Fikir Luar Otak

Filed under Me

Ini namanya saya sedang mempromosi blog orang lain. Agak-agaknya, anda mahu bayar saya tak kalau saya promo blog anda sebegini? 8)

Terus-terang aku nyatakan di sini, walaupun bila ditanya, aku nyatakan sedang running untuk memulakan bisnes sendiri, tetapi, yang sebetulnya, aku sedang cuba lari daripada kepompong sirkulasi stereotype amalan kami secara amnya, dan kamu-kamu yang baru tamat belajar daripada mana-mana IPT secara globalnya.

Emak kita selalu cakap, belajar rajin-rajin. Nanti pandai masuk universiti. Dapat kerja elok. Duit banyak. Senang. Paradigma pembentuk kepompong sirkulasi stereotype. Niatnya sungguh murni, sungguh suci. Mau kita senang. Mau tumpang senang. Betullah tu. Selaku anak yang mendengar kata, ikut garis panduan mereka.

Enam tahun masuk tadika. Tujuh tahun masuk sekolah rendah. Tiga belas tahun masuk sekolah menengah. Lapan belas tahun masuk matrikulasi. Sembilan belas tahun masuk universiti. Dua puluh empat tahun konvokesyen. Cari kerja. Pergi interview. Kumpul duit. Mau kahwin. Bayar PTPTN. Cari rumah sewa. Stay di ibu kota. Beli kereta. dua puluh tujuh tahun, selamat kahwin. Dua puluh lapan tahun, untung berkesan cara, isteri mengandung. Dua puluh sembilan tahun, anak lahir tanpa cara Caeseran. Cari cara tambah duit. Buat OT. Tiga puluh enam tahun, anak mula sekolah. Suami kopi hangguk, isteri kacip kak timah, anak bertambah. Lima puluh enam tahun, sampai hari bersara. Anak-anak belum habis sekolah. Bulan-bulan tunggu pencen. Sambung kontrak. Enam puluh tahun, masih bekerja. Alternatif lain, tunggu dividen ASN. Buat bisnes selepas bersara. Melalui hari-hari tua. Beribadat. Putus nafas.

Bukan streotipikal. Ops, itu MohdIsmail dot com

Ini Fikir Luar Otak. Entri baru blog bertajuk kepompong sirkulasi.

Menarik?

Tegur dan cakap “Kabare wak?”. Cakap kalian dapat tahu dari pakdi. Mesti dia suka. Nah, ini apa yang dia tulis untuk anda yang suka bagi alasan untuk tidak mahu berniaga:

Tiada networking.

Pilih yang tiada networking. Kelas tuisyen. Kalau kerja bagus networking datang sendiri.

Tiada modal.

Berlambak insentif untuk graduan. Mau tak mau sahaja.

Baca lah.

p.s. Pakcik Luar Otak, gua tak tau lu sinikal bila menulis.
p.p.s. Pakcik ini pernah main Cashflow 101 tau.


More Interesting Posts:
Wajah Globalisasi
Aku nak berniaga, tapi …
Books & Ebooks
Periksa Cashflow Bulanan Anda
Simpan dulu kemudian labur
Permainan Cashflow 101
Siapa Pesaing Perniagaan Anda?

13 Comments

  1. Posted July 13, 2007 at 5:21 pm | Permalink

    heh.. link aku di’situ.. terima dengan kaseh Pakdi… ;p

  2. Posted July 13, 2007 at 6:10 pm | Permalink

    Asmkm Pakdi, apa khabar? Shueqry here..

    wah, ni boleh review-me nih.. :-)

    betul juga tu, bagi saya tu adalah kehidupan biasa-biasa,
    yang selesa, selamat dan senang atau dipanggil 3S.
    Kehidupan sebegini masih dalam kehidupan yang
    saya panggil ” in the circle’, situ-situ saja..

    Sebab cuma bergantung pada gaji, bukannya
    multiple source of income ..

    Good, informative tips :-)

    - shueqry -

  3. Posted July 13, 2007 at 6:36 pm | Permalink

    Dah cakap dapat tau dari Pakdi :)

  4. Posted July 13, 2007 at 7:26 pm | Permalink

    sama-sama mohdismail :D

    shueqry, sebab itu pakcik luarotak mahu keluar dari kelompok begitu 8)

    bai, haha. kau tiru sejibik aku tulis ya.. takpa, roti garlic 1!

  5. Posted July 13, 2007 at 11:19 pm | Permalink

    Hi Pakdi..
    Bestlah post awak yg ni “Fikir di luar Otak”
    Gaya bahasa melekat pekat dan bersari..

    you minum sunquick tak ?

  6. Posted July 15, 2007 at 6:26 am | Permalink

    laling, i minum cappocino je ;)

  7. Posted July 15, 2007 at 3:10 pm | Permalink

    hoho.. ye ar tu.. bkn x reti minum cappocino ke? ;p

  8. Posted July 15, 2007 at 10:15 pm | Permalink

    ye la, i orang kg berlagak jadi org bdr minum cappucino… sbb tu tak reti 8)

  9. Posted July 16, 2007 at 9:17 am | Permalink

    Mekasih Pakdi diatas promosi anda. Oh syahdunya. Sama-samalah kita kuasai ekonomi Malaysia!

    Aiseh, adakah kalau aku mau cari isteri, kena tanya beliau, saya mau jadi kaya agung, anda?

  10. Posted July 16, 2007 at 10:15 am | Permalink

    haha.. kalu tanya cetu x dpt ar cam Meredith ;p

  11. Posted July 16, 2007 at 11:38 am | Permalink

    gua tanya, “gua tak mahu kerja makan gaji” :D

    ok je ;)

  12. Posted July 16, 2007 at 2:52 pm | Permalink

    Mmmmmm… Luar otak sama ke dengan luar kotak?

  13. Posted July 16, 2007 at 4:05 pm | Permalink

    Luar (k)otak…

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It