Fakta, Tips atau khabar angin?

Filed under Personal Finance


Seorang pelabur yang berjaya, melaburkan duitnya berasaskan fakta. Mereka tidak akan melaburkan duit mereka semata-mata dipromosi oleh seorang jurujual.

Perhatikan dialong biasa berikut:

“Kalau encik melabur dengan kami, dana amanah saham kami akan beri pulangan sekitar 10-12% setahun. Tahun lepas sahaja, dana ini beri pulangan sampai 24%!”

Sales pitch di atas mengandungi fakta dan tips. Adakah anda dapat mengenal pasti yang mana satu adalah fakta yang mana satu adalah bukan fakta?

Seterusnya:

“Syarikat kami beri perlindungan penyakit-penyakit kritikal bernilai RM50,000. Kalau cik masuk skim sihat kami, apa-apa sakit kritikal kami yang bayarkan.”

Sales pitch di atas juga mengandungi fakta yang tidak lengkap. Adakah anda dapat mengesannya?

Seterusnya:

“Kalau rakyat Malaysia bekerja keras, Indeks Komposit Bursa Malaysia akan mencapai 1350 mata!”

Adakah kenyataan ini fakta atau pun bukan?

Juga kenyataan sebegini:

“Dengan menyertai MLM kami anda tidak perlu lagi bekerja 8-5 . Anda mempunyai masa yang fleksibel, masa yang banyak dengan keluarga dan anak-anak, dan seterusnya mencapai impian hidup anda. Inilah perniagaan abad ke-21.”

Seorang yang bijak akan dapat mengenal pasti fakta atau pun bukan. Jika dia tidak tahu atau keliru, dia akan mencari 2nd opinion dari orang yang lebih berpengalaman. Dia tidak akan secara semberono menandatangani sebarang dokumen kerana terlalu percayakan Siti cakap orang lain.

Ramai orang gagal membezakan antara fakta, tips dan khabar angin. Atas sebab itu jugalah ramai yang mudah tertipu dengan pelaburan berbunyi boombastik.

Sekiranya anda dapat mengenal pasti apakah yang fakta dan apakah yang bukan dalam 4 kenyataan di atas, maka tahniah saya ucapkan. Anda semakin hampir untuk menjadi nakhoda kapal pelayaran anda sendiri untuk mencari satu tempat yang dinamakan dunia financial freedom.


More Interesting Posts:
Cerita Ghairah
Shanghai Stock Market: Any maid can give you hot tips
4 Debt Settlement Tips
BJ adalah skim cepat kaya? : Majalah I yang tidak teliti
Cari Duit: Kelas TA untuk saham, futures & forex
Secret of The Rich: Control Your Expenses
Investing: 10 Ways to Lose Your Money in the Stock Market

5 Comments

  1. Posted March 28, 2007 at 4:25 pm | Permalink

    adeh.. macam aku tak lepas jer ujian ni..

    Pakdi: Aik.. Belum jawab dah kata fail? hehe

  2. Posted March 28, 2007 at 7:23 pm | Permalink

    ekceli dah jawab ntuk diri sendiri.. tapi taknak dedahkan.. biarlah aku cover kelemahan aku sket hahaha..

    Pakdi: hehe… takpa

  3. Posted March 28, 2007 at 7:48 pm | Permalink

    hehe.. aku rasa aku boleh jawab la.. tapi masalahnya kalau aku nak menjual nanti pun aku pakai taktik yang sama gak? haha camne tu pakdi? kira bersalahkah aku terhadap orang ramai.. hehehe

    Pakdi: Jangan misleading. tu je.

  4. kumb@ng
    Posted March 29, 2007 at 11:28 am | Permalink

    penjual ada tanggungjawab.kita pun ada tanggungjawab.oleh itu,kenal pasti kemampuan diri dulu kemudian baru kenal pasti kebenaran fakta,tips atau khabar angin.

    itulah yg selalu saya amalkan… :D

    Pakdi: Ya. Pengguna selalu lupa dia ada hak dan tanggungjawab dia juga

  5. novabestari
    Posted March 29, 2007 at 11:33 am | Permalink

    Saya nak cuba.

    Dailog #1: Ayat pertama is bukan fakta. Ayat kedua fakta.
    Dailog #2: Ayat kedua fakta tak lengkap.
    Dailog #3 & #4: Bukan fakta.

    Betul ke pakdi?

    Teringat lak ilmu mantik yg belajar masa kat pre-U dulu2…

    Pakdi: Ada elaboration? :) kenapa boleh dapat jawapan tu

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It