.
Keduanya, Apabila kita tidak mahu berubah, bermula dengan perubahan dalam diri sendiri, kita akan mula mencari salah orang lain. Kerajaan salah, ibu bapa salah, kawan-kawan salah, jiran sebelah salah, hatta kucing yang mengiau sewaktu kita sedang makan tengah hari di kedai pun kita kata kucing tu salah.
Menyalahkan orang lain memang senang. Tetapi untuk mencari kesilapan diri sendiri bukan semua orang mampu melakukannya. Mahu mengorek kesilapan diri sendiri memang susah. Tidak ramai peniaga sedia meletakkan ruang komplen dalam premis perniagaan mereka.
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, konsep “betulkan diri sendiri dulu” mesti dipegang betul-betul. Barulah perniagaan kita menjadi maju dari hari ke hari. Pelanggan bising lihat ia dari sudut positif. Kritikan mesti dilihat sebagai membina walaupun pahit dan sakit untuk didengar, dibaca dan ditelan.
Bak kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah lepas pengumuman waktu solat di radio ERA (Siapa tahu kenapa azan diharamkan di radio ERA?) , “Orang dewasa ni ubatnya selalunya pahit.”
Sesungguhnya hidup ini memang penuh dengan masalah, tidak menarik hidup ini bukan kalau semuanya berlaku seperti yang dirancang?
Lawat:
Blog ni macam best je
7 Comments
“Siapa tahu kenapa azan diharamkan di radio ERA?”
Tak tahu.. ko tau?
tengah nak mengubah diri ler ni nak bagi mampu pegi yang 799 tu.. huhuhu..
Pakdi: Caiyok caiyok!
aku pun tak tahu, dan aku pun nak tahu
en.aku…ingat tu pakdi cakap….
kalau nak yang F lepas tu R lepas tu E lepas tu E
nnt ramai yang tak hargai…tapi kalau nak yang percuma juga..ko rajin-rajinkan la jawab kuiz-kuiz Pakdi tu..mana tau ada hadiah berupa “seat istimewa” utk pembaca blog bertuah/pemenang kuiz blog pakdi..
Pakdi jgn mare…gurau jer tu :O)
Pakdi: Alyani pun boleh menang hadiah jugak
“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia”. Ar Ra’d:11
Pakdi: Ya..
Pakdi, Saya menghadapi masalah dengan blog saya. Masih belum faham.
Bagaimana ingin center kan betul2 gambar kat setiap entri macam gambar beruk tu?
<p>Hurm. Takde pula ‘center’. ‘middle’ ada la. Tapi still tak center juga. Kalau buka guna IE nampak center. Tapi kalau bukak guna firefox, tak center langsung.</p>
Pakdi: cuba buat < center > img < / center >
Wokeh, Pakdi. Cara yang ini menjadi. Ingatkan nak cari plugin dah tadi. Hehe. Terima kasih atas tunjuk ajar.
Pakdi: sama-sama
Jap…. nak tanya; WTF tu apa?
(maaf la kalau soalan ni ditertawakan)
Pakdi: What the F&%k! hoho..