Category Archives: Motivation

Halangan Berniaga: Fear of Humiliation

54
Filed under Business, Motivation

Tahukah anda kenapa anda enggan berniaga? Anda takut dihina. Tidak mahu dikutuk. Enggan diperli. Susah menerima kritikan.

“Penat-penat ambik degree 5 tahun, kau jadi penjual burger je?”

“Ek eleh, jual ebook tu macam bagus je.”

“Peniaga ni penipu je semua. Harga semua mahal.”

Ya. Saya faham. Anda manusia. Anda mempunyai maruah. Anda mempunyai emosi. Kenapa anda perlu membiarkan diri anda dihina sekiranya ada jalan lain untuk meletakkan diri anda dalam ‘class’ tersendiri? Bukan begitu?

Read More »

Halangan berniaga: Fear of Rejection

16
Filed under Business, Motivation

Anda barangkali tidak berniaga kerana fear of rejection. Anda takut untuk ditolak. Anda takut untuk gagal. Anda takut untuk tidak diterima.

Lelaki yang macho adalah lelaki yang memulakan langkah untuk mengurat awek idamannya. Ho ho ho…

Ya, sekiranya anda adalah wanita, cuba tanya suami, tunang, kekasih anda, “Kanda dulu ngurat dinda tak tebal muka ke?”

Andainya suami, tunang, kekasih anda itu tak tebal muka mengurat anda, anda rasa adakah itu pasangan anda sekarang?

Perniagaan memerlukan anda tebal muka, tak tahu malu dan buat bodoh je. Anda malu nak jumpa more people, make more call, make more appointment,  make more sales. Betul, dari 10 sales call yang anda lakukan, barangkali hanya 1 yang closed sales. Jadi, untuk mendapatkan 10 sales, secara logiknya anda perlu buat 100 sales call, satu perkara yang memalukan bagi ramai orang untuk membuatnya. Barangkali sistem pendidikan kita mengajar kegagalan itu adalah satu “kejahatan”.

Perniagaan mengajar anda, lagi banyak anda gagal maka lagi hampir anda dengan kejayaan. Believe it or not, itu lah hakikatnya. Anda yang takut dengan kegagalan - fear of rejection - bermaksud anda tidak faham sesungguhnya kegagalan adalah satu proses.

Apabila disebut kegagalan adalah satu proses, maka anda perlu menghadapinya. Tiada short cut. Anda mesti merasai kegagalan. Anda pasti jatuh jua satu hari nanti. Anda confirm akan rugi juga kelak. Kerana ia adalah proses.

Kegagalan adalah satu fitrah. Perkara semula jadi yang pasti akan berlaku. Ia adalah ujian. Apabila anda menerima ujian kegagalan, sebenarnya anda mampu untuk mengatasinya. Apabila anda bangun dari kejatuhan itu, anda akan jadi manusia yang lebih kuat dan lebih berkualiti.

Hadapi sahaja kegagalan itu dengan tenang. Yes, it is a lot easier said than done. Tetapi mahu tidak mahu, ia adalah proses yang mesti anda tempuhi. Kalau anda mahu berjaya, face it. Don’t run.

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Al-Insyirah: 5-6)

Lawatan sambil belajar: The best teacher is Mr Mistake & Mrs Failure

Islam suruh umatnya jadi kaya

31
Filed under Motivation

“Pakdi dah berubah. Dia sudah takde ideologi. Asyik-asyik cerita pasal duit dalam blog dia.”

“Dalam Islam mana ada suruh umat dia jadi kaya!”

Ya. Itulah antara komen yang saya terima. Saya sudah berubah. Saya sudah tamak. Saya sudah hub ad-dunya. Saya tidak lagi mempunyai ideologi.

Dalam Quran, banyak ayat yang suruh umat Islam bayar zakat.

Dalam hadis yang shahih pun dinyatakan Islam itu tiangnya 5. Salah satu adalah zakat.

Adakah zakat dalam Islam itu hanyalah zakat fitrah? 8)

Adakah orang faqir dan miskin wajib bayar zakat?

Kalau tidak mahu berfikir, jangan baca blog ini :)

Harga Sebuah Kejayaan

3
Filed under Motivation

Ramai orang inginkan kejayaan. Tetapi tidak ramai orang sanggup membayar harga sebuah kejayaan. Hanya sedikit yang sanggup mengorbankan banyak masa, wang & tenaga demi mencapai cita-cita mereka. Selebihnya, hanya berangan-angan kosong.

Syurga pun ada harganya.

[10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Surah As-Saff

Kejayaan Tidak datang Sekelip Mata

29
Filed under Motivation

Shalin Zulkifli telah pegang bola bowling sejak kecil lagi. Bertahun- tahun selepas itu baru dia berjaya menjadi jaguh dalam arena bowling. Bertahun-tahun selepas dilatih secukupnya.

Nicol David juga telah memegang raket squash sejak kecil lagi. Bertahun-tahun dia berlatih sebelum dia menjadi juara dunia. Jadual latihan yang ketat.

Begitulah pasukan bola sepak atlit yang berjaya. Mereka sedar kejayaan tidak datang hari ini juga. Hari ini baru bercadang nak main badminton, esok sudah boleh menang Kejuaraan Dunia.

Tetapi dalam dunia pelaburan & perniagaan, ada orang fikir dia boleh berjaya sekelip mata dengan formula ajaib. “Kau join skim bantuan ini, confirm kau jadi usahawan berjaya.” “Kau datang je kelas main saham ni, confirm kau buat duit esok juga.”

Read More »

Close
E-mail It