Dunia Perniagaan untuk budak kurang pandai?

Filed under Business

Tak faham. Tak logik. Tapi itulah hakikat.

Budak pandai ditawarkan biasiswa, lepas habis belajar dia kena kerja dengan pemberi biasiswa. Dia suka ke tak suka ke, kerja tetap kerja.

Budak kurang pandai tak diberikan biasiswa. Lepas habis belajar, pandai-pandai dia lah nak carik kerja sendiri. Kalau dah apply sana sini tak dapat, mari sini join skim usahawan khusus untuk mahasiswa menganggur.

Oh, perniagaan rupanya untuk budak kurang pandai. Bukan sekadar kurang pandai, penganggur pulak tu. Budak pandai jangan berniaga, tapi dia kena kerja jadi pegawai sahaja.

Siapa pembuat dasar tak masuk akal ini? Dia ingat seseorang itu dah jadi usahawan berjaya, dah jadi peniaga yang cemerlang selepas dia dapat loan dari gomen dan bukak kedai sahaja? Bukak kedai baru langkah pertama … ada 1001 lagi cabaran menanti.

1001 masalah itu perlu diatasi dengan akal yang bijaksana, bukan diuruskan oleh orang yang dalam interview pun tak boleh tawan hati para penemuduga.

Kalau dengan 3 orang panel pun budak tu tak boleh jual diri sendiri, dia ingat mudah ke nak jual produk dan servis pula kepada beribu-ribu orang lain pula?


More Interesting Posts:
Kejayaan Tidak datang Sekelip Mata
Permainan Cashflow 101
Self Employed vs Business Owner
Big Deal, Small Deal
Skim Cepat Kaya: Jangan Jadi Perosak Ekonomi Negara
Perniagaan Bukan Sekadar Keuntungan Duit
Coach, Trainer, Mentor & Consultant

19 Comments

  1. Posted July 19, 2007 at 1:39 pm | Permalink

    Hahahaha….

    Itulah dunia zaman sekarang. Itu sebab, orang melayu sudah nak maju.

  2. Posted July 19, 2007 at 2:08 pm | Permalink

    hrrmm….

  3. Posted July 19, 2007 at 2:09 pm | Permalink

    sudah ke susah tuuuu ;)

  4. Posted July 19, 2007 at 2:10 pm | Permalink

    hrrmm…

    artikel ini perlu dibaca 2,3 kali kalau tak paham baca sekali. puan asne! nak cakap ape tuu… tak putus kawan punya. kikiki…

  5. Posted July 19, 2007 at 2:36 pm | Permalink

    sy kategori mana ek? hmmmm…

  6. Posted July 19, 2007 at 4:57 pm | Permalink

    TApi gomen tak tahu sekarang org yg pandai2 ramai gi oversea. Kat sana mereka lebih di”appreciate” … kejer bagai nak rak, gaji makin tinggi, insentif makin banyak… kat mesia, kejer bagai nak rak habuk pon tarak, keringat kene perah, daging kener ratah, x leh wat per dah….

    Yg tinggal kejer gomen adalah mereka yg antara pandai dan tak pandai (baca: buat2 pandai)

    adeh deh deh…

    ps: got your ryhme! ;)

  7. Posted July 19, 2007 at 5:10 pm | Permalink

    So, jadi peranan untuk orang-orang yang pandai supaya melawan arus iaitu dengan berniaga. Pedulikan apa orang kata, orang-orang pandai kena berniaga.

    Orang-orang pandai selalunya akn menghadapi dilema apabila hendak berniaga dengan kata-kata seperti “susah-susah masuk universiti, lepas grad takkan nak bernaiaga je”… atau “makan gaji je lah, senang. Masuk pagi keluar petang, cukup bulan dapat gaji” …

  8. Posted July 19, 2007 at 5:40 pm | Permalink

    huhu…terasa pulak orang makan gaji macam saya… :D

  9. Muhammad Muaz @ MuaX
    Posted July 19, 2007 at 8:18 pm | Permalink

    Lantak ler apa yang diorang nak kata, mentang-mentang ler saya nih budak kurang pandai (perkataan lain ialah tak pandai) pastu minat bisnes lak. Nak wat camna dah itu mentaliti dan format fikiran umum masyarakat kita.

    Baru-baru nih mak saya cuba try apply loan dari MARA RM50K , banyak tul kena wat, bukak kedai, watt market research, bancian, kursus sana-sini, adus, cancel ler per lagik.

    Skang nih tengah wat project XY 2007 . Ada sorang cikgu saya suka dan gila suh anak murid dia kerja sebagai kuli (manager pun kuli beb) suatu hari nanti tidak lebih dari 1 tahun saya akan tunjuk budak tak pandai / bodoh/ tak hansem macam saya pun leh berjaya dalam biz .

    Doakan saya k

  10. lamka
    Posted July 19, 2007 at 10:38 pm | Permalink

    Salam Pakdi,

    First time bagi komen ni. Sebelum ni jadi pembaca senyap je. Hehe.

    Bagi saya, bidang perniagaan terbuka untuk semua. Budak pandai ke, budak kurang pandai ke, semua boleh terjun dalam bidang ni. Tapi nak tak nak semua kena ada ilmu untuk berniaga. Tak kisah la belajar kat mana sekalipun, janji ada ilmu. Kalau ilmu takde, buat kerja apa pun tak kan berjaya.

  11. Posted July 20, 2007 at 11:13 am | Permalink

    Alamak, jangan la terasa. Sdr teruskan dengan makan gaji. cari pengalaman sambil kumpul modal. Lepas tu nanti buka bisnes!

  12. Posted July 20, 2007 at 12:02 pm | Permalink

    kategori budak TM.

  13. Posted July 20, 2007 at 12:03 pm | Permalink

    3-4… do re mi fa so la ti do…. ;)

  14. Posted July 20, 2007 at 12:03 pm | Permalink

    dia mmg direct to the point je afyan ni… hee… he…

  15. Posted July 20, 2007 at 12:04 pm | Permalink

    semoga muax terus berjaya mengharungi cabaran dunia bisnes yang serba mencabar :)

  16. Posted July 20, 2007 at 12:05 pm | Permalink

    hehe… ya, dunia perniagaan utk semua. tapi dalam dunia sebenar, ada orang disekat2 daripada terlibat atas sbb yang sukar difahami :)

  17. Posted July 25, 2007 at 1:15 pm | Permalink

    mungkin “kurang pandai” tu diukur dari segi prestasi dalam pelajaran?…

    dalam dunia perniagaan…ada orang kurang upaya pandai sebenarnya sangat pandai…cth mcm pemilik Genting tu..jadi tak semestinya orang yang berniaga tu kurang pandai..cuma orang pandai mungkin boleh jadi kurang pandai apabila dia memilih utk terus bekerja dengan org lain….

    p/s: berapa banyak pandai daa…

  18. Posted July 25, 2007 at 1:35 pm | Permalink

    ya, diukur dari academic standard ;)

    80% - A student
    49% - D student

    banker anda peduli anda dapat straight A’s?

  19. chim
    Posted July 27, 2007 at 3:13 am | Permalink

    Apabila orang x pandai berusaha untuk berniaga dari pengalaman yang menjadikan mereka pandai..

    p/s : Dato Aznah Hamid tu dari kuli paling bawah.. (era kurang pandai) dan sekarang dah jadik orang beso dalam kompeni (era pandai)

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It