Dalam beberapa thread BJ, saya dan bai ada cakap menggunakan analogi. Mula-mula guna istilah memancing dan menangkap ikan. Lepas tu gunakan istilah-istilah hardware pula. Sebenarnya matlamatnya satu, “Dalam dunia kewangan, pelaburan dan perniagaan ni ada banyak alat (tools) dan kita kena tahu setiap kegunaan, kelemahan dan kekuatan alat-alat tersebut.”
“Saya dah melaburkan wang untuk anak saya, saya dah belikan dia insurans.”
Terus terang saya perlu beritahu, anda telah menggunakan alat yang silap untuk pelaburan anak anda atau anda masih belum faham apa kegunaan alat yang anda beli itu.

Apakah kegunaan terbaik kapak?
A. Menyiang ikan
B. Melapah daging
C. Meracik daun pandan
D. Menebang pokok
Ada banyak cara nak belajar mengenai alat-alat ini. Membaca, pergi ke kelas-kelas dan seminar, bertanya orang lain dan antara kaedah yang paling mudah, interaktif dan menyeronokkan adalah melalui Cashflow 101. Tetapi permainan ini tidaklah mampu memberikan semua jawapan dan penerangan tetapi ia cukup membantu anda secara umum.
Cashflow 101 secara langsung dan tidak langsung mengajar anda:
- Konsep Pay Yourself First
- Kepentingan Reserve Fund
- Cashflow bulanan positif
- Mencipta Passive Income
- Kegunaan Income Statement dan Balance Sheet dan aplikasinya
- Konsep asas pelaburan dalam akaun simpanan tetap (FD), amanah saham, saham spekulatif, saham bluechip, IPO
- Konsep asas pelaburan hartanah secara flipper atau penyewaan
- Konsep asas perniagaan konvensional dan francais
- Pengurusan hutang, hutang mana yang perlu dibayar segera & dikawal (bad debt & good debt)
- Bila kita perlu meminjam baik untuk urusan peribadi, perniagaan, hartanah mahupun share margin facility
Dan baanyaaaak lagi. Ia tidak mengajar anda satu persatu konsep tersebut, tetapi ia mengajar anda secara integrasi dalam permainan tersebut secara interaktif. Lagi banyak anda bertanya dan melakukan pemerhatian, lagi banyak anda belajar.
Manakala dalam Cashflow 202, anda akan belajar beberapa konsep tambahan yang lebih advance.
Bila anda tahu perkara-perkara sebegini, anda akan lebih bijak dalam membuat keputusan kewangan anda.
Kapak, pisau, gergaji, gunting, cutter, parang mempunyai sifat yang hampir sama. Tetapi adakah anda mencantikkan bunga orkid anda dengan kapak? Tentu tidak bukan
————————————————————-
Berminat untuk menghadiri Bengkel Cashflow 101?
>>Ya, saya ingin mendaftar sekarang juga!
————————————————————-
7 Comments
kalo aku pening kepala
aku sapu minyak cap kapak…
eh..lari dari topic lak…sorry2
iklan2…hehehe..
ok arr..maksudnye..kene adil arr kan
meletakkan sesuatu pada yg haqnye..
cth kapak nak belah kayu..
bukan nak cantikkan bunga orkid or
meracik pandan..gilo..camno tu
meracik pandan gune kapak..ahakss
so sama lah dlm hidup ni…
Pakdi: Tapi dalam dunia kewangan ni ramai orang guna kapak untuk racik bunga pandan
hehehe.. bagus perumpamaan tu.. sekarang aku tengah guna pisau, sebab nak potong bende kecil jer.. nanti aku guna kapak, blog aku pon akan meresap sket(bercerita) ler pasal bende2 yang nak dikapakkan.
Pakdi: Pisau pun boleh membunuh wooo
Pilih senjata paling sesuai dan berkesan untuk di gunakan. Kalau senjata tu besar x semstinya kuat n berhasil.
Benda yang paling kuat adalah benda yang paling kecil. lagi kecil lagi ia kuat
Pakdi: Kekuatan yang sebenar adalah orang yang menahan marah nya
wah wah promosi =)
Pakdi: Jom join
“Saya dah melaburkan wang untuk anak saya, saya dah belikan dia insurans.”
ermmm… silap kat mana ayat tu ye?
bukankah insuran itu semacam pelaburan juga? saving pastu ada apa2 hal bleh insuran tu cover.
Pakdi: savings = utk cash. insurans = perlindungan. pelaburan = tambah aset. kan berbeza
Pakdi: savings = utk cash. insurans = perlindungan. pelaburan = tambah aset. kan berbeza
pandailah pakdi, bertambah knowledge saiye! =)
Pakdi: Saya hanya berkongsi maklumat. kalau nak saya tunjukkan calculation untuk determine savings, insurans, pelaburan dll saya boleh lukis chart cashflow, tp dalam blog tak dapat buat. kena dtg main cashflow. hehe..
Pakdi: savings = utk cash. insurans = perlindungan. pelaburan = tambah aset. kan berbeza
Ya itu dia. Masih ramai lagi yang tak jelas dengan perbezaan ni. Mungkin Pakdi boleh ulas lagi perbezaan ni dalam posting seterusnya. Sambil tu cucuk lagi cashflow 101 hehehe
Pakdi: Yup, masih ramai terkeliru dengan alat-alat ni