Cerita Ghairah

Filed under Economy & Finance

Saya ada satu cerita. Cerita ghairah. Pasal orang yang sudah naik berahi. Bila nafsu sudah memuncak memang susah nak dikawal lagi. Hati-hati.

Perokok tegar, kalau kita bagi nasihat, sampai ada hukum dalam agama pun, mereka tetap akan merokok. Jawapan mereka, “Kalau tak merokok pun mati jugak.”

Begitulah keghairahan seorang perokok. Bila nafsu merokok mereka sedang membuak-buak, pagi-pagi sebelum gosok gigi dan sarapan pagi terus hisap 3,4 batang. Peduli apa mereka kanser ke apa.

Peminat-peminat skim pelaburan cepat kaya di internet juga begitu. Kalau kita bagi nasihat, orang agama pun dah bagi hukum, mereka akan tetap join. Mereka akan tetap promote. Mereka akan tetap spam forum dan mailbox orang lain. Jawapan mereka, “Still paying maa.”

Begitulah keghairahan seorang peminat skim cepat kaya. Bila kita kata jangan, mereka tetap akan pusing fakta sana auta fakta sini untuk beri satu jawapan, “Kalau tipu takkan diorang bayar maa.” Peduli apa pelaburan itu sah atau tidak.

Fenomena mengghairahkan ini memang cerita panas. Ada orang yang sampai hilang kawan!

Pesanan Khidmat Masyarakat


More Interesting Posts:
Cari Duit
Cikgu Suraya
Susah Payah & Cashflow 202
Tidak boleh senyum pun boleh jadi Superstar!
Islam suruh umatnya jadi kaya
Meeting BJ ke-6: Pursuit of Happyness
Doodads (?)

16 Comments

  1. melor
    Posted March 23, 2007 at 3:00 pm | Permalink

    hilang kawan?
    macam pernah ku dengar…

    Pakdi: Dengar di mana…? hehe.. Melor, saya belum sempat nak reply email lagi. sorry for waiting.

  2. Posted March 23, 2007 at 3:57 pm | Permalink

    Some lesson need more than words. :-)

    Pakdi: …

  3. kumb@ng
    Posted March 23, 2007 at 4:50 pm | Permalink

    kat opis ku tgh hangat debat pasal ni…email berbalas2 pantun…last2 dorang kata…modal dh pulang…skalang untung maa….

    itulah dunia yg wajib spt solat pon bole abaikan apatah lagi skim ni….yg menjanjikan pulangan entah sampai bile…hmmm

    Pakdi: Hehe… apalah gunanya berdebat dgn orang ketagih…

  4. Posted March 23, 2007 at 7:54 pm | Permalink

    kalau bertemu mat2 skim, elakkan bercakap soal kewangan.. anda pasti ‘tewas’.

    Pakdi: You have to act, not talk ;)

  5. Posted March 23, 2007 at 8:19 pm | Permalink

    itulah yang berlaku bila nafsu dah menguasai diri.. hukum hakam agama dia tolak tepi.. janji dia puas hati.. kalau sempat bertaubat sebelum mati.. kalau tak sempat “selamat”lah nanti.. :D

    tapi aku rasa mesti ada sesuatu hikmah yang tersembunyi di sebalik fenomena2 kewangan yang banyak berlaku akhir2 ini.. mungkin akan menambahkan lagi kesedaran orang ramai bila mereka bandingkan pelaburan-pelaburan begini dengan institusi perbankan konvensional.. sapa tahu kan..

    harap2nya adalah kesannya dari segi itu.. semoga bertambah ramai yang mahu berpindah kepada sistem perbankan islam.. amiin..

    salam..

    Pakdi: Setiap sesuatu ada sebab dan musabab nya… :D

  6. Posted March 24, 2007 at 3:27 am | Permalink

    saya menci orang-orang yang promo skim-skim ini.
    suka memaksa dan saya tak percaya.
    mari Tong-Sampahkan mereka. huhu.
    salam.

    Pakdi: Kalau boleh terus klik delete atau uninstall software je senang lah.. hehe

  7. Fazs
    Posted March 24, 2007 at 2:00 pm | Permalink

    oho…jauhkan diri dari sindrom ghairah - pelaburan internet :D

    Pakdi: Ramai orang sudah naik syekh! Viagra bentuk baru ;)

  8. melor
    Posted March 24, 2007 at 4:01 pm | Permalink

    xper, xrushing psl emel tu. tgh buat apa yg patut :)

    Pakdi: Ok :D

  9. Posted March 25, 2007 at 8:37 pm | Permalink

    memang ramai pun join menda-menda pelaburan….kononnya kaya cepat, tapi tak amik tau hukum hakam. Kalo tulis kat blog kita, kita lak kena hentam ngan ayat-ayat @#$%^*&

    Pakdi: Bersabarlah….

  10. roslan
    Posted April 17, 2007 at 3:17 am | Permalink

    Jangan terlalu ghairah…Buang segala skim internet yang bukan-bukan tu.

    Pakdi: Sdr Roslan, jgn la spam ruang komen dengan iklan ye.

  11. Posted April 25, 2007 at 6:36 pm | Permalink

    org masuk ni bukan nak kaya..nak lepaskan utang jer…pinjam bank kena interest, beli rumah kena interest…org yg dah comfort zone tak akan main benda ni le…

  12. Posted May 22, 2007 at 3:30 pm | Permalink

    Nak lepas hutang ker? ermmm… tapi kalau rugi, kan bertambah teruk kedudukan kewangan tu? Banyak lagi pelaburan-pelaburan yang sah di Malaysia ni, kenape mesti ambil SKIM PELABURAN CEPAT KAYA?

    Jawapannya mudah, pelaburan sah di Malaysia lambat nak jadi kaya, pelaburan kat internet, cepat jadi kaya.. mentaliti masyarakat kita nak cepat kaya… di dorong dengan nafsu, tersungkur la di dalam skim cepat kaya… kesian…

  13. Posted June 23, 2007 at 9:29 am | Permalink

    Keghairahan Memuncak! tapi kena ingat tiap yg naik pasti turun…
    Sebelum ni website boleh access..tup! tup! SC dah tutup!

  14. salam
    Posted August 21, 2007 at 1:14 pm | Permalink

    rakan kongsi, smartpartnership adakah sama.

  15. Posted August 21, 2007 at 1:43 pm | Permalink

    secara literal barangkali byk persamaan.

    kalau boleh diterangkan dgn lebih lanjut:

    1. apa itu rakan kongsi yang dimaksudkan
    2. apa itu smartpartnership yang dimaksudkna

    mungkin lebih membantu.

  16. Posted November 20, 2007 at 9:26 pm | Permalink

    sini ada blog penampan cerita2 ghairah tu, sama2lah kita block benda2 tu, on the same time kita ubah trafik tu jadik lebih elok dan bermanfaat

One Trackback

  1. By Esprit De Corps » Blog Archive » Cari Duit on June 7, 2007 at 5:54 am

    [...] “Cerita Ghairah” is having a bull run now. Hahaha… Me think it will surpass 1000 views by the end of June. Then, it will become Super Bull Run! [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
Close
E-mail It